Monday, October 20, 2014

Victim Mind

Bercakap mengenai Zaman Kebangkitan Islam, menurut saya selagi ada sikap "play as victim" mind dalam diri kita, selagi kita menyalahkan Yahudi, Syiah, Nasrani, Barat di dalam kejatuhan kita, selagi itu kita akan kekal di tampuk lama.

Ambil pengajaran pada zaman Renaissance di Eropah, kebangkitan mereka tidak bersulamkan sikap menyalahkan Islam, Yunani, Asia yang ketika itu lebih maju daripada mereka. Tiada buku-buku yang terlalu banyak membincangkan konspirasi sesiapa sahaja yang lebih maju daripada mereka. Bahkan ketika itu, ilmu-ilmu dari Yunani, Islam, Timur, Asia semuanya dikaji oleh cendekiawan-cendekiawan barat ketika itu. Mereka tidak bias dalam belajar sesuatu, meski ilmu itu bukan datang daripada mereka. 
Ya, tidak salah membincangkan topik ini, tetapi bagi saya kita dah terlalu banyak buku mengenai ini daripada membincangkan perkara lain sampai satu masa, tertanam dalam fikiran kita, umat Islam tak akan maju selagi bangsa lain berkonspirasi. 

-HE-







"When we have too much theories, then we will forgot the reality that motion."
- me



Nota: aku masih tak boleh tidur... -_-"

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...