Sebuah filem aksi gasak-gasak, ada komidi sikit-sikit. Gua tengok semalam kat pc member gua.
Level komidinya tipis. Penonjolan environment komuniti gengs 1Malaysia. Institusi yang jadi bahan jenaka sahaja. Ikut mu la weh.
Sepanjang gua jeling-jeling monitor member gua sambil gua menghadap Photoshop CS4, gua rasa perasaan sungguh tak best tengok cerita ni. Komidi juga, fighting juga, tapi tak dapat lawan perasaan 'eh, macam sia je cite ni'.
Tapi gua senyap je. Tak cakap banyak pasal tengah nak siapkan kerja. Lepas tu tak boleh tahan. Meletup pasal ending cerita yang menjengkelkan. WTH.
Nasib baik tak tengok wayang. Rugi. Gua bagi tahi bintang untuk cerita ni.
.....
Demit! Komplen je. Ingat senang ka buat filim? Jadi, lu all pergi la layan cerita ni kat wayang atau beli lah CD ori bagi menyokong semangat Kongsi 1Malaysia.. Hah, amacam?
No comments:
Post a Comment