tiada gambar secantik lukisan untuk ku gambarkan perasaan

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda








Hari tu layan Biografi P Ramlee di History Channel 555. Layan gak. No wonder why they say 'there is no replace for P Ramlee'.

Satu yang gua teringat sikit lebih kurang kata-kata dia, dalam video temuramah yang diorang tunjuk sikit dalam dokumentari tu;

'Lagu lagu seperti joget, ghazal, dan lainnya jarang sekali di pertandingkan atau di ketengahkan. Lagu lagu seperti ini perlu diserapkan kedalam jiwa anak anak di waktu persekolahan lagi, kerana jika kita mengisi jiwa mereka dengan lagu lagu kita, kelak nanti lagu-lagu barat akan mengisi jiwa mereka. Ini kerana jiwa mereka kosong dan perlu diisi'


Hmm

Comments

akirasuri said…
Satu, dan tak siapa boleh ganti. Macam tu juga dengan Allahyarham Sudirman.
tawawfayakof said…
bagus juga buat dokumentari biografi diorang.

Popular Posts