This is just part of the story from the whole thing. This is sub topic under Credit Card chapter (or maybe sub of the sub topic from the big topic).
Ok, english education aku bukan dikalangan ben 5 dan keatas, tak payah speaking la. Sangkut pulak feel. Haha..
Pengguna kredit kad sinonim dengan penipuan. Samada cubaan menipu atau ditipu atau tertipu. Aku fikit gini (kot);
1. Kena tipu dengan diri sendiri
2. Kena tipu dengan orang lain (kawan makan kawan atau awek yang 'cukur bulu kaki' contohnya)
3. Kena tipu dengan customer-tele-service.
Ok. Bab 1 dan 2 tak payah cerita sangat la. Cuma nak cerita hal no 3.
FYI, bila kita pengguna kredit kad, maknanya kita dilihat sebagai 'orang berduit' konsisten oleh bank. So, bank akan tawarkan perkhidmatan kredit kad pada kita sebab bank statement kita cantik sebab ada masyuk yang konsisten.
Bank tidak melihat kadar pengeluaran untuk menilai seseorang itu berduit atau tak. Dia tengok tang kadar duit masuk dalam akaun kita sahaja. Ekceli, memang wujud situasi orang-orang yang masyuk dia konsisten+banyak tapi setimpal jugak dengan aliran keluaran dia. Last-last yang tinggal kat kocek ada la sikit buat sarap dan makan malam dengan minum air suam. Tapi, kerana bank statement anda mempunyai kadar masyuk yang banyak, makanya anda ialah 'orang kaya' pada mata bank. (T___T)
Kalau ko jual barang, mesti la ko pegi promote barang ko kat orang yang ada duit. Oleh kerana anda tersenarai orang yang berduit, so anda menjadi buruan jurujual diluarsana. Jadi, pengguna kredit kad sudah dilihat sebagai orang ada duit dan boleh la jual produk.
Produk apa yang orang nak jual berkaitan dengan kredit kad? Antara produk yang berkaitan, seperti tawaran servis perkhidmatan untuk pengguna kredit kad seperti tawaran insurans, tawaran itu-ini, yang mana biasanya ada hadiah seperti voucar diskaun untuk hotel itu-hotel ini, atau apa apa lagi. Menarik tak? Lain-lain boleh tanya En Google.
Macamana diorang jual produk ini? Macam-macam. Antaranya teknik tele-marketing. Maknanya diorang akan call dan akan cerita panjang lebar dalam phone. Kemudian dia offer anda untuk beli. Sembang mesti nak cerita best. Situasi ini aku rasa kalau new comer dalam scene kad kredit, kena paham la. Pasal kalo tak tau nanti, bimbang kena klepet. Banyak kes dah jadi.
Aku cut dulu cerita sampai sini. Sedap pulak aku nak cerita bab ni. Tapi panjang bebeno la pulak. Silap-silap boleh jadi buku. Nanti la, aku sambung lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Qasyira Noristiqa
Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...
-
Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.
-
Doktor apabila sakit pun akan berjumpa doktor. Kenapa pula guru tidak perlu kepada guru? SYAIR TUNJUK AJAR Terhadap guru hendaklah hor...
2 comments:
ceh, baru syok nak baca. ke ko kena klepet? ;))
hampir jugak. haha.. aku nak cite la ni mende yang aku dapat. bawak bersabor.. kena amik mud dulu. hee he
Post a Comment