Wednesday, March 24, 2010

unfortunate event

Tiba tiba matanya menangkap satu kilauan. "Eh, itu aku punya. Aku hendak ambil kembali" rengek Meng. "Tidak boleh, kau dah beri padanya tempohari. Buruk siku kau nanti" ulas Pak Joko si Bomoh Ajaib Dari Kampung Lang.

~berebut

Kemudian Pak Joko si Bomoh Sakti Dari Kampung Lang (BSDKL) menambah lagi "Kau silaplah. Ini dah dimodifite. Nombor sirinya ada pada gran budak ini. Ah, aku tidak kenal pula."

Hairanlah Meng bagaimana barang mekanikal eletrikal itu terlepas. Adakah mungkin barang bundle. Dia tolak murah murah ketika masa dia melingkup di Rumah Sakit Sungai Chengkih.

"Pada pendapat patik, kebodohan kau ialah tidak menjadi kapitalis yang opurtunis" ulas Pak Joko BSDKL sambil mengurut urut dagunya. Meng diam sahaja menggenggam duit hijau yang dipulangkan tempohari. Dia pegang kuat kuat.

Kemudian dia menekan nekan beberapa butang pada jam tangan digitalnya yang mempunyai 3G, GPRS, ZBB, SMS, BSKL dan KWSP. Lalu dadanya terkuak menonjolkan organ dalamannya yang begitu mekanikal dan elektrikal. Berlampu lampu. Tetapi terlalu ketara ada satu slot berkembar telah hilang satu alatnya.

"Mungkin kau perlu beri yang ini pula kepada dia. Alang slot sebelah sudah kosong. Yang pada engkau tak berfungsi, yang pada dia pun tak berfungsi" nasihat Pak Joko BADKL dimuka pintu.

Tak lama Pak Joko BADKL lepak disitu. Hanya kebetulan menyinggah. Tak sangka pula Pak Joko BADKL ada bau bau bacang dengan Anges Monica.

"Okey, Wak balik dulu. Pin pin pon pon!" kata Pak Joko BADKL sambil melambai lambaikan tangannya. Pap. Menyempat juga satu flying kiss.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...