Growling memang trademark dalam musik metal. Gua beranggapan bahawa suara begitu hanyalah bertujuan untuk menampilkan mood ganas dalam penghayatan musik aliran metal. Tetapi tidak menjelaskan mengapa lagu yang dinyanyikan oleh Louis Armstrong juga berbentuk serak-serak basah. Dia bukan mat metal.
Above all, suddenly ada yang menyatakan teori giniusnya disini. Metal growl kerana accent.
Dalam industri musik juga mempunyai isu accent. Ingat bagaimana lagu Hari Ini dan Semalam dinyanyikan oleh Jalil Hamid dalam versi Jawa? Adakah maksudnya berlainan dengan lagu asal? Ok, itu mungkin hal bahasa.
Soal accent sememangnya satu isu yang realiti dan kemasalahan dalamnya juga real bila ia diteliti. Namun begitu dalam unsur-unsur abstrak, ketetapan dan protokol jarang sekali kita dengar terutama dalam karya-karya hebat. Dengan kata lain, gua anggap ia tak tersabit untuk menjadi kayu ukur.
Akhirnya tuntutan accent dalam menghasilkan karya menjadi rukun kerana bimbang tidak diterima oleh masyarakat umum. Ketika itu karya menjadi tiada makna kerna dibuat untuk industri dan cari duit. Bimbang tidak diterima orang lain, menjadikan artis menjadi hipokrit supaya nampak gerek dan lebih wow bagi tujuan meramaikan peminat. Kuantiti bukan kualiti.
Isu accent jika diperdebat hanyalah mengundang bencana dan menimbulkan masalah kecil yang tidak akan selesai malah membentuk sikap prejudis sekiranya hal accent menjadi pertikaian. Biasanya pengkritik berlatar belakang akademik akan mengkritik hasil karya dengan mengambil kira masalah accent. Biasalah, yang pandai mesti nak tunjuk pandai punya.
Its like... "Ala, dah lidah gua jawa, takkan gua nak tukar lidah gua menjadi lebih kelihatan macam mat english. Poser sial. Gua tau la apa gua buat. Lu tau apa?".
Hal-hal sebutan hanyalah mengundang persepsi salah oleh orang luar. Sebutan mungkin mengakibatkan salah makna. Orang-orang dari aliran akademik memang terer hal-hal macam ni. Tetapi hakikat maksud adalah lebih utama. Pada gua, tak bolehlah nak disabitkan salah kerana hal-hal kilaf macam gini.
Tetapi macamana pulak macam ni;
1.Sebutan bagus, cakap sebijik macam orang arab. Maksud pun dia tau. Pasal dia hafal.
2.Kalau sebutan ada sedikit pelik dan tidak pula mengubah makna. Tapi lebih berkualiti dari hafal. Pasal dia 'buat' apa yang dia maksudkan.
1400 tahun dahulu gua percaya masalah accent wujud. Tapi tidak pulak menjadi rukun untuk menjadi orang mukmin wajib menukar lidahnya menjadi lidah orang arab totok. Cumanya berlaku dizaman sahabat untuk menyelaraskan pronounciation untuk panduan sebutan. Rasa gua bukan untuk alat 'measurement'.
Orang-orang cina muslim, orang-orang jawa, masyarakat Islam di Indonesia, oreng (orang) putih Islam... Mereka juga mempunyai masalah accent. Kau gila ke nak tentukan syurga neraka seseorang hanya sebab accent?
Kamon la wei.. Ni mesti ada benda lain ni..
1 comment:
orang yang dipinggir mmg suke cari publisiti murahan..
xder sebab cari sebab..
org x kenal jadi kenal..
harap yg mendengar atau melihat bertanya untuk kepastian tidak hanya menerima apa yg didengar atau dilihat.
Post a Comment