#1
Sayup-sayup berita sampai dicuping telinga ada keramaian dihujung kampung. Pelik sangat kata kebanyakkan mereka keramaian itu. Entahlah. Elly si burung pipit tak berpengetahuan sangat tentang menilai keramaian. Kakandanya si merak sahaja yang pergi melihat setakat ini.
Jauh juga kampung itu. Sekali sekala dalam setahun ada juga kakandanya pulang menceritakan megah dan hebatnya keramaian itu. Teruja juga Elly si burung pipit mendengar riwayat yang disampaikan kakandanya itu.
Hinggalah satu ketika Elly si pipit sampai ajal jodohnya bertemu juga kaunter keramaian. Ditakdirkan dia tertukar lorong laluan kebiasaanya. Ketika itu Elly si pipit bertemu dengan Huz si tiong mengajak pergi keramaian tersebut. Cepat sahaja pelawaan itu diterima. Ketika itu mereka melewati bukit bangunan HEP.
Bermulalah satu perjalanan menyingkap tabir-tabir yang menyelubungi tempat injak kaki-kaki kumpulan ekspidisi menemui Maharaja Si Muraq di seberang laut pasifik (lain benua).
Satu penyaksian yang tak tercapai akal si pipit. Tak terukur dengan pandangan mata. Tak tersukat dengan penimbang. Seperti lautan tak bertepi. Gaung tak berdasar.
Elly senyum sahaja kerana tidak ada sedikit pun pengatahuan apa yang akan berlaku dalam laluannya nanti. Dia kekaunter.
"Selamat datang" kata penjaga kaunter.
***
Good luck bro for tonight event
No comments:
Post a Comment