pencarian II

...[sambungan]



Aku pernah di tahan polis.Aku bukan seorang remaja jahat.Aku cuma ditahan kerana aku didapati menghadiri gig yang dikatakan sebagai gig blackmetal.Aku sesekalipun tidak salahkan pihak polis kerana menahan aku dan terus dibawa ke balai.Ini kerana aku tahu,polis sudah terlalu tua untuk mengkaji tentang muzik,dan biarlah mereka bodoh membabibuta menahan orang seperti aku. Mereka tidak faham,tapi mereka sungguh angkuh mengatakan mereka faham.Inilah sifat semulajadi orang yang sudah nyanyuk! Aku hanya berharap suatu hari nanti ada seseorang yang menepuk dahi mereka supaya dapat menyedarkan mereka.


Cuma apa yang aku kesalkan adalah mereka melayan aku seolah-olah aku mempunyai kelas yang lebih teruk dari mereka.Seolah-olah mereka rakyat Malaysia kelas pertama,yang penuh berjasa untuk negara dan aku pula rakyat Malaysia yang teruk,yang menyusahkan Negara!Aku kecewa kerana mereka menghina aku,mereka menafikan sifat semulajadi manusia iaitu “kemanusiaan” hanya kerana tugasnya iaitu kononnya mengawal Negara.Pada pendapat aku,walaupun aku seorang perogol sekalipun,mereka tidak boleh menamakan aku sebagai anak yang bodoh,anak yang sial,dan sebagainya.Kesimpulannya mudah sahaja,manusia tidak boleh mencederai hati sesama manusia.Bayangkan kalau seseorang mengatakan anak mereka sebagai anak yang bodoh,dan anak yang sial sedangkan anaknya terus-terang memang buat nakal.Aku pasti mereka juga berasa marah,dan teringin menempeleng muka orang yang menghina anak mereka itu.Aku juga begitu,aku teringin benar meludah muka mereka,biar air ludah aku mengalir masuk kedalam kelenjar-kelenjar dan saraf lantas masuk terus ke dalam otak mereka yang dijamah kuman itu,sayangnya aku memang seorang yang pengecut dan bacul.Mengeluarkan sepatah perkataan pun aku tak mampu apatah lagi untuk meludah.Aku hanya diamkan perkara ini dan biarkan mereka mempunyai kuasa penuh keatas diri aku.Bapa aku sendiri pun tidak pernah memperlakukan aku sedemikian rupa.


Baru-baru ini juga aku telah ditahan oleh pak guard di Universiti .Aku ingin menetap di asrama pada waktu cuti semester disebabkan kerana tidak mempunyai banyak wang pulang ke kampung.Pak Guard sungguh professional!Mereka menghalau aku,dan tidak membenarkan aku menetap di asrama,alasannya kerana tugas mereka adalah seperti itu,menghalau pelajar yang tidak mendaftar nama untuk menetap di asrama sewaktu cuti.Aku bertegas juga,sambil berharap agar mereka bertimbangrasa sedikit kerana aku mempunyai alasan yang mendesakkan – tiada wang.Kejamnya,mereka masih begitu juga,penuh ego,menghalau aku dan memberi amaran sebelum waktu tertentu aku harus keluar dari asrama dengan segera.


Adakah mereka yang berada dijalan yang benar?iaitu kerana tugasan mereka perlu bertegas?


Mahatma Gandhi pernah menyatakan satu ayat yang banyak mempengaruhi aku - Bumi ini cukup untuk semua orang tapi tidak untuk 2 orang yang angkuh.


Pendapat aku bahawa mereka juga sudah terlalu tua,sudah terlalu nazak,untuk mengetahui perkara asas ini.Aku sedikit pun tidak menghormati orang seperti itu,malah terbit dalam hati aku betapa kasihannya mereka.Sudah lah tua,dan masih berlagak.

tamat

oleh: piping arikingking

Comments

Anonymous said…
aku pn penah dthn polis smpi rase nk lmpg polis 2..

Popular Posts