Kredit Kad II : The Entity

 figure 1 - the entity : red, orange, black



Beberapa perkara harus sedar bila kita guna kredit kad ialah berkaitan kewujudan 3 entiti (figure 1 - the entity). Entiti pertama ialah pengguna kredit kad. Diwarnakan merah menggambarkan bahawa pengguna (customer) ialah fokus kepada dua entiti lain. Bak kata Cikgu Fuad 'Hot Item'.

Entiti berwarna oren itu ialah kredit-kad-management ataupun 'orang-yang-bagi-guna-kredit-kad' ataupun boleh jugak  dipanggil Bank. Jadi entiti ini ialah mereka yang menguruskan hal-hal berkaitan urusan penggunaan kredit kad kita.

Pengguna adalah precious kepada mereka kerana mereka menawarkan perkhidmatan 'kredit' dimana mereka mendapat keuntungan 'bunga' dari anda. Bunga ini ada yang tafsirkan sebagai 'upah perkhidmatan'. Tapi paham aku, patutnya kita pinjam 10 sen, pulang la 10 sen. Lain la aku yang nak kasi lebih sikit. (Kes tak baca T&S masa nak guna kredit kad) Entiti ni berkuasa untuk 'block' kredit kad kalau pengguna tak bayar hutang kredit kad. 

Anak panah timbal balik hijau dalam gambar aku gambarkan sebagai 'hubungan' yang relevan. Contohnya sekiranya pengguna guna kad kredit tuntuk beli kereta dengan full payment (penggunaan untuk angka yang besar) jadi entiti ini akan call anda untuk confirmkan. Dia akan tanya "Weh, betul ke ngko guna kredit kad ko? Puluh ribu ko guna. Bia betik bai!". Maknanya, pihak bank akan sangat curious kalau ada transaction besar-besar dan sebagai langkah berhati-hati dia akan call la kita. Ok la tu kan. Kalau kredit ko kena rompak ko tak sedar, kan ke naya tu. Sebagai tips; nak rompak kredit kad, guna sikit-sikit je la. Hoho..

Entiti ketiga ialah service provider yang pihak bank tak bagi tau pun ada mendalah ni. Sebab tak ada kait mengai pun dengan bank. Warnanya hitam pasal kesemua company tergolong dalam entiti ini kadang-kadang pengguna kredit kad tak tahu. Mungkin pasal tak ambil tahu atau dok pahang lagi guane gunanye. Nak pahang guane, dok penah guna. First time.

Perkhidmatan ini bergerak secara kapitalis demi keuntungan. Mereka 'aim' pengguna kredit kad untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Kaedah yang digunakan ialah melalui telefon atau dikenali sebagai tele-marketing. Sedaya upaya mereka untuk mewujudkan link dengan warna merah.

Tiga entiti adalah badan yang berlainan. Terutama entiti ketiga yang mana tak ada kait mengait langsung dengan hubungan berwarna hijau melainkan kita yang create mendalah tu. Sengaja atau tidak.

Macamana diorang dapat nombor telefon kita? Apa masalahnya kalau diorang call? Bagaimana mereka beroperasi? Apa sebenarnya yang berlaku? Ahh... Sambung lain la pulak. Perut lapo. Mata ngantuk. Badan sengal-sengal. Otak sembab.

Comments

Popular Posts