Saturday, April 2, 2011

Joomla

Untuk website programming, secara asasnya kena mengetahui HTML coding. Leceh juga. Tapi pada aku, antara programming language yang mudah, ialah html. Silap-silap kalau belajar ilmu ni boleh jadi geek. Pasal best.

Walaumacamanapun, prinsip IT untuk memudahkan yang mudah dan bertambah mudahkan yang telah  mudah itu dan kemudian menambah-nambah pula yang sedia mudah (dan seterusnya) pada teknologi yang mana tujuannya sebagai kemudahan, menjadikan dunia sekarang ni sebegini rupa dan keadaannya.

Kembangan dari HTML kemudian ada lagi pula ASP, PHP dan sebagainya menambah baikkan yang telah sedia ada itu. Kemudian komuniti-kominiti tertentu terus menerus membuat pelbagai kemudahan bagi memudahkan menurut prinsip-prinsip Human-Computer Interface. Menjadikan non-programmer juga boleh membuat website.



Open Source Community sememangnya memudahkan cara dengan pantas berbanding company software yang bergerak secara kapitalis. CMS (Content Management System) ialah satu prosedur penyelesaian untuk memudahcara membuat & menguruskan website yang sempoi. Ketiadaan pengetahuan internet programming bukan lagi masalah untuk membangunkan interface website.

Antara banyak-banyak perisian CMS yang aku tengah dok layan sekarang ni ialah Joomla. Lemah (atau tidak tahu langsung) dalam php programming tiadak menjadi masalah. Aku rasa, boleh aje kalo nak belajar-belajar design website guna joomla nih. Mungkin peringkat awal susah sikit la. Blasah je klik sana klik sini. Tapi bila paham mamcamana dia punya sistem, klik-klik sudah jadi satu interface website that function very well.

Kat bawah ni aku 'cuba' buat satu guideline yang mudah nak setup joomla di laptop/pc sendiri untuk godek-godek joomla tu. Istilah mungkin agak terlalu teknikal sikit. Tapi ni kira aku buat ayat non-teknikal yang paling boleh la. Dah tu je aku reti takat ni. Untuk kasi dia online kena tunggu aku pandai buat dulu baru boleh cerita. Ha ha..

Try if u want to. No sweat.. ;)

berikut step nak setup joomla di localhost -

A. Start
  1. jangan risau, part ni simple je. download dan install xampp hingga selesai (download) -; bacaan  
  2. download joomla punya file (di joomla.org) atau di sini terus
  3. copy/cut file joomla yang di download ke dalam directory xampp (C:\xampp\htdocs)
  4. rename file joomla guna nama yang dikehendaki
  5. extract file joomla (yang telah di rename) dot zip tu

B.database setup
  1. open browser (ie atau mozilla)
  2. type address seperti berikut - http://localhost/phpmyadmin/
  3. pada bahagian ' ' tu, letak nama sama dengan nama folder joomla yang telah di rename tadi.
  4. klik create

C.joomla setup
  1. open browser (ie atau mozilla)
  2. type address seperti berikut - http://localhost/testing (nama folder yang di rename tadi)
  3. pilih language, klik next
  4. next
  5. next
  6. masukan hostname - localhost, username - root, pasword - biarkan blank, database name - letak nama database yang dicreate tadi
  7. next
  8. next
  9. keyin site name (apa apa), email, pasword (create password. buat yang mudah sahaja cth - 123456)
  10. klik instal sample data (untuk set default template page & data)
  11. next

D.finishing (closing)
  1. pergi ke C:\xampp\htdocs\{nama folder}
  2. rename folder installation dengan apa apa nama

E.sekarang, nak tengok joomla anda..
  1. lihat contoh webpage yang dah siap di browser (ie atau mozilla) - http://localhost/testing (nama folder yang di rename tadi)
  2. lihat admin page untuk website tersebut - http://localhost/testing/administrator (nama folder yang di rename tadi)
  3. username anda admin dan pasword adalah spt yg anda setup dalam step C.9

Aku tak tau la panduan ni cukup user friendly ke tidak.. Tapi aku rasa kalau korang dah reti, jangan salahkan aku kalo korang jadi macam Mark Zukerberg dalam cite social network tu. Hoho...

Next time sambung lagi.. (kalau rajin) :p

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...