Showing posts with label cetiri. Show all posts
Showing posts with label cetiri. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

al-qalb

"Kebelakangan ni (ketika artikel ini di tulis), banyak betul gua dapat tawaran ilmu tahyul kurafat datang offer sempena pengambilan baru mereka. Doa makbul la. Kasi angau la. Merapik." katanya.

"Takpe, gua try skil baru gua. Main sergah-sergah. Kan ke sweet* gitu?" dia bersungguh sungguh berkata kata. "Tapi, macam cilaka rupanya.." dia menyambung lagi.

"Biasalah tu, menyentol" kawannya berkata.








.

Tuesday, February 7, 2012

Oppurtunity Analogy

Pada suatu hari, seekor beruang sedang memerhatikan ikan di tebing sebuah sungai yang berarus deras. Malangnya, ketika itu bukanlah musim ikan yang banyak. Sejak dari pagi tadi ia menunggu, tiada kelibat ikan yang melalui kawasan sungai itu. Walaubagaimanapun, si beruang tersebut tetap menunggu dan memerhati sekiranya ada ikan yang melompat dari permukaan air yang deras tersebut.

Saturday, February 13, 2010

Berlarian

"Bukankah aku sudah kisahkan tentang rama rama dengan lilin. Akhirnya berjaya juga dia mengenalinya" kata si burung pipit tua itu.

"Bisa Irukanji boleh membunuh. Yang sebesar hujung jari tuan hamba pun boleh memberi kesakitan yang amat berat" tambah Forest.

"Ya." jawab si burung pipit tua. Kerut kerut dimukanya jelas menampakkan alur pengalamannya yang tak bisa disusun dengan kata kata. Apatah lagi dengan perkataan. Angannya terbang mengingatkan tentang rama rama yang telah menghempaskan dirinya pada api lilin. Tidak mengelepar. Tidak merana. Hangus menjadi fana.

Tapi siapa sangka, ada yang kembali menceritakan kembali jalan sebenar dan ringkas untuk jawapan yang sama.

Lalu mereka berdua bingkas berdiri. Puaslah jiwa mereka dan tidak berputus asa lagi. "Kami minta diri dulu. Terima kasih atas kisah yang membangkitkan jiwa kami wahai pendita si burung tua".

Yang kejar tadi pun terus mengejar. Yang terbang awal tadi pun terus terbang.

Friday, February 12, 2010

konflikasi

Dan berkalam lah Forest "Bukan ke kau kata nak kejar mengejar?"

Diam.

"Aku nampaknya kena lari." jawabnya.

Forest tak puas hati. "Bukan kau yang mencadangkan pengejaran ini? Lagi pun, pekeliling kau tak baca lagi. Dah tampal la"

"Aku alah dengan anthrax. Tak ape, ko teruskan. Kau kejar. Aku lari. Kita berjumpa di sana, di sana, di saaanaaaaaa...."

Wednesday, February 3, 2010

Perlarian

Setelah mereka penat kejar mengejar, mereka pun berehatlah di bawah sebuah pohon yang rendang. Cuaca panas memang meletihkan. Suasana redup di bawah pohon itu begitu asyik. Ditambah pula dengan tiupan angin sepoi bahasa dan lantai rumput hijau segar yang dibentang oleh 'orang' yang mengasihi mereka. Tapi malang benar mereka tidak tahu.

Mereka pun melabuhkan punggung mereka di atas rumput hijau itu serta menyandarkan tulang belakang mereka pada dahan pohon tersebut. Suasana tersebut benar benar merehatkan mereka. Sayup sahaja mata. Setelah berlari dengan penat, terasa berputus asa pula mereka.

Tiba tiba terdengarlah mereka satu suara tua menyapa mereka. Bunyinya ada. Tapi jasadnya tidak kelihatan pula. Hairan pun datang kepada mereka.

"Hai manusia! Mahukah kamu aku sampaikan kepada kamu satu kisah? Tentang Irukanji?"

"Itu dia" bisik Forest Gump sambil menuding kearah dahan pokok yang dihinggapi oleh seekor burung pipit tua dan buta.

"Kami mahu cerita lain. Bolehkah?" tanya Forest.

Friday, January 15, 2010

lari larian

Kalau sampai masa itu, maka berlari lah.
Jika datang orang itu, datangilah. 

Walau merangkak dalam salji.

***

"Kau memang rajin berlari. Selayaknya kau menerima anugerah itu" kata kata yang dilemparkan kepada Forrest Gump. "Tetapi kenapa kau berhenti hari ini?"

Forrest diam sebentar. "Saya nak berhenti. Saya penat berlari dari dahulu". Forrest menghela nafas sebentar.

"Kita main kejar kejar nak?"

"yok!" responnya ceria.

"Ya, berhenti berlari. Kita kejar mengejar."

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...