Thursday, February 11, 2016
Lebih sudu daripada kuah.
Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.
Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu. Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Qasyira Noristiqa
Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...
-
Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.
-
Doktor apabila sakit pun akan berjumpa doktor. Kenapa pula guru tidak perlu kepada guru? SYAIR TUNJUK AJAR Terhadap guru hendaklah hor...
2 comments:
(Diambil dari facebook alfadhil ust nazrul nasir alazhari hafizhohullah )
Sehari dua ini, kita dihebohkan dengan Diskusi Ilmiyyah yang akan melibatkan Dr Zamihan Hj Mat Zain dan Dr Asri Zainal Abidin.
Secara peribadinya saya sendiri kurang bersetuju dengan perkara sebegini. Walaupun diletakkan nama programnya sebagai Diskusi , namun hakikatnya ialah debat yang natijahnya telah kita semua maklum.
Namun disebabkan Diskusi @ Debat ini akan tetap dijalankan. Maka saya ingin memberi cadangan kepada pihak Dr Zamihan dan Dr Asri Zainal Abidin .
Cadangan saya :
1) Diskusi @ Debat ini hanya dihadiri oleh para ilmuan Islam yang berautoriti dalam memberikan pandangan terhadap hukum hakam syara'. Maka para mufti , ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan para tokoh Ilmuan seperti Profesor Naquib al-Attas, serta para ulama dijemput bersama hadir sebagai pemerhati.
Majlis yang dihadiri oleh tokoh-tokoh ilmuan daripada kedua-dua pihak akan menatijahkan resolusi yang baik insyaAllah.
2) Jangan libatkan orang awam dalam polemik ini. Jika orang awam yang menjadi penilai, maka tak ada beza Diskusi ini dengan debat kedai kopi atau Debat Piala Sekolah-Sekolah Menengah.
3) Adakan sesi penggulungan daripada Pemerhati yang terdiri daripada para ulama dan ilmuan yang hadir. Penggulungan sudah tentu akan berlaku selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.
Sesi penggulungan daripada Tokoh-Tokoh Ulama adalah penting untuk menilai penghujahan kedua-dua pihak.
Ini kerana, para ulama yang mendengar akan menilai kesalahan penghujahan atau kebenarannya. Maka hasil penggulungan itulah akan terbitnya Resolusi.
4) Adakan secara live Diskusi tersebut di TV dan Radio.
Ini cuma cadangan saya secara peribadi.
Jika diskusi ini hanya diadakan tanpa penilaian para ilmuan yang terdiri daripada para mufti dan alim ulama. Maka saya rasa Debat seperti ini hanya sekadar mencari bakat " Siapakah yang lebih petah berkata-kata" bukannya mencari siapakah yang benar hujah dan sandarannya.
Tetapi jika Diskusi atau Debat ini hanya untuk mencari aib dan menjatuhkan pihak lawan. Maka saya rasa lebih baik buat rakaman video masing-masing lawan kutuk mengutuk dan kemudian upload dalam FB atau Youtube. Kemudian serah pada orang awam buat penilaian.
Moga ini mampu menatijahkan sesuatu yang terbaik untuk Ummah. Bukan semakin merosakkan dan memeningkan ummah.
P/S: Cadangan saya ini ditujukan kepada Dr Zamihan dan Dr Asri Zainal Abidin.
Sapa-sapa yang namanya bukan seperti diatas, tak payah nak buat lebih sudu daripada kuah.
Nanti orang panggil Mabuk Ketum. Orang sembang di darat , dia ke laut.
CnP
kalau menimbang biar sama beratnya
kalau menyukat biar sama pepasnya
kalau menakar biar sama sukatnya
kalau mengukur biar sama panjangnya
kalau menilai tahukan diri sebenar
jangan lebih sudu dari kuahnya
kalau menghukum lurus dan benar
hukum tegak pada adilnya
kerana pulut binasa santan
bisa mulut binasa badan
kalau bercakap ingatkan Tuhan
tahukan takut di dalam hati tuan
Post a Comment