Wednesday, June 30, 2010

ref taraf dunia

Seperti entri ini, aku juga menanti kemunculan beliau di tengah-tengah padang FIFA..

Tuesday, June 29, 2010

frequent reason 2

"Saya orang baik. Tak kacau orang. Buat apa orang nak kacau saya!?"

Ok, macamana pula ini;

"Orang jahat memang kacau orang baik. Memang kerja dia."




Blajar Silat kawan kawan?

Sunday, June 27, 2010

Cerita 17, Nikmat

Kata kata yang lama itu jelas jelas menerangkan penafian terhadap semua perkara. Disclaimer. Nikmat yang datangnya dari pelbagai itu hanya ada satu punca. Maka, tersingkaplah jawapan kerana apa yang menjadikannya ramai dan berpecah pecah. Tapi bukanlah ia dilihat seperti adanya. Tetapi semakin nyata apa yang perlu setelah adanya itu.

Setelah Elly membuang pita pita kerasnya itu, barulah ia datang kembali sesudah itu. Rindu membuak buak menumbuk hatinya.

Saturday, June 26, 2010

45 Tahun

Selamat Menyambut Hari Perayaan.

Semoga anda selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Tak kira berkereta, berbas, bermotor, berbasikal dan mungkin berjalan kaki, berhati hati lah dalam perjalanan. Selamat Bersama dan Bersatu. Bukan Bersama Memecah Belah.

Friday, June 25, 2010

cakap

Mak saya bilang, saya lambat untuk mulakan bicara pertama saya sewaktu kecil. Tak macam anak buah saya tu. Si Abdul Malik ibni Mohd Idham. Pada usia 1 tahun 8 bulan sudah pandai cuba mengikuti butir kata orang disekelilingnya. Sebagai contoh perkataan paling panjang yang dia gemar ulang ialah "Mamat Jatuh. Kelakar". Rentetan peristiwa Mamat (seorang karakter jejaka muda kampung berbadan besar yang tidak mempunyai latar akademik yang tinggi tetapi memiliki sikap yang baik dan selalu membantu ayah saya) terjatuh dari jeti dan terjelepuk ke dalam lumpur di hadapan rumah Kak As The Nanny. Peristiwa itu berlaku dihadapan mata Si Abdul Malik ibni Mohd Idham. Pada usia itu juga, sudah banyak juga perbendaharaan katanya.

Mungkin saya seperti Damia Marissa bintun Mohd Zaki yang agak lambat untuk mulakan bicara. Cucu kedua selepas Abdul Malik melalui nisab keturunan Mak Long si Abdul Malik. Dia setakat ini hanya tahu senyum dan menangis. Oh, juga pandai ketawa dan bercakap 'aaaaaaaa' dengan melodi sendiri. Agaknya.

Alhamdu lillah, hinggalah dewasa kini saya dapat juga bercakap. Dari cakap yang lucah-lucah. Cakap yang baik-baik. Cakap yang jahat-jahat. Cakap yang maki hamun. Cakap yang puji-puji. Cakap yang bahan kawan-kawan. Boleh dah semua tu. Semuanya belajar dari Universiti Alami.


Namun dalam situasi tertentu tak dapat juga saya bercakap. Tiba-tiba mulut saya macam dipenuhi sesuatu yang sedang saya kemam. Tak dapat juga saya bercakap. Takkan orang lain kena cakapkan untuk saya. Mana la orang mahu tahu apakah yang cuba saya ingin cakapkan. Mahu maki ke. Mahu puji ke.

Nampaknya kalau begini, pelajaran saya di Universiti Alami kena tangguh. Lihat sahaja kawan-kawan semua sudah konvokasyen. Kena buat sendiri ni. Thesis yang lepas sudah kena baling masuk dalam bakul sampah. Kali ni, buat bagi elok lah.



i love you.. all..

T_T

Thursday, June 24, 2010

1895-2010

Masa itu ialah sesuatu yang relatif dan bergerak lurus pada perkadaran yang tetap dan mustahil baginya untuk berundur. Oleh itu, bergerak kehadapan terus menerus adalah satu tindakkan yang menuntut kepada fitrah kejadian alam.

Tetapi, seperti agak bersalahan sekiranya berlari kehadapan dan memadam 'bekas tapak kaki' di belakang. Bimbang lupa kepada asal usul.

Selamat jalan buat Pudu. Penjara pudu.

Wednesday, June 23, 2010

dugaannya

Lama penerbangan yang jauh itu, tiada juga kelihatan tanah yang dituju. Maka bertanyalah seekor burung;

"Mengapa perjalanan ini menjadi sepi, semakin lengang dan menakutkan, wahai peminpin kami?"

Sang Belatuk, raja mergastua menjawab; “Memang banyak manusia tidak berani melalui jalan ini kerana takut. Tidak kah saudara-saudara pernah mendengar kisah Syeikh Abu Yazid yang keluar ke tengah padang di malam hari, di waktu bulan di kala semua orang sedang nyenyak tidur? Maka tertariklah dia olah keindahan malam yang sunyi itu. Merasa hairanlah beliau, mengapa tiada orang yang berani merempuh jalan ini, sehingga sepi sahaja? Pada halnya, ianya sebegini indah?".

Kemudian terdengarlah beliau suatu suara; “Maharaja tidak memberi izin kepada semua orang untuk melalui jalan ini. Kebesaran kami kadang-kadang membuat hanya sedikit orang yang mengharapkan kurnia kami dari pintu kami."


***

"Bapanya, mahukannya, jadi seorang askar.. Bukan cita citanya.. Bukan impiannya..." si Elly menyanyi perlahan lahan sambil memegang cord E minor 7th.

Tuesday, June 22, 2010

Night Wish

Layan gak vokalis baru diorang. Sapa kata metal kena growl.

Saturday, June 19, 2010

bunga lima kelopak

Hingga satu masa, bunga itu akan mekar kembali. Setelah fananya perasaan diri. Hapus sendiri. Lalu menyujud zuhud pada pemiliknya agar bunga itu mekar sentiasa. Walau dalam taman berduri. Beradio aktif. Bernafas racun.

Akhirnya, bunga itu tetap akan menjadi abadi. Terus mekar. Dan Tyo Alba terus di tempatnya. Tapi tirai tirai sir itu menyelubungi dari pandangan mata sesetengah mereka. Pencarian itu mungkin tiada di situ...

Kita terus dalam sambungan..

Thursday, June 17, 2010

macam macam hal the series.

Back dated.

Apa kejadahnya gua tertinggal belimbing mini atas bonet! Receiveless!

Tuesday, June 15, 2010

Alex Rose


Lu orang kenal sapa Alex Rose? Gua pun tak kenal sangat dia. Kenal nama je. Muka pun gua tak cam. Boleh je gua nak type kat google. Malas aa wa.. Tapi mamat ni lagi teruk. Gua pun dia tak kenal. Cis..

Ok, gua jarang cerita benda benda pasal gua. Tak best langsung. Tapi tang ni, gua rasa nak tulis sikit. Era passionate gua dengan color buncho, brus kaler, pensel, pen hitam, kertas putih kosong, dinding, pelaka dan beberapa perkara minor. Gua start tangkap nama mamat ni masa gua beli (err, member gua kot) majalah Gempak. Ada dapat poster beso. Gambar karya dia. Kingdom Come. Tapi bukan yang kat atas tu. Ada yang lain. Aku cari kat google tak jumpa plak.

Ok, tu tak penting, cuma kat sini gua nak highlight yang lukisan tu adalah antara penyumbang terbesar kepada gua dalam mencerna idea dalam hasil karya contengan gua yang hari ni gua simpan (kononnya) untuk bawak interview. Lepas berkenalan dengan 6 string pada tahun 2001, perlahan lahan pasionate gua bertukar arah. Gua semakin 'perlahan' dalam scene ni, sehingga tangan gua gatal balik cuba menghasikan karya hebat pada 2009. Tapi tak jadi sangat. Tangan gua dah keras. Lukisan potret adalah lukisan yang menakutkan tangan gua kerana ia adalah melukis fakta. Gua suka free. Tapi takpelah. Gua try jugak.

Antara pengkarya lain yang merasuk idea gua adalah seperti Aie dengan 'blues selamanya' yang memberi infuence gua terhadap stroke line seperti juga Akira Toriyama. Tapi karya Akira adalah lebih kepada pencetus atau penyuntik spirit gua melukis komik. Shit. Kalau gua jumpa balik komik yang gua buat dulu. Mesti gua gelak. Gila babeng plagiat Dragon Ball. har harun.. Patut la PMR tak dapat 9A.

Ok. back to title. Alex Rose rock! Karya Alex Rose Rock!


peh.. nostalgia gak entry kali ni.

Sunday, June 13, 2010

Ultraman Cosmos VS Ultraman Justice

Hari tu, saya melayan anak buah saya dengan membuka cerita Ultraman. Satu cerita alih bahasa Jepun yang sangat popular dan dikagumi ramai kanak-kanak hampir setiap zaman. Ketika zaman saya membesar, seingat saya ialah zaman Ultraman Ace dan Ultraman Seven. Sekarang mungkin dia sudah menjadi Ultraman level abang-abang.

Anak buah saya usianya baru setahun lebih. Pada firasat saya, dia terlalu mentah untuk mencerna jajahan minda seperti itu. Akhirnya, setelah beberapa minit dia cuba untuk melayan cerita yang saya bukakan untuk dia duduk diam, dia pun ke ruang tamu bermain permainan lori dan bajaknya. Tak into dengan Ultraman. Saya pula, masih lekat pada cerita itu. Kerana kali ini ceritanya sepanjang satu jam. Pastinya mega movie untuk Ultraman ini.

Tiba tiba Ultraman Justice menyerang Ultraman Cosmos. Ramai orang tidak menyangka perkara itu berlaku. Ultraman Justice tiba tiba menyebelahi pihak yang ingin memusnahkan hidupan di muka bumi ini, waktu penghapusan. Maksudnya macam itulah.

Di kalangan masyarakat bumi, mereka mempunyai refleksi tersendiri berkenaan peristiwa tersebut. Diantaranya ada kelompok golongan muda jalanan (dulu orang panggil golongan hippies) dengan dress-up hip hop berborak ringan tentang isu keselamatan bumi. Seperti kebanyakkan kisah bersiri alih bahasa Jepun lain, begitulah mereka bercakap cakap.

“Ultraman Cosmos sudah mati. Kau tahu?”

“Ish, takkanlan Ultraman Cosmos kalah. Tak mungkinlah”

“Iye, kau lihat berita tadi?”

“Habislah kita. Ultraman Cosmos sudah mati. Siapa nak selamatkan kita?”

“Ala, kerajaan mesti selamatkan kita. Kita kan bayar cukai. Heheh”

“Haha, ya juga. Kau dah bayar cukai?”








Kredit untuk Industri cerita alih bahasa di Malaysia.

Friday, June 11, 2010

world cup 2010

Ada satu masa tu, aku amik ujian isu semasa di JB. Soalan objektif. Salah satu soalan berbunyi 'World Cup 2010 akan diadakan di mana?'..

Argh. Aku jem. Tapi dengan pantas aku sms Amin. Sementara tunggu dia reply dari Indon Indonesia (Cikgu aku dulu tak suka kitorang panggil Indon. Suruh panggil nama penuh), aku jawab soalan lain dulu.

"bizz" (vibrate)

"Kat Afrika Selatan la wei. Tak baca surat khabar ke!"

Ok. Terima kasih nyah. Sentap mak..


Malam ni dah start lawan. Aku tak pilih team lagi ni.



...

Oh.. Oh.. dah tau. Aku nak sokong Malaysia.. Ada jugak wakil Malaysia masuk World Cup.

Wednesday, June 9, 2010

eksperimen : kecacingan

"Baiklah, saya akan buat satu eksperimen. Kamu beri perhatian dan kamu semua kena buat hipotesisnya. Boleh?" tanya seorang guru sains.

"Boleh.." jawab murid murid gaya bermalasan.

"Baiklah, dihadapan saya ada dua bekas. Satu berisi air mineral yang saya tandakan A, dan satu lagi berisi air arak saya tandakannya B."

"Sekarang saya akan masukkan cacing di dalam kedua dua bekas tersebut. Perhatikan."

Kelihatan cacing didalam bekas A kelihatan aktif bergerak kerana sumber mineral membantunya untuk terus hidup. Manakala cacing didalam bekas B bergerak dengan pasif dan setelah seketika ia mati. "Baiklah, apa yang kita dapat perhatikan? Okey, kamu. Apa hipotesis kamu?"

"Untuk mengelakkan kecacingan didalam perut, kita perlu meminum minuman didalam bekas B"






credit En Hamid Selamat

Tuesday, June 8, 2010

Di Jalan Jelatek

Assalamu'alaikum wbt. Selamat pagi.

Hari ini seperti yang di khabarkan, akan berakhirlah rentetan episod selama 2 dekad kisah tentang perjuangan seorang yang kasih akan hartanya. Maka hari ni, akan diputuskan bagaimana kisah ini berakhir. Insyallah..

Semoga selamat semuanya.

Monday, June 7, 2010

electric

berhempas pulas juga Elly bergomol dengan lawannya itu. Serangan balas tak disangka sangka. Terbukti jelas bahawa dia kurang fit. Mungkin dia perlukan latihan intensif dimasa akan datang dan menyusun dietnya semula.

Kisah tentang karan setelah beberapa tahun satu peristiwa itu berlaku, adalah ia hanya satu laluan dalam laluan yang lainnya. Tiada ia dapat menjangkau bertapa manisnya peria itu. Bertapa indahnya gelap itu. Hanya setelah Dia bukakan pintu yang terkunci itu.

Setelah letih, Elly pun duduk tersandar di balik tembok angin itu. Tercungap cungap. Dan angin bisa datang lagi menghembus perlahan lahan. Tidurnya malam itu bakal didatangi jelmaan cintanya.

Woooo.. bunyi angin bertiup lagi.

Friday, June 4, 2010

ucapan selamat

Selamat menyambut hari ke empat. 4 jun sudah. Kena start pulun nih...

Thursday, June 3, 2010

ngeteh

Kalau orang Johor ajak minum biasanya “Jom Ngeteh”..mengeteh ni asalnya perkataan orang Jawa tetapi telah di1Malaysiakan sdah jadi bahasa standard orang Johor. Ngeteh ni adalah singkatan kepada “minum teh”. Ada juga di setengah daerah yang menggunakan perkataan “Jom Ngopi”

Tetapi belum ada lagi perkataan “Jom ngenescafe”, “jom ngemiloais” dan sebagainya :) .

Siapa yang belum minum tu, jom ngeteh dengan saya… tapi teh istimewa spt gambar di bawah… Ada Bran?


----------------
ni entri aku dapat dari email yang foward-foward tu

Tuesday, June 1, 2010

selamat menyambut hari lahir

Bapak gua ni agak hero orangnya. Gua masih tak jumpa skill dia survive hidup dia. Pasal dulu gua adalah rock-star dan anti-sosial, jadi gua dah terlepas banyak.

Hari ni besday bapak gua. So, gua mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir.





...

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...