Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan muzik keras yang berkiblatkan Sil Khannaz dan As Sahar. Eastern poetry gitu. Band ni sempat main mini jem session je dekat Taman U Skudai. Tak sempat nak pepom masa gig Dung Tak Dung Dung Hari Raya kat Pontian sebab gig kena sailang.
The Third Stone From The Sun
termaktub kepada pendapat peribadi.
Sunday, April 14, 2024
Sunday, April 10, 2022
New World Order
Sekarang aku tengah rasa kekok nak menulis. Apehal tah.
Pape pun, aku dah buat come back dengan 3 org penulis asal TTSFTS utk bikin page facebook.
klik..\\\
Wednesday, January 1, 2020
entri 10 tahun lepas
Ni gua tulis masa tahun 2010. Kiranya macam gua travel dalam mesin masa. Huahah.. Gua ada wonder sikit. Amacam 2020? Wawasan tak?
Generasi yang lahir tahun 2010 pada 2020 dah umur 10 tahun. Sistem pendidikan macamana? Ada GSTT lagi tak ek? Apa trend bebudak sekolah sekarang ni? Masa 2009-2010 aku rasa indie ngan shuffle tengah naik.
Apa-apa hal pun, semoga semuanya selamat.
: )

Monday, March 25, 2019
Sunday, May 13, 2018
Organisasi Dalam Masyarakat part 1
Gerakkan organisasi masyarakat adalah berdasarkan idea dan matlamat. Gerakkan itu pula mengikut landasan yang telah disediakan atau mengikut konteks pergerakkannya.
Kita pertamanya melihat idea kemerdekaan Malaysia. Oleh kerana imperialis menguasai Tanah Melayu melalui satu sistem pengurusan, oleh itu sistem ini (yang telah dibawa dari asal mereka) kita meminta kitalah yang mengisinya, mereka akhirnya membenarkan dengan melalui cara mereka iaitu sistem demokrasi.
Maka bermulalah gerakan pemikiran pembebasan dengan menubuhkan organisasi tertentu bagi mewakili idea tertentu dan matlamat tertentu. Organisasi inilah sebagai 'sarung' kepada idea dan matlamat ini. Ia perlu diletak didalam sarung agar dapat digerakkan. Kerana idea dan matlamat seperti angin, ia perlukan satu medium untuk dibawa. Jika tidak ia akan terbang hilang dengan segera.
Maka organisasi awal ini menjalankan gerakan mereka melalui landasan demokrasi yang dipanggil politik. Gerakkan ini akhirnya telah berjaya dengan tercapainya kemedekaan Tanah Melayu.
Setelah merdeka hingga tahun ini 2018 iaitu 61 tahun, kita telah lihat idea untuk masyarakat ini telah menjadi celaru kerana masyarakat kelihatan semakin bercakaran sesama sendiri. Ia kelihatan tidak lagi rasional. Politik telah dijangkiti penyakit harta, takhta dan wanita.
TETAPI haruslah diketahui, parti politik tetaplah menjadi laluan dan jalan untuk menguasai pemerintahan bagi menguruskan dan menentukan dasar negara. Seperti yang berlaku dalam PRU14 ini apabila pemerintahan yang bermasalah, maka jalan politik menjadi penyelesaian terbaik untuk menggantikan tampuk pemerintahan dengan individu yang lebih baik mengikut tafsiran masyarakat.
Selesai hal itu (kuasa pemerintahan), idea dan matlamat sebenar tetap perlu diteruskan dan digerakkan iaitu membina negara Malaysia ini. Maka idea dan matlamat mewujudkan masyarakat dan negara yang sejahtera perlukan 'sarung' yang baru untuk membawanya.
Saya secara peribadinya melihat politik bukan lagi satu wasilah utama untuk menjalankan idea dan matlamat melainkan untuk mendapatkan kekuasan pemerintahan atau mendapat tempat dan kuasa dalam sistem pengurusan negara ini. Sudah tentunya, sistem ini kita perlukan untuk menjadikan matlamat-matlamat dari idea itu terlaksana. Tetapi gagasan politik yang telah dijangkiti penyakit ini telah mewujudkan perpecahan masyarakat. Ini amatlah mengganggu untuk mencapai Malaysia yang sejahtera. Maka idea dan matlamat perjuangan ini tidak boleh lagi mengisi secara berterusan dalam konteks politik.
Kita hendakkan tembikai, kita tanamlah tembikai. Kita hendakkan nanas, kita tanamlah nanas. Tanam elok-elok hingga ia tumbuh dengan baik.
Kita perlu teruskan membuat kebajikan kepada masyarakat melalui jalan-jalan lain bukan politik. Politik hanya 5 tahun sekali untuk PRU. Ia bukan lagi satu laluan idea untuk membuat kebajikan untuk masyarakat kerana mudahnya ia rosak kerana penyakit kuasa atau takhta. Bagi yang lompat parti dikatakan khianat perjuangan. Perjuangan apa lagi dalam politik setelah merdeka? Berebut kuasa sesama sendiri? (Tidak termasuk senario dan suasana PRU14)
Badan-badan NGO sebagai organisasi masyarakat adalah jalan terbaik untuk kita memperjuangkan idea dan matlamat untuk membuat kebajikan untuk masyarakat secara berterusan. Maka haruslah rakyat Malaysia yang idealistik menyertai mana-mana badan NGO untuk berjuang untuk masyarakat. Kerana hari ini dalam PRU14 kita dapat melihat kebanyakkan yang berujuang melalui jalan politik semata-mata adalah hanya untuk kekuasan dan individualistik semata-mata. JKKK yang mengharapkan duit minyak dan sebagainya. Rakyat tertindas hanya mempersoalkan kehendak diri bukan keperluan diri. Lantang bercakap pasal politik hingga hilang adab. Tidak menghormati sistem sosial kita sebelum datang imperial yang menguasai kita hingga terpaksa kita mewarisi juga sistem ini hari ini tanpa memahami sepenuhnya aspirasi sistem ini.
Perjuangan politik sebelum merdeka adalah untuk mendapatkan tempat dalam sistem pengurusan negara agar diisi oleh penduduk watan melalui jalan sistem demokrasi. Agar orang luar tidak mempunyai kuasa menentu bagaimana kita mentadbir negara.
Selepas merdeka perjuangan apa lagi hendak dibawa dalam politik? Berebut kuasa sesama sendiri? Hari ini 100% kuasa pemerintahan adalah rakyat Malaysia. (Ini tidak termasuk senario dan suasana PRU14)
Apa yang hendak dikatakan, selepas PRU14 kita dalam menuju Malaysia Baharu, kita haruslah sedar untuk membangunkan negara ini bukan hanya dengan berpolitik sahaja. Letakkan perjuangan sesuai ditempatnya. Kerana itu agenda pendidikan jangan dicampur dengan politik lagi selepas merdeka. Kerana pasti yang menguasainya adalah rakyat Malaysia.
Gagasan saya dari artikel ini, sertailah mana-mana organisasi untuk terus membuat kebajikan untuk masyarakat dan membina negara ini melalui jalan sendiri.
Sekian, sedikit pandangan saya. Setelah lama tak menulis. Pandangan saya ini masih dibuka untuk dibincangkan.
Saya akhiri dengan petikan lirik lagu;
Saya akhiri dengan petikan lirik lagu;
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kalau tak paham apa yang saya tulis ni, saya mintak maap. Saya memang tak pandai menulis. Boleh dibincang dan dibahaskan.
Artikel ini adalah refleksi dari PRU14, pembacaan rambang beberapa artikel, kajian sosial dan juga kajian antropologi. Malas nak tulis sumber. Nantilah.. belasah je tulis ni.
Saturday, April 7, 2018
Friday, March 30, 2018
Aku dengan rakaman
BACKGROUND
Aku tak ada banyak peluang nak belajar teknik-teknik berkomputer dalam membuat muzik. Sekadar self-unprofasional-learning je.
Aku tak ada banyak peluang nak belajar teknik-teknik berkomputer dalam membuat muzik. Sekadar self-unprofasional-learning je.
(gambar ehsan internet)
Monday, January 1, 2018
PRU 14
Orang Melayu tidak peduli soal politik
Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID
SUNGAI PETANI 23 Sept. – Rasa selamat tinggal di negara sendiri dan tidak mempunyai kesedaran politik merupakan antara punca sesetengah orang Melayu tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin (gambar) berkata, golongan tersebut bukan tidak mempunyai keyakinan terhadap sistem demokrasi tetapi mereka bersikap tidak mengendahkan perkembangan sekeliling.
‘‘Orang Melayu patut mencontohi kaum Cina yang kini mempunyai kesedaran tinggi terhadap hak politik mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan e-sidang dan khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, di sini hari ini.
Katanya, sikap ‘tidak apa’ di kalangan orang Melayu masih menebal termasuk dalam soal yang menjadi agenda politik bangsa.
Zainuddin mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bahawa sebahagian besar rakyat yang mendaftar dalam Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas adalah bukan bumiputera.
Menurut Menteri Penerangan itu, pendedahan SPR itu bukan sesuatu yang mengejutkan beliau.
Zainuddin memberitahu, usaha telah dijalankan oleh agensi kerajaan dan parti-parti politik termasuk komponen Barisan Nasional (BN) untuk mendaftarkan pengundi baru, tetapi langkah itu hanya berjaya menarik sebahagian daripada mereka.
Sehubungan itu, ujarnya, usaha berterusan perlu dijalankan oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik golongan muda agar mendaftar sebagai pengundi.
‘‘Saya akan arahkan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan menjalankan kempen masing-masing untuk menyeru orang Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi,” katanya.
Beliau mendakwa orang Melayu lebih berminat untuk bercakap banyak tentang soal politik dan membuat kritikan tetapi kurang bertindak serta lalai dalam mempertahankan hak mereka.

Tuesday, May 16, 2017
Hari Guru 2017
Cikgu-cikgu dari tadika Sungai Boh, SK Sungai Boh, tempat mengaji di Sungai Boh, Sogame Sungai Boh, orang-orang kampung Sg Boh, team nasyid anak-anak staffness KK Serkat, (Zon kukup), SK Sungai Durian, Sogame Permas Kelapa, Tempat mengaji Allahyarham Lek Sharoni & Makcik, SMK Sri Kukup, Warden ASMK Sri Kukup (serta kawan-kawan di sana), SM Teknik JB & Warden-wardennya (serta kawan-kawan di sana), SMK Dato Penggawa Barat (serta kawan-kawan di sana), Sekolah Memandu, Kilang papan kat Ayer Baloi, Kilang kat Pontian, Lecturer-lecturer dari CS110 UiTM Pahang (serta kawan-kawan di sana), CS230 UiTM Shah Alam (serta kawan-kawan di sana), Penyelia & tenaga pengajar PSSCM UiTM Pahang (Abg An, Arwah Abg Mie, Kak Ma..) & PSSCM UiTM Shah Alam (Tn Hj Fizol, Kak Ruby... ) & PSSCM UiTM Jalan Othman (Abg Shahrem, Faizal Rahman, ....) dan sewaktu dengannya (serta kawan-kawan di sana), Arwah En Ramlan Berjaya Computer Sdn. Bhd. Teberau (dan skuad elit), Enche[dot]com, Katering kat Shah Alam (lupa lak nama), Insepro, Staff MAMPU, majikan dan rakan-rakan guru di SMK Sri Kukup, SCM Engineering Boss Abg Bundy, warga PSSCM-CJDT dan semua se-udara PSSCM. Lecturer DPLI UTM Skudai, KSSCM KTR UTM, rakan-rakan guru Maktab Sultan Abu Bakar, guru-guru silat WJ rakan-rakan guru SMK Bekenu, sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan, kenal-kenalan, dan sekalian yang aku jumpa sepanjang perjalanan hidup ini hingga hari ini. You all have teach me something thats very good.
Thursday, March 30, 2017
trust your instincts
Aku dapat email, lebih kurang macam ini bunyi dia.....
****
From PayPal
Today at 3:06
To m.taufiq.aziz@gmail.com
Message body
Taufiq Aziz - We're sorry we made a mistake
We're sorry we made a mistake
Hi Taufiq Aziz,
You may have received an email on 28 March 2017 from us with the subject “Enjoy hassle-free online shopping”. This email is intended for new customers of PayPal and we apologise for sending it to you by mistake.
How to be sure an email is really from PayPal
Sometimes we need to ask for more information about you, your business or some of your transactions. If we do this, we’ll always ask you to log in to your account to provide more information via the Resolution Centre. Remember, don’t click on a link to provide personal or financial information – always visit our site by typing www.paypal.com/my into your browser’s address bar.
If you receive an email claiming to be from PayPal and you’re not sure, trust your instincts and forward it to spoof@paypal.com. We’ll let you know if it’s genuine or not.
We apologise again for any inconvenience this may have caused.
Yours sincerely
-----------------------------------------

Subscribe to:
Posts (Atom)
Qasyira Noristiqa
Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...
-
Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.
-
Doktor apabila sakit pun akan berjumpa doktor. Kenapa pula guru tidak perlu kepada guru? SYAIR TUNJUK AJAR Terhadap guru hendaklah hor...