Setelah mereka penat kejar mengejar, mereka pun berehatlah di bawah sebuah pohon yang rendang. Cuaca panas memang meletihkan. Suasana redup di bawah pohon itu begitu asyik. Ditambah pula dengan tiupan angin sepoi bahasa dan lantai rumput hijau segar yang dibentang oleh 'orang' yang mengasihi mereka. Tapi malang benar mereka tidak tahu.
Mereka pun melabuhkan punggung mereka di atas rumput hijau itu serta menyandarkan tulang belakang mereka pada dahan pohon tersebut. Suasana tersebut benar benar merehatkan mereka. Sayup sahaja mata. Setelah berlari dengan penat, terasa berputus asa pula mereka.
Tiba tiba terdengarlah mereka satu suara tua menyapa mereka. Bunyinya ada. Tapi jasadnya tidak kelihatan pula. Hairan pun datang kepada mereka.
"Hai manusia! Mahukah kamu aku sampaikan kepada kamu satu kisah? Tentang Irukanji?"
"Itu dia" bisik Forest Gump sambil menuding kearah dahan pokok yang dihinggapi oleh seekor burung pipit tua dan buta.
"Kami mahu cerita lain. Bolehkah?" tanya Forest.
No comments:
Post a Comment