tempat menunaikan qada hajat yang tertangguh

Ref; 4/5

"Eh, ade ke pulak mandi junub. Bingai! Bukan mandi.. apa eh..?" makinya sorang-sorang diri membetulkan sangkaannya itu.

"Takpe, kasi turun dulu".

Sampai dibawah, dia ingin menunaikan qada hajatnya. Hajat kecil. Dia menuju ke arah pangkal satu pokok besar di tepi sungai itu. Sebaik ingin di 'shoot' pangkal pokok itu, teringat pulak kisah kisah seram dimana ter'simbah' kepala anak jin mengakibatkan amarah jin tersebut membuak buak.

Dia dengar cerita tu masa dia duduk asrama kat sekolah dulu. Masa dengar cerita tu, terdetik juga dalam hati dia, apekejadah jin tu duduk kat situ. Pegi la main tempat lain. Tapi sekarang ni, dia berada dalam situasi itu. Dia berasa dalam delima.

Oh, dah berapa episod dah aku tak kasi lagi nama watak utama siri ni. Em.. Aku letak nama 'Jabulani' la.. hee hee hee...

Ok, kembali ke cerita.

Setelah berfikir pendek, Jabulani tak jadi meng'shoot' pangkal pokok balak tu. Dia ber alih tempat. Dari pangkal pokok tu dia bergerak ke tepi sungai.

"Fuu...." getus Jabulani memberi ekspresi kelegaan setelah menahan hajatnya dari tadi.








...bersambung--------------------------
AMARAN. Ini cerita rakaan beb. Tiada kait mengait dengan yang hidup atau yang mati

Comments

Popular Posts