"Kau berambus sekarang!" Halau Subramaniam. Darah dia betul tersirap hari itu. Beberapa hari sudah Siew Meng datang mengemis sedang dia berehat. Kali ni dia tak boleh kasi can.
"Kau dah tambat aku, bagaimana aku nak berambus. Bodoh. Kan aku dah kata aku tak mau kacau kau" jawab Siew dengan penuh kesopanan. "Cilake, pandai menjawab anjing ni." jerit Sub dalam hati. Lalu dia cabut besi yang ditanam itu. Berterabur tanah dilaman rumahnya. "Dah, lu belah sekarang" Maniam menengking penuh girang. Kali ni tak ada cerita banyak lagi. Nekad betul kali ni.
Jiran jiran bukan main lagi panjang leher menjengah. Mana yang telinga kuali, dia seting elok punya pasang telinga macam pasang astro. Mana yang tukang bawak cerita dah siap buku nota nak dianalisis. PBT dan Polis Bantuan serta Pegawai Penyiasat memang perlukan maklumat awam semacam itu.
"Bukan cabut natang tu mangkuk. Ni, benda ni! Kasi bukak!" Meng berbisik sambil menunjuk-nunjuk lehernya. "Ah!! Lu belah sekarang! Lu dah satle hal lu, datang jumpa gua. Gua kasi kunci, lu bukak sendiri. Lepas tu lu lepak masuk dalam rumah gua pun gua tarak hal punya". Meng diam. Meng merangkak perlahan lahan ke pintu gate bersusah payah. Rantai besi yang di ikat dia heret perlahan lahan.
Dari jauh dia melihat Sub memberi Mimi makan friskis atas riba. "Memang tak boleh blah. Tak menyempat." kata Siew sambil menahan bus Rapid KL selepas 3 hari merangkak ke bustop. Semasa perjalanan, Meng singgah balai polis SB (special branch) untuk chek saman trafik. Pasal itu hari rasanya ada kena saman parking.
"Memang suey, cilaka" Siew kata berulang ulang.
No comments:
Post a Comment