Thursday, December 30, 2010

Koleksi Horoskop Shahril.com



Shahril cakap;


"Tamatlah sudah 12 horoskop yang aku tilik secara tidak bertauliah untuk tahun 2009. Ramai orang mati kan?

Horoskop adalah haram, dan aku sengaja buat tilikan yang teruk2 dan over the top sebab nak uji kepercayaan kita (philosophically) (khusus ditujukan kepada yang muslim) pada horoscope.

Jika ramalan horoskop itu bagus, kita akan rasa seperti mahu mempercayai kan? Mahu ia menjadi kenyataan. Kalau ia terlalu teruk, psyche kita akan tolak serta-merta, betul tak?

Kiranya, horoskop saharil conteng adalah servis ala 'electric shock therapy' yang aku beri untuk horoscope follower di luar sana. haha.
"






Rajin juga aku layan Shahril.com ni punya art. Kalau tak silap aku, dia ni orang Pontian. Mungkin itu membuat aku berasa untuk letak link sebelah kanan blog ni. Juga kerana dia rajin update. Banyak gambar dan sedikit bacaan. Sesuai untuk aku yang agak malas membaca.


Menurut Mohd Hadri aka Acong (Puncak Aspirasi), seorang bekas pelajar fakulti Art & Design (yang mempunyai gambar art bertajuk 'habuk' dibiliknya), Shahril.com punya art ada berbentuk 'naif'.

Jangan tanya aku pasal art. Aku tak reti cakap. Nak tau lebih lebih, tanya Ab Muhaimin. Studen interior design di masa kini.. power..


K, hepi horror-skoping.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...