Tak Payah Belajar Matematik?

Pelajaran matematik. Sangat mudah sebenarnya bagi yang berjaya memperolehi perdu pelajaran dengan menuruti perjalanan belajar dengan sabar dan hati yang bersih.

Tiba-tiba sekian lama pelajaran matematik itu berjalan, datang pula seorang bekas pelajar membuat kenyataan bahawa pelajaran matematik ini mengelirukan, sukar difahami dan seterusnya mengatakan pelajaran matematik itu tidak perlu dipelajari pun kerana menurutnya tiada kepentingan dan keutamaan.

Jangan begitu. Kalau kita tak faham bila belajar matematik jangan 'menikam' ilmu tersebut. Kalau tak pandai mengaku sahaja. Firqah mana la pulak berfikiran macam ini, bila tak dapat catch up kata ilmu itu menyusahkan?

Belajarlah untuk bukan 'tunjuk pandai'.


Lebih malang lagi, pelajar ini menanamkan pemikirannya dikalangan kawan-kawannya. Maka mulalah perubahan berlaku dalam budaya ilmu dalam sekolah tersebut. Semakin ramai pelajar tidak mengambil endah memperlajari matematik dengan bersungguh-sungguh. Malah ada yang tak berkisah langsung pelajaran matematik tersebut. Bila disiasat, rupanya pemikiran itu ditanam oleh bekas pelajar tersebut.

Maka pengurusan sekolah terpaksa menyekat pengaruh negatif bekas pelajar tersebut dari terus berleluasa. Hasilnya, pentadbir sekolah di cop zalim terhadap bekas pelajar tersebut kerana tidak dipanggil ke bilik kaunseling. Masalahnya, bekas pelajar tu dah jadi cikgu pun...

Comments

m taufiq a aziz said…
copy & paste

ANTARA HITAM DAN PUTIH

“Kini telah muncul golongan mentah seperti kanak-kanak yang cuba melompat suatu halangan tinggi. Akibat daripada itu, mereka jatuh dan rugi.

Mereka berkata: “Sudah cukup kita mengambil daripada ‘al-Quran dan Sunah’ sahaja”, tanpa memahaminya melalui kaca mata ilmu fiqah dan maqasid sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Shāṭibī dan disepakati jumhur ulama. Mereka mengendahkan kekayaan makna bahasa Arab sebagaimana yang telah digariskan oleh al-Khalīl, Sībawaih, dan al-Shāfiʻī.

Pendekatan mereka tersebut telah menyesat dan memperdayakan ramai orang. Mereka telah bersangka buruk dengan para fuqaha dan imam2 mazhab. Mereka mengeji permasalahan dan perbahasan yang mereka sendiri pada hakikatnya tidak mampu untuk memahaminya.

Hal ini adalah ibarat kata penyair Arab; “Mereka seperti segolongan wanita yang dengki kepada seorang wanita yang memiliki wajah yang menawan. Oleh itu, mereka menggelarkan wajah wanita yang cantik itu sebagai wajah yang hodoh”.

Golongan ini mengganggap bahawa fiqah itu sukar lalu mereka menjauhinya serta mencemarnya. Bagi mereka bahasa Arab itu susah lalu mereka menyerangnya.

Betapa rendahnya martabat orang yang tidak boleh membezakan antara makna literal dan makna hakiki di sebalik nas. Betapa lemahnya orang yang tidak tahu membezakan antara warna hitam dan putih.”

--- Shaykh Abdullah bin Bayyah
m taufiq a aziz said…
Saja nak bagitahu..
Sebab ramai yg dah tanya..
Sheikh2 kami di University Madinah dan di Masjid Nabawi ramai je yg Sporting & 0.k...Jarang juga nak jumpa yg keras2 melainkan Sheikh Tauhid..mungkin dulu sheikh2 Madinah ada yg keras..tapi Heran betul harini apesal Orang Malaysia lagi keras dari Sheikh Madinah..Sheikh kami mengajar Fiqh siap suruh ikut Mazhab Shafie & baca Qunut lagi..bahkan satu hari saya pernah di panggil oleh seorang Sheikh besar Universiti Madinah di biliknya..Beliau dari negeri Qassim..Beliau bgtahu "saya dapat khabar kamu Jemaah Tabligh..banyakkanlah berdoa ye..Orang Dakwah kena banyak Doa..kerana mungkin ada kawan2 kamu yg mengata kamu kerana mereka tak suka..jangan hiraukan mereka..teruskan Dakwah kamu"...masyAllah seorang Sheikh boleh cakap mcm tu..penuh hikmah..tak de pun dia kata kamu sesat masuk neraka..

Tapi Heran di Malaysia lagi teruk shadidnya dari Madinah..pernah tahun 2010 kami keluar Dakwah 40 hari di perlis..kami jemaah dari Johor..waktu subuh di "satu Masjid di perlis" tunggu punya tunggu..Bilal tak datang..maka kawan saya pun bangun azan sebab waktu dah lebih...sampai di Assolatu khairum minan naum..Pak bilal datang pakai singlet je dgn muka marah...Kenapa azan macam ni??kenapa azan macam ni??kata pak Bilal..Lain kali azan macam Biasa je..Tak payah baca Assolatu khairum tu...baca tu Bidaah bagi mereka..yg lagi pelik td dia tak nak datang awal untuk azan padahal dia bilal..Lepas tu datang pakai singlet nak marah2..tu lagi Bidaah besar sb lepas marah dia balik rumah...

Mulai dari hari tu saya pun fikir yg bacaan Assolatu khairum tu Bidaah..hinggalah sy di terima sambung belajar di universiti Madinah...waktu subuh elok je Pak Bilal Masjid Nabawi baca Assolatu khairum min naum..pelik juga kenapalah orang Malaysia lebih shadid dan Jumud dari Orang Madinah..barangkali sebab duduk je kt kampung tak nak tengok negeri orang..macam katak bawah tempurung hingga pemikiran jd sempit...lepas tu merasakan dia je betul..Janganlah sempitkan Agama itu...

ALLAH perintah "Fasiru fil ard-Berjalanlah di atas Muka Bumi" kerana dgn banyak berjalan, lebih-lebih dgn keluar Dakwah di jalan ALLAH maka banyak kita dapat belajar di tempat orang..jauh berjalan luas pemandangan tambah pengetahuan pengalaman...fikiran kita lebih terbuka..dan kita lebih mudah untuk memahami orang bukan hanya tahu menghukum Orang Sesat masuk Neraka..Betapa Ruginya

Popular Posts