Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.
Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.
Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.
“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.
“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.
“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.
“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.
Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.
Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.
***
ok, sekarang ni, apa pengajaran yang kita dapat. rata rata mungkin nak kata perihal kederhakaan si tanggang kepada ibunya.
aku teringat bagaimana saudara saudara aku pulang bercuti semester. walaupun ada kerja kerja berbaki yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya, tapi dia menjadikan alasan takut derhaka untuk mencari jalan lepas diri dari buat kerja untuk pulang kekampung dimana kita tahu, rumah kita adalah 'the best place can be'. selesa.
ada juga kawan kawan di kampung sudah sumpah seranah aku mengatakan dah lupa asal usul kerana tidak pulang ke kampung. "ko nak jadi si tanggang ke?"
rata rata mengambil kisah si tanggang hanya isu "melupakan ibu/bapa" sahaja. jumud bukan pemikiran ini.
abg long penah persoal, "aku tak pernah lagi dengar orang tak balik kampung terus jadi anak derhaka"
mungkin ada yang rasa bercanggah ayat abg long ni. ish, janganlah begitu sempit.
pada aku kisah dongeng/mitos ini direka oleh orang terdahulu dengan begitu seni penyampaiannya. ternyata generasi sekarang gagal mencerna iktibar dari kisah ini dengan pandangan yang sepi sekali.
baiklah. ada tiga keadaan tanggang. cita-cita, kejayaan dan kesilapan. orang melayu dulu mewujudkan watak si tanggang dengan watak yang ambitious atas ayat "Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal." perkataan khayal/ beragan ini bukanlah seperti angan angan mat jenin kerana perlakuan tanggang berazam untuk bertemu dengan nakhoda kapal untuk kerja kosong menunjukkan dia berusaha.
secara fitrah hubungan anak dan ibu bapa, takkan lah semudah itu perasaan ibu bapa hendak berpisah dengan anaknya. mungkin ada yang menyangkal kenyataan ini dengan menyatakan parents diorang sporting. tapi itu yang terzahir. hakikatnya akan terselitlah fitrah perasaan ibu yang sangat kasih akan anaknya untuk berpisah. apatah lagi dengan si anak tunggal. sedikit sebanyak, rangkap "Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah." menerangkan fitrah ini secara jelas. tetapi sekarang ni rata rata yang lagi berat hati nak meninggalkan rumah adalah si anak sebab tak reti berdikari. mungkin boleh lihat iktibar alam bagaimana ibu burung tolak je anak mereka dari sangkar untuk belajar terbang. bagitu?
mungkin tidak sepenuhnya boleh di guna pakai. kerana rata rata perantau sekarang dilengkapi kemudahan transport awam dan sendiri. juga teknologi tanpa wayar untuk berhubung. kenapa perantauan itu dibawa sekali komunikasi seperti zaman dahulu?
hal lain yang ingin cerita ini ketengahkan tentang kejayaan. kebanyakkan bangsa yang berjaya adalah bangsa perantau. kita lihat bagaimana bangsa ca-ya-nun-alif merantau sehingga town mereka dimana mana. tak kurang juga bansa melayu yang pernah di gah pada masa dahulu sebagai bangsa yang berlayar. ada yang kata asal dari perkataan 'orang melayar'. lagikan pula anak lelaki, fitrah yang dijadikan untuk lelaki adalah sebagai perantauan untuk berjaya. kata orang melayu, sayangkan isteri tinggal tiggalkan itu menunjukkan bahawa si lelaki perlu keluar untuk mencari untung nasibnya sendiri.
ketahuilah, pemergian si tanggang untuk mengikuti nakhoda adalah berbekalkan 2 perkara iaitu azam/cita cita yang tinggi, serta penguatnya adalah berkat doa ibu dan bapanya. perantauannya itu berjaya kerana hikmah dan karomah ibu bapanya. maka ia berjaya. kerana hikmah dan karomah kedua ibu bapanya tidak dibatasi dengan jarak.
tauladan didalam cerita ini begitu jelas. bahasanya mungkin mudah untuk di simpan oleh kanak kanak tetapi kini, sistem pencernaan otak orang dewasa kini kelihatan seperti tidak berfungsi bagi sesetengahnya untuk memproses 'isi' dari cerita ini. hotak mereka lebih kepada memproses cerita cerita cinta bohong korea, cerita fiksyen miksyen barat atau non-fiksyen, cerita cerita jenaka-bangang kosong dalam industri perfileman sekarang ini. kalau ada filem yang bagus tetapi banyaknya fokus kepada teknik perfileman lah, kualiti video, aksi stunt atau adegan adegan comolot yang ghairah. oh, maaf.
kita teruskan lagi. pertengahan cerita watak si tanggang begitu bermakna apabila kesungguhan si tanggang berusaha dalam melaksanakan kerjaya akhirnya dia berjaya mendapat rezeki yang baik. begitulah hebatnya bekal yang tanggang bawa dalam perantauannya.
transfomasi watak antagonis si tanggang bermula setelah dia dihadapkan dengan ujian tiga ta. rata rata kita semua pasti akan berhadapan dengan ujian ini. tetapi, peringatan yang cuba disampaikan didalam cerita ini telah kita lupakan untuk berjaga jaga. maka, kasihnya Tuhan kepada kita, kerana Dia tahu akan kelemahan kita, maka kehidupan kita tidaklah diberikan sepenuhnya walaupun kita meminta isi dunia ini.
kemuncak cerita ini adalah apabila si tanggang MENAFIKAN kedua orang tuanya. maka disitu lah hikmah dan karomahnya ditarik semula. dan kurniaan keramat kepada si ibu menyaksikan kebesaran Tuhan kepada seisi alam. menjadikan watak tanggang batu adalah sebagai peringatan kepada kanak kanak sebagai renungan mereka saat ketika melihat batu yang menyerupai manusia. kuasa keramat digambarkan begitu hebat sekali. sebagai wasilah peringatan. kaedah pendidikan untuk kanak kanak. budak budak belajar nyanyi nyanyian atau cerita ceritaan, orang dewasa mengorek khazanah falsafah didalam pembelajaran di tadika, berdasarkan maksud kata kata hj shafie mehad, lecturer phi454.
mungkin banyak versinya cerita ini namun isinya tetap sama.
hebatkan nenek moyang kita menyusun cerita ini tanpa perlu copyright/guideline tepat. tetapi cerita ini melalui setiap zaman dengan isi yang sama. cuma perkara perkara ranting daripada cerita sahaja yang berubah ubah mengikut versi kreativiti zaman masing masing.
jadi apakah yang kita dapat dari cerita ini? bagaimanakah bentuk cerita ini pada tahun 2020 lagi? adakah latarnya masih sama? adakah sumpah keramat itu tetap akan berlaku walau teknologi mengekang kehidupan? sama sama lah kita saksikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Qasyira Noristiqa
Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...
-
Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.
-
Doktor apabila sakit pun akan berjumpa doktor. Kenapa pula guru tidak perlu kepada guru? SYAIR TUNJUK AJAR Terhadap guru hendaklah hor...
No comments:
Post a Comment