Fair la Amore

Matlamat : nak masuk merdeka battle of the band.

Line up
sifu gitaris gua - suki
gitaris ke dua - aboo
drummist - duku
vokalis tak ada.. betul!

Lagu dipertandingkan:
Triptish oleh siam shade (band j-rock) - instrumental
31 Ogos oleh sudirman - dimainkan secara instrumental.




Walaupun gua rasa sux to pertandingan, tapi atas dasar semangat globalisasi musik dan tuntutan trend serta kehendak nafsu pemusik jalanan, setelah mendapat offer untuk terbabit dalam menjayakan sound musik Fair la Amore, gua follow band ini kejap.

Band ni hanya dapat bermain di peringkat saringan dalam battle of the band versi bulan merdeka lima tahun lepas. Judge suruh main semula dengan melengkapkan line up. vokalis tak ada. but then, ada sorang member ni dari band lain dengan manisnya minta supaya untuk tidak re-audition.

Pengalaman bersama band ni ialah, panjat pagar malam-malam dan berkenalan dengan pemusik yang muka manis tetapi backstabber.


Sebagai basis, ketika itu gua merasakan pemainan gua seperti Jason Newstead dari sudut bunyian bass. Tenggelam, tapi ada. Sound gitar yang plain dan penggunaan amp yang kurang bagus. Drum juga terlalu amatur dan tak sedap pukul. Gitar fender kepunyaan Aboo dan diadun oleh BOSS MT-2. Gitar ibanez digunakan oleh Suki diadun dengan bunyi dari Zoom milik Aboo. Sebenarnya gitar ibanez gio itu dipunyai oleh Yem yang kemudiannya dibeli oleh pemain bass band ini. Duku ketika itu menduduki posisi drum yang meminati stroke pukulan drum yang pelbagai tetapi gagal ditonjolkan kerana keadaan fizikal drum. Sound gitar yang tidak adil lagi saksama menjadikan bunyinya tidak menarik. Showmanship yang sebelah tangan. Walaubagaimanapun, penyokong banyak memberi bantuan menghidupkan atmosfera. Happening. Ada disini

Last, SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN.

Comments

Biskut dan Kopi said…
Haha! Lama dah kamu tak hantar lagu2 korang untuk didengari. :D
taw said…
hihi... tungguu...

Popular Posts