Dikira kira syiling dalam poket. Dibahagi bahagi mana yang patut. Beberapa bahagian yang perlu. Hidup, candu, tunggangan, hati, limpa.. "Aiseh, ini je yang ada nak buat call. Belasah la". Kaedah langgar yang kerap sangat digunakan.
"Hello" mula bicara Meng.Ketar juga suara itu nak keluar. "Aku tau kau kat situ. Kau kan staf aku" jawab suara di hujung talian dengan mesra. S Meng rasa sangat haru atas pengucapan awam yang dikatakan oleh Subra. Ada lagi saki baki yang tinggal. Ah, kenapa tak kasi can sahaja.
"Dah bukak gelang leher kau?" tanya Sub lagi. "Kunci bukan kat kau ke?" jawab Siew M dengan pertanyaan. Diusap sikunya sakit kerana mengelupur cuba buka gelang lehernya semalam. Berat nak bawak berjalan. Leceh pula tu. Orang tengok macam gamp gayanya. Beberapa minggu lepas ditengah kota, dia tersadung rantai berjela jela dilehernya itu lalu tersungkur jatuh. Memang memalukan. Apa kerja semua tak jadi. Memang Siew tak boleh buat apa apa.
Sub senyap sahaja. Diraba raba koceknya mencari kunci yang dimaksudkan. "Ah kau buat sendiri la" jawabnya ringkas dan terus ganggang diletak.
"Adoyai" Meng menepuk dahi.
No comments:
Post a Comment