Thursday, March 4, 2010

Belia Contoh 1

Petang itu agak dingin walaupun matahari panas terik. Maklumlah En J (bukan nama ic) berada di dalam kereta berhawa dingin. Kipasnya dipusing maksimum. Kenderaannya menyusur terus ke Kompleks Nelayan untuk menghadiri mesyuarat minum minum buat pertama kalinya semenjak dia pulang ke tanah air.Lama benar dia tak bertemu dengan En R (bukan nama ic), En A (bukan nama ic) dan En B (bukan nama ic).

"Kalau nak buka kedai jamming, berapa modal bro?" En R membuka bicara. Topik itu dimulakan dengan atmosfera yang serius. En J mengingat kembali semasa sesi brainstorming besama En Bella (bukan nama ic) yang kini sudah menjadi usahawan muda.

"20 k" katanya. "20 k aje?" En R dan En A terperanjat. "Murah betul" kata mereka. En B tenang sahaja menjeling karenah mereka berdua seperti menjangkakan sesuatu. Kemudian menyambung bersembang dengan brader meja sebelah.

20 k sememangnya modal yang disediakan oleh En Bella untuk bisnesnya. Tu belum cerita studio kena pecah masuk. Kontraktor cekik darah. Sewa tempat. Tapi budak budak ni nampak komited. Bagus diorang ni. Usahawan muda macam ini la yang kita mahu. Belia contoh.

"Modal korang berapa?" tanya En J sedikit teruja. "We all ada 100 k beb" jawab En A sambil senyum sinis. En R sengeh dan angkat kening dua tiga kali. "Tapi beb.." sambungnya. "Kau doakan we all dapat first prize la beb" kata En A serius berharap.

En J dia bertakafur sekejap. Lalu dia hirup teh panasnya perlahan lahan. En B kelihatan tenang sahaja bersembang dengan brother meja sebelah. En J terkenang kampung halaman.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...