arif dalam bidang

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

"Apa yang cuba kami sampaikan ialah, segelintir ustaz harus berhenti bercakap mengenai soal budaya, sejarah, dan antropologi melainkan mereka memang mengetahuinya. Banyak kali budaya dan adat bangsa kita menjadi mangsa mereka."

The Patriots



Kata orang membaca jambatan ilmu,
Baru muka surat pertama kita dah jemu,
Kalau begitu bacalah sikit-sikit dahulu,
Supaya nanti tidak cakap melulu.

Tengok dengan mata tak boleh percaya,
Dengar dengan telinga pun sama juga,
Hendaklah fikir luas dan sedalamnya,
Hendaklah bersihkan hatinya pula.

Kalau kata kita tak tahu,
Jangan kita memandai-mandai,
Kalau kita malas baca buku,
Banyak tanya tak boleh pakai.

Banyak tanya fikiran tak menentu,
Banyak pertikai lagi merugikan,
Kalau kita malas baca buku,
Ikutlah saja orang tolong bacakan.

Banyak bintang perkara bintang,
Bintang terang yang mana satu,
Banyak alim orang yang alim,
Hendak bertanya yang mana satu?

Tengok bintang di tanah wakaf,
Jangan salah mengguna teropong,
Tanyakan soalan kepada yang arif,
Hendaklah tanya arif dalam bidang.

Kalau belayar melihat bintang,
Hendak dilihat yang mana satu,
Kalau rujuk tak mahu pening,
Hendak merujuk pakai yang mana satu?


Comments

Popular Posts