habis

Ref: 5/5

Jabulani masih mencari jawapan. Apa kait mengait sungai ni dengan keadaannya. Matanya meliar melihat setiap inci perkara yang jelas dan nyata itu. Mungkin ada tanda untuk dia kembali. Keluar dari ke-tidak-keruan itu.

'Huh..' Jabulani mendengus kecil. Direndahkan pandangan matanya memandang aliran sungai yang menyenangkan. Ada ikan-ikan kecil bermain dengan arus. Tenang.

Tiada satu apa pun yang Jabulani dapat baca kerna kebodohannya itu sendiri mengakibatkan dirinya buta huruf buta kayu. Menitis juga air mata hatinya takut tak jumpa jalan keluar. Dia hendak mandi pakai sabun melembut kulit. Dia nak gosok gigi guna ubat gigi tanpa klorok.Dia nak tukar spender. Dia nak makan nasik lauk mak masak. Dia juga nak jumpa kawan-kawan. Samada kena bahan atau bahan mereka kembali.

Nak dijerit siapa nak dengar. Karang tak memasal kejutkan Raja Rimba. Loan Mybank bulan ni dia masih tak bayar. Parahlah kalau tengkuknya kena terkam.

Tunduk. Kemudian setelah kemelut itu, dia melangkah. Menuruti langkahnya dan hati serta matanya yang tenang melihat airan sungai itu.

Sambil mengerling kedalam isi sungai itu, Jabulani berhasrat juga untuk memancing.

Tiba-tiba muncul seekor ikan gergasi menangkap-gigit tangannya. Besar ikannya. Macam dalam cerita 'Monster Fish' kat astro. Puh..

Melatah lah Jabulani lalu melompat ke sisi. Di ambil ranting kayu yang dapat dicapainya dan memukul-mukul kepala ikan itu. Ikan itu menggelepar merentap-rentap tangannya.

"Hoii... hoi.." jerit ikan itu. Peh. Ikan menjerit?

"Hoiii..." jerit ikan tu lagi.

"Bangun la weii" sambungnya lagi.







LOL.

ah. busan.
--------------------------
AMARAN. Ini cerita rakaan beb. Tiada kait mengait dengan yang hidup atau yang mati

Comments

Popular Posts