Sampailah sudah penghujung helaian dari satu bab yang dibacakan. Seterusnya yang masih belum boleh dibaca. Tetapi pasti ada ceritanya. Atas kemampuan dan kuderat yang ada, beserta kebodohan yang mutlak, dengan apa yang ada dan pengetahuan terhadap itu. Akan tunailah segala hajat bagi hamba-hamba Nya yang ikhlas.
Setelah sekalian itu, kemudiannya pipit pun menangislah semahu mahunya. Berjujuranlah airmatanya menitis membasahi pipinya. Tiada setahun masa membayarnya, tiba tiba jiwanya diambil pergi. Dengan itu berlanjutan tempoh gering rohnya yang tak jumpa punca beberapa purnama.
Setelah dibuangkan kehendaknnya itu dan dibiarkan masuk hadrat yang hadir itu, maka tersingkaplah sedikit satu dari berbilon tirai rahsia dihadapannya lalu menhembuskan bayu perlahan menyapu kulit pipinya. Bertambah sedulah dadanya kerana dipenuhi sebak tangisnya. Dilihat pula kalungan bunga-bunga yang biasanya mengelilingi menjadi jauh dan menjadi jengkel untuk menghampiri. Hanya dilihat.
Kemudian, apabila dia mengangkatkan kepalanya menghadap ke hadrat hadapannya, tersingkaplah sedikit tirai sir. Terpana mata. Tersentap hati. Terpaku. Tulilah telinga. Bisu kalam kalam yang ada. Hilang semata mata. Kembali ke tempatnya. Ta wa ba..
Kebesaran Tuhan yang selama ini dinafikan. Akhinya dengan kasih sayang ar Rahimnya itu, dengan berkat, dengan keramat, dengan hikmah, dibuka kunci pintu untuk menerima qadar yang telah hadir sejak lama dulu. Hilang dan tenggelam. Menjadi debu ditiup angin bayu dari tirai sir yang tersingkap. Sejuk dan menusuk hingga ke tulang sum sum. Lalu, cinta yang pahit menjadi manis. Yang menikam menjadi penawar. Yang sukar menjadi mudah. Yang buruk menjadi indah. Yang pedih menjadi selesa. Yang gelap disuluh terang. Bisu..
Terkeluarlah biji mata si pipit dari tempatnya. Bergolek golek. Terputuslah lidahnya dari kalam kalam. Bergetik getik. Tersumbatlah telinga telinga. Kudunglah kaki tangan anggotanya. Kembali ke asalnya.
Tidak tahu mengapa.. Yang tinggal, hanya...
pada muka surat seterusnya.... (dalam tempoh masa yang panjang)
SELAMAT BERPUASA
No comments:
Post a Comment