Tak Jiwa

Perbualan dengan seorang cikgu yang telah lama berkhidmat dengan yang baru berkhidmat. Cikgu yang ajar aku sejarah masa tingkatan 3. Baru habis kelas agaknya. Terus ke tempat duduk dan mengeluh halus. Maklumlah, aircond rosak hari ni. "Besok sekolah ye?" katanya memulakan dan mengakhirkan bicara.

Sekolah 6 hari seminggu? Mungkin maknanya ada cuti yang agak panjang nanti.

Ok, sebagai melayakkan blog ini standard entri zine zaman gelap dulu-dulu tu, kena ada jugak ceriti-ceriti kritik terhadap situasi rialis yang mempunyai perspektif tersendiri dari seorang editor.

Contohnya latihan rentas desa. Budak sekolah sekarang malas-malas betul. Lompat bintang 5 kali pun berkira. Leceh betul.



ed - Rasanya malam besok ada peralihan pimpinan. Semoga berjalan dengan baik.


nota : ni entri semalam

Comments

Popular Posts