Sebagai penduduk yang dekat dengan laut, harus juga gua reti memancing walaupun tak cekap berenang. Itu hari ada jugak study sikit dengan Naki masa kat Ipoh. Lepas penat, gua malas nak blajar. Hal joran, gua memancing last time masa area 1998-2000. Beli joran jenis pakai buang. Beli kat sempang. Dapat la jugak sebaldi ikan duri. Ada feel jugak.
Target gua bulan lepas nak angkat akustik fiber kat kedai Yoli. Lawa headstok dia. Macam fender sket. Faris cadang nak bawak gua cari kat kedai musik area Taman U. Gua seluk-seluk poket. Dalam kepala, ada juga bayangan joran jenis DIY guna buluh dengan tak ada mesin.. alahai..
Zul (M) kol. Dia kata nak kasi barang kat gua. Gua tanya barang apa. Dia kata 'adalah..'. Start tu gua tak tanya dah. Malas. Gua ingat Zul (M) nak masukkan mayat dalam kete gua sebab dia kata 'barang' untuk gua ni tak boleh kasi orang lain tengok. Tak boleh bawak masuk kelas. Malas gua nak tanya lebih-lebih. Gua iyekan saje. Memang dalam kepala gua ingat zul nak bubuh bangkai ayam ke, durian 3 bakul ke dan macam macam imaginasi pelik. Tapi gua tak ada mood untuk itu semua. Jiwa gua tak sedap. Hari isnin tu dari bangun pagi mood gua dah sebu.
Setibanya di KBS, gua nampak Zul (M) sampai. Bila dia kata 'nah' je, jiwa gua jadi sedap. Mulut gua senyum tak tipu. Mood gua sedikit pulih. Ok, senang cerita gembira la sikit setelah mendapat permintaan yang sangat berat-dan-taktahu-nak-buat-guane..
Thanks to bro Ban. Really mean to me much. Thanks to Zul (M), walaupun injured dalam SMD 2 hari lepas, digagahkan juga memikul hadiah gua itu. Sebagai new-comer dalam scene joran-joran ni, gua harap gua dapat bimbingan yang betul.
Hal guitar akustik fiber.. tengoklah nanti..
No comments:
Post a Comment