Prelude Siri baru

ref:1/5

Matanya memandang keatas mencari langit. Tiada tanda apa apa. Kanopi tebal tinggi itu menutup kebanyakkan cahaya matahari di tengahari itu menjadikan keadaannya nyaman dan tenang serta merehatkan. Tambahan warna hijau yang kaya dengan klorofil dan oksigen yang sebagai bahan buangan. Mengikut sains juga ia mampu mengubati rabun mata jika rajin di tatap warna semula jadi itu. Ntah. Itu gua baca dalam buku. Gua try gak sikit sikit. Tapi kat hutan bandar ni tak berapa nak hijau pulak.

Eh, sambung cerita..

Keadaan nyaman dan tenang itu berubah menjadi suram dalam dirinya. Kelam menakutkan. Seperti dibalik pokok pokok besar itu ada penungu merenungnya. Seperti ada mata mata haiwan buas mencari peluang menerkam tengkuknya. Ketenangan itu menjadikannya gundah dan resah. Demikian bagaimana keadaan itu tidak bergantung kepada definisi keadaan itu sendiri.

Matanya liar mencari cari jalan. Manik peluh berjurai. Jeritan tolong tersekat dalam kerongkong. Siapa yang hendak dengar jeritannya. Silap silap jeritannya mengejutkan penunggu hutan itu pula. Silap silap mengganggu istirehat Pak Belang Raja Belantara.

Terpusing pusing kepalanya. Degup jantung bertambah deras. Dadanya berombak kuat.




...bersambung
--------------------------
AMARAN. Ini cerita rakaan beb. Tiada kait mengait dengan yang hidup atau yang mati

Comments

Popular Posts