Seperti biasa, selepas sesi letihan pancaragam muda mudi dimalam hari, sekumpulan pemuda itu terus menuju ke kedai mamak berhampiran. Hari itu agak ceria kerana tokey kedai berhasrat nak payung makan. Tapi yang canai canai je la. Memandangkan rata rata ahli pancaragam sudah tinggal syiling, peluang itu mustahil dilepaskan.
Suasana sesi makan makan ketika itu agak ceria. Perbualan banyak berkisar tentang isu isu semasa berkaitan scene. Cerita pasal alat alat musik. Teknik profasional merakam musik. Audio. Frekuensi. Semua into dengan tajuk itu kecuali dua orang yang tak dapat fokus kerana perutnya masih ada gema letihan pancaragam tadi. Budak dua orang tu hanya ada mood bercerita tentang kumbang terbang dan bunga tayar saja.
Tak habis perenggan pertama lagi cerita mereka, makanan dan minuman pun sampai. Budak dua orang tadi tak tunggu lama. Satu suapan yang ditunggu dari tadi akhirnya tertunai.
"Makan beb. Hari ni rezeki gua murah. Gua nak share dengan kawan kawan hehehe" kata tokey yang nak payung jamuan malam hari itu. "Lu orang kena ingat, rezeki kita dapat kena share. Sebab bukan semua kita punya" katanya dengan nada ceramah sambil mengurut dagunya. Hari itu mereka makan dengan pengisian rohani sekali. Sehingga suapan terakhir mereka.
"Tak first prize ke, 3rd prize ke, saguhati pun okey kan. Kita kena bersyukur" sambungnya lagi.
Semua ahli pancaragam melihat brother tu dengan gaya yang cool sekali sambil menganggukkan kepala sikit sikit. Semuanya diam. Mungkin tanda hormat. Tapi budak dua orang tu dah rasa tak senang duduk. Macam kena buasir pulak. "Spoil laa.." kata mereka.
-------------------------
ed -
1.UiTM Kuala Pilah dah di rasmikan... amacam~
2. dua tiga hari ni, gua rasa ada lain macam sikit.. ehee..
No comments:
Post a Comment