Entri Berbandung

Ada dua cerita di sini yang aku nak tulis.

Pertamanya berkenaan pelajar politeknik yang mendakwa diculik bersama 7 kanak-kanak.

Yang kedua berkenaan pertembungan pendapat (dalam medium internet) antara Dr. Harlina dan Norhidayah Ismail tentang demo yang dibuat oleh para penyokong ISMA.



*******

Berkenaan pelajar yang dikatakan membuat laporan polis palsu HANYA KERANA gagal menyiapkan tugasan. Ni dah mengapa? Sebagai warga pendidik, aku rasa dah kenapa fobia generasi baru sampai ke tahap ini? Di sekolah aku, ada sorang cikgu BI yang menggunakan method kekerasan. Sesiapa yang tak siap tugasan pasti kena berlari di tengah padang. Biasalah. Aku pun pernah kena macam ni. Adakah ini punca pelajar di 'program'kan supaya TAKUT dengan dendaan apabila tugasan tak siap?

Aku rasa mencari punca mungkin lebih kompleks dari sekadar membuat analisa semacam itu. Kerana ramai generasi aku tidak pula sampai ke tahap itu. Tetapi itu cerita di sekolah. Jadi apakah yang berlaku di IPT sebenarnya? Apakah pelajar-pelajar masih di didik cara budak sekolah?

Kemana halatuju generasi baru ini yang telah dibentuk dalam sistem pendidikan?

*******

Keduanya berkenaan ayat "Bumi ini milik Allah". Bukan bermaksud aku menyokong cara berdemonstrasi, tetapi berkenaan pegangan dan iktikad hati berkenaan beberapa perkara kenyataan hidup.

Penyataan Bumi ini milik Allah adalah benar. Begitu juga penyataan Tanah Melayu ini milik orang Melayu. Kedua-dua nya benar dan tidak bercanggah. Kerana kedua-duanya duduk dalam konteks yang berbeza. Aku seolah-olah tidak percaya penyataan itu digunakan untuk membatalkan antara satu sama lain. Kejahilan apakah ini?

Atau mungkin Dr itu hanya menolak 'ayat' semata-mata ayat "Bumi ini Bumi Melayu Islam" itu saya tidak tahu.

Dikalangan umat Islam yang 'alim' berpenampilan 'suci' dan sentiasa berbicara berkenaan Islam, kebanyakkan mereka tenggelam dalam asyik-masyuk berkenaan hak milik Allah. Mereka terlupa dengna realiti tanggungjawab yang Allah beri kepada kita. Mereka seperti orang mabuk bercakap, mencampuri perkara-perkaya yang berlainan konteks.

Aku juga pernah melalui satu tempoh kefahaman yang keras mengatakan untuk menyatukan manusia perlu melalui jalan Agama sahaja. Pekerjaan menyatu bangsa ini hanya membuang masa dan tidak perlu. Baru-baru ini pula seorang sahabat baik aku yang aktif dengan tabligh menyatakan sedemikian.

Maka, aku boleh kata, umat Islam sedang diserang serangan asyik-masyuk dengan kefahaman agama. Mana yang duduk di syariat asyik-masyuk dengna syariatnya. Mana yang duduk di hakekat asyik-masyuk dengan hakekatnya. Tidak berpijak dengan bumi yang nyata. Mereka terlupa dengan realiti tanggungjawab yang Allah beri kepada kita.

*******

Semuanya benar dalam peraturan Allah. Dan kita sebagai hamba hendaklah berusaha mencari jalan, setidak-tidaknya untuk diri sendiri.

Manusia tidak terlepas dari perangai mendosakan orang lain. Di sini aku tidak ingin mendosakan orang lain. Hanya menulis catatan pendirian aku agar aku tidak lupa. Berkenaan dengan pendirian mereka, aku tidak tahu kemana hujungnya.

Ya Allah, ampunkanlah kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun.

*******

Banyak cakap banyak pula salahnya. Tetapi lebih kurang begitulah cerita saya.

Sekian, terima kasih.


Comments

Popular Posts