Penat dia sungguh berlari. Tak pandang belakang. Ironically (ironik?). Subra terserempak dengan Siew Meng di restoran Aliff Tambak. Seperti biasa Subra dengan topi warna maronnya itu dan berseluar kakis yang dikerat paras lutut. Mungkin baru pulang bermain futsal di belakang MyBank.
Tapi tiba tiba ironi itu menjadi tak berapa ironi sangat kerana sememangnya ramai penonton bola datang malam ni. Tak bicara banyak, terus pesanan cuba dilakukan. Limau panas dengan nasi goreng kampung terlintas dikepalanya. Menu yang agak menyentuh jiwa kasih sayangnya. Klasik dan penuh nostalgia. Teringat bila berjalan jalan sambil mencium aroma kopi.
"Itu apa?" tiba tiba macha nak ambil order bagi soalan tambahan selain mau makan apa dan mau minum apa. Sambil itu tangan macha itu cuba menyentuh gelang kilat berantai di leher SM. Siew senyum sambil menepis tangan macha tersebut dan buat bodoh sahaja. Soalan ketiga tidak disambut mesra. Kolar lehernya dinaikkan. Butang dikancing sampai atas.
Kemudian Siew keluarkan kotak dan sehelai kertas. Dia menulis sesuatu diatas kertas itu. Kemudian dia beri kepada macha yang bertugas.
Dari jauh Subra tak perasan langsung drama pendek tadi. "Aiyaa..!" tiba tiba Subra bersuara dan menepuk dahi. "Gua ka?" sambungnya lagi. "Ini nombor tak ada soon la" tambahnya lagi sambil mengoyakkan sehelai kertas kecil ditangannya.
Dari jauh Siew biarkan sahaja macha tadi menggunakan kotaknya itu sebagai tempat duduk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Qasyira Noristiqa
Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...
-
Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.
-
Doktor apabila sakit pun akan berjumpa doktor. Kenapa pula guru tidak perlu kepada guru? SYAIR TUNJUK AJAR Terhadap guru hendaklah hor...
No comments:
Post a Comment