Is it true doesn't really matters?

Susah hati juga gua ni. Bila member baik gua mula sembang pasal agama. Bukan masala sembang tu. Masalahnya gua kenal member gua ni. Beberapa statementnya yang gua ngeri nak dengar dan apatahlagi komen.

Setakat ini gua ambil pendekatan berdiam diri. Gua kena tau gua siapa di mata dia. Kalau gua cakap jadi balah, malas la. Kalau gua cakap tak kena, boleh makan diri. Gua pun memang ada lemah dalam kemahiran 'conversation' ni. Mungkin kalau diberi cakap, gua cakap sebaik mungkin. Stand gua dengan dia sangat jauh bila bab macam ni. Kecuali bab bab muzikal dan perkara duniawi.

Dan mungkin juga gua salah perkiraan, kerana hanya menurut kan ilmu semasa sahaja. Tambah pula sudah diberi tahu oleh penunjuk jalan, masih ada jalan lain yang boleh bagi 'sampai'. Cuma jauh atau dekat. Sengsara atau nikmat.
Life isn't stop learning.

Gua susah nak cerita pasal bab ni. Cuma gua titipkan juga la beberapa tulisan orang lain yang related dengan apa yang sedang gua alami ni.


Barangsiapa yg berbicara Islam tanpa ilmu, maka ia brbohong. Walau ia tdk brmaksud brbohong. (Ibnu Taimiyah)


Is it true doesn't really matters to me? To you?  

Comments

Popular Posts