maroon

"Dah bangun?" sapa satu suara. Baru Siew Meng perasan, ramai orang didalam bilik itu memiliki wajah yang seperti dia kenal. Tapi tak dapat dipastikan, dimana dia melihat wajah wajah itu.

"Bagaimana kamu?" tanya suara lain pula. Terpaling paling muka siew mencari punca suara. Matanya terhenti pada satu wajah bertopi maroon dan berseluar kakis dipotong paras lutut. Dahinya berkerut memaksa otaknya bekerja. Rupanya seperti..

"Ambil cermin muka" satu suara garau dan agak menyentak suasana. Terkejut S Meng dan melihat empunya suara. Tiba tiba satu cermin diletakkan dihadapannya. Siap ada pelekat doa melihat cermin. Dibawahnya tertulis 'Hak Milik Kera' dan beberapa huruf yang sukar dilihat.

"Siapa ni?" tanya Siew M sambil membelek wajahnya. "Sayap aku kecil, paruh aku pendek. Hanya sejemput rabut dan tulang" kata seorang gergasi diluar tingkap. "Siew Meng kah?" dia menjawab sambil terpinga-pinga.

"Kau bukan Siew Meng lah!" tempik wajah yang memakai topi maroon sambil membaling topinya ke lantai. Dia terus beredar dari bilik itu. Kemudian dituruti beberapa orang lagi. Yang duduk dekat, beranjak sedikit dan berdiri. Yang tinggal kelihatan berbisik bisik. Mungkin cerita pasal forex. Takpun takaful, mungkin harga emas atau mungkin cerita pasal drama indon 'Tasbih Cinta'. Siapa tahu.

Siew M tenung topi maroon tadi. "Kenapa ni?" bisiknya dalam dalam. Nadi kepalanya berdenyut denyut.

Comments

Popular Posts