Dia tenung sungai yang mengalir itu

Ref: 3/5

Dia tenung sungai yang mengalir itu. Sejuk juga jiwanya. Kalau tak tekanan hilang arah macam ni, nak saje dia terjun mandi. Ah, dengan kusut-kusut gini, nak makan nasik pun tak lalu. Dalam begnya lengkap alatan camping. Brother yang lead tu suruh bawak. Mamat ni mana tau perihal camping. Tau tau nak makan selak tudung saji ada makanan. Kalau tak ada apa apa nak kunyah, pergi tidur dengan harapan perut dia terlupa yang dia lapar. Atau pun mimpi makan nasik lauk sedap dengan air manis. Bapak la punya malas. Itu la rahsia nak kekal langsing.

Barang barang camping tu satu hapa dia tak pernah guna. Tau cerita cerita je masa kelas teori kokurikulum. Tapi dia datang pasal nak amik attendance. Kalau boleh balik, dah balik dah layan DOTA ke, movi ke, tido ke.. Boleh la sebagai pelajar IPT yang berpersoniliti sepertinya, subjek kokurikulum je ada harapan nak dapat A. Kurang-kurang kalau bapak dia tanya, ada la benda nak kasi sejuk sikit. Ceh, ingat bapak dia tak tau ke. Bangsat.

Hari makin gelap. Tengok jam baru pukul 4 petang. "Mak ai, cepat betul gelap. Ingat dah nak magrib" katanya sejurus melihat jam tangannya. Matanya mencari cari jalan nak menuju ke sumber air mengalir itu. Degup jantung masih tak kurang macam tadi. Laju jugak debor dia.

"Amende eh brother tu cakap kalau nampak sungai tuhari?" dia cuba mengingati kembali ilmu dalam kelas yang lepas. "Buat khemah dekat ngan sungai kot?" dia bercakap cakap dengan pokok sekeliling, yang sebenarnya bermonolog je...

"Astaghfirullahalazim.. mandi junub!" desisnya perlahan.





...bersambung--------------------------
AMARAN. Ini cerita rakaan beb. Tiada kait mengait dengan yang hidup atau yang mati

Comments

Popular Posts