Confict

Strimik kat office tetiba macam lahanat. Connection kejap ok, kejap tidak. Ok kejap je. Yang tak ok tu la lama. Gelabah juga semua. Sistem banyak online sekarang ni. Hal pengurusan pun sangkut. Tapi yang herannya, yang dok komplen kat aku internet tak ok menyebabkan dia tak boleh nak fesbuk...

Hal ni jadi masa cuti sekolah tu dan membawak ke hari ni. Area lepas tsunami di Jepun. Tu yang aku dengar ada yang buat andaian stlimik poblem pasal kesan tsunami. Letih jugak nak chek mana problemnya nih. Data transfer menurut 'orang' strimik macam biasa. Means bill dah bayar dan tiada masalah luaran. So, internal networking. Masak jugak nak buat 'bedah siasat' ginih.

Kak Irma kata di Utara biasanya lepas musim menuai akan masuk musim kemarau. Tapi sekarang sudah pelik. Tahun ni, lepas menuai hujan lebat pulok. Saintis bidang geografi mesti pandai cerita bab ni.

Kalo tak silap dulu ada dengar kecondongan paksi bumi akan berubah beberapa darjah dalam tahun-tahun terdekat ni. Sedangkan berubah 1 darjah je dah macam-macam perubahan berlaku. Lepas tu ada jugak yang kata perubahan plat-plat bumi. Tu yang selalu gempa bumi. Bila perubahan plat berlaku, agaknya ada kaitan dengan aliran lahar di bahagian bawah kerak bumi. Itu juga ada kait-kait sikit dengan perubahan medan megnetik bumi. Perubahan-perubahan fizikal ni maksudnya juga akan banyak berlaku perubahan suasana dimuka bumi. Environment berubah. Things never same like before.

Peh, macam saintis jugak tu gua sembang. Terima kasih saluran deskoveri Astro. Gaya gua tulis sangat 'menahu'*. Hak tui..

Well then, bak kata band flashxback dulu-dulu, "What Happen Next"...






*menahu = 'koya' tahu.

Comments

Popular Posts