Aku dah deym punya ngantuk. Tak memasal nak kena melayan Marissa nengok Boboi Boy la pulak. Ada unsur-unsur fight. Kesan keganasan Ultraman meletihkan aku. Tak memasal Abdul Malik baling bakul baju kena kepala aku. Sakit beb. Sekarang ni Abdul Malik tengah follow Bob the Builder. Ok la sikit dari layan Ultraman. Upin Ipin masih lagi jadi playlist budak dua orang ni.
Macam kes melayan Abdul Malik tengok Upin Ipin dulu, last-last aku yang dok melayan. Syok jugak cerita Boboi Boy nih. Berjaya menterujakan aku. Spirit menaik bila tengok 4 budak tu keluar power dia masa episod awal. Gua makin jadi budak budak agaknya. Haha.. Bahaya.. Bahaya..
Les Copaque sdn bhd dan Animonsta sdn bhd adalah dua company yang berlainan dengan bisnes yang similar. Lepas gua usha betul-betul antara Upin Ipin dan Boboi Boy, gua ada rasa atmosfera yang sangat berbeza. Aku rasa karya Nizam dalam Upin Ipin lagi jujur dari Boboi Boy.
Boboi Boy wujud bersebab. Antaranya kerana ingin mewujudkan satu lagi ikon superhero kanak-kanak di negara ini. Animosta sdn bhd sangat mendahulukan kehendak penonton. Feeling new-skool. Tipikal.
Upin Ipin adalah karya pertama Nizam dengan Hj Burhanuddin. Temanya lebih harmoni. Berat kepada mesej untuk kanak-kanak berlatar belakang nusantara. Feel yang old-skool. Konsep yang rare.
Animasi kartun sememangnya alat untuk kanak-kanak dalam proses perkembangan minda. Tapi ada juga mak bapak suruh anak dia tengok kartun supaya diam duduk dalam rumah instead of main kat luar. Merbahaya katanya.
Walaumacamana pun, industri animasi untuk kanak-kanak di negara ini mungkin kemudian hari menjadi bermatlamat kapitalis jika cerita pasal untung semata-mata macam di luar negara nu. Kalau idea kartun itu lebih berinfluence kepada Kampung Boy karya Dato Lat (antaranya), mungkin itu trademark sebenar kelainan produk di negara ini. Kadang kadang out sikit dari track kebiasaan market, apa adahal. Ada la halnya tu kalau ada hal.
Penciptaan profil dan personaliti karakter yang ditonjolkan memainkan peranan juga dalam mesej yang hendak disampaikan indirectly kepada kanak kanak. Dalam Upin Ipin, watak kanak-kanak yang pelbagai dan watak cikgu Tadika Mesra itu sangat memberi kesan. Orang seberang sangat memuji unsur sebegini dalam Upin Ipin dan ia di pandang tinggi.
Watak antagonis dalam Kampong Boy, cikgu sekolah yang sering marah sekiranya ada hal. Wataknya digambarkan begitu kerana normal kanak-kanak untuk membenci sebahagian perkara dalam hidupnya. Jadi poin ini menjadikan watak Mat itu seperti diri kanak-kanak itu sendiri. Watak antagonis ini tidak tekankan sehingga terlalu evil. Tetapi secara harmoni. Kemudian, watak antagonis itu juga di manipulasi menjadi kata-kata nasihat daripadanya dan kanak-kanak tetap menerima perwatakkan cikgunya mempunyai unsur positif.
Kesan sampingan kartun kepada kanak-kanak sikit sebanyak memang berlaku. Tapi aku tak de hal sangat. Pasal budak-budak time aku dulu pun layan Ultraman Ace, Gaban, Kesatria Baja Hitam, Flashman, Maskman, Power Rangers... Yang berbentuk harmoni sikit cuma Doraemon je rasanya. Antara kesan sampingan dia, aku agak untuk budak kampung, merangsang adrenalin diorang untuk panjat pokok dan terjun ke sungai. Kira orite la tu. Ho ho..
Mungkin yang dok komplen pasal kesan sampingan ini ialah orang dewasa. Contohnya, aku yang letih melayan Abdul Malik main lawan-lawan dan risau Abdul Malik asik pukul Marissa. Haa.. Last-last, kalau Abdul Malik nak main lawan-lawan, nenek dia suruh gasak dengan aku. Hu~
Industri animasi semamangnya tengah menaik. Investor dari golongan kapitalis pasti sudah riki line untuk masuk ini industri. Masyuk. Budak-budak yang amik multimedia lepas ni mungkin lebih cerah masa depan. Zaman adik Abdul Malik si Nurul Husna tak tau la dia dok layan kartun apa pulak.
1 comment:
teringat plak citer si Usop Sontorian, citer Keluang Man, perghhh, memang best ah. skang dah tak de ek? ke Keluang Man ganti Cicak Man dah? ahha
Post a Comment