Monday, March 29, 2010

saya dan perasaan

Assalamu'alaikum wbt

Apa khabar ente? Harap ente sihat wal 'afiat tara-pom-pom. Ana di sini alhamdu'lillah. Harap taraf ente yang baru menggambirakan ente. Hehehe.. Ana rasa, ana tidak mahu berkisah panjang panjang. Ana hendak sharing satu kisah lah kepada ente.

Begini, kawan ana ada yang belajar di Jordan. Fuuuu... Jauh tu. Beri far-far-away. Dia adalah orang melayu pertama disana memakai handfone motorola yang pattern botol air tu. (Ni cerita zaman kegemilangan handphone botol air). Masa tu memang gerek la bila orang lihat kawan ana tu. Kalau makan di restoran 5 bintang, pastinya handphone tersebut diletakkan di atas meja. Kemudian sikit sikit belek. Kalau ada call dia akan cakap kuat kuat agaknya. Ketika itu driver teksi juga kerek kerana mereka juga menggunakan hendfone jenis itu.

Yang bestnya dalam kisah ini, pasal statement kawan ana itu. Izinkan ana quote kata kata beliau "Orang kat sana suka belagak". Kah kah kah kah... Kelakar tak statement itu? Ish, ana ketawa bukan pasal statement itu. Ok, ana sambung cerita. Yang kelakarnya, tahap kerek diorang tu pada tahap dimana, mereka akan letakkan remote control di kocek belakang seluar mereka atas sebab nampak macam handfone. Kah kah kah... Apa? tak kelakar? Tak apa lah. Tapi apa kejadahnya remote control. Kah kah kah kah...

Ok lah sahabat. Ana menulis ini pun sebab nak sharing cerita ini kepada ente. Ana hendak pergi ke kelas sebentar lagi. Harap ente tak kisah ana tulis surat ini untuk ente. Oklah. Taking care ye. Papai.



Pechah Kacha, Pechah Gelash,
Shudah Bacha, Harap Balash..


Sekian.
Yang Stil Lobing Yu

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...