Showing posts with label hikayat. Show all posts
Showing posts with label hikayat. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

bang selebu

Bang bang selebu
kuali sawa
hujan gunung mandi katun
sirih rampai
pinang berseri
minta peluk
tangan kiri

Sapu-sapu ringgit
tersapu rumah papan
Datang buaya gigit
Terkodong kaki tangan

Ambil senapang, ambil peluru
Nak tembak Kampung Baru
Tertembak bontot lembu.

...

Friday, May 20, 2011

jawapan teka teki ultimate

teka tekinya
 
senyumSOYA said...
huhu..saya x tau apa itu tunjuk langit..hihihi ^^ 
 
keh said...
pak guard yg pakai seragam putih 
 

Saturday, April 16, 2011

teka teki ultimate

Saya suka pedas, tetapi tak tahu apa itu lada.
Saya suka manis, tetapi tak tahu apa itu madu.
Saya suka masam, tapi tak tahu apa itu limau.
Saya suka pahit, tapi tak tahu apa itu tunjuk langit.

Siapa saya?

Monday, August 9, 2010

Penutup : Rahsia

Sampailah sudah penghujung helaian dari satu bab yang dibacakan. Seterusnya yang masih belum boleh dibaca. Tetapi pasti ada ceritanya. Atas kemampuan dan kuderat yang ada, beserta kebodohan yang mutlak, dengan apa yang ada dan pengetahuan terhadap itu. Akan tunailah segala hajat bagi hamba-hamba Nya yang ikhlas.

Sunday, July 11, 2010

finale

"akhirnya seperti yang dia hajatkan. doa orang orang yang sabar akhirnya Dia terima jua. yang pahit itu biarkan manis, supaya kita redha dengan ketentuanNya. dan dia tetap dalam suatu tempat yang indah-indah untuk dilihat kembali nanti. dan silaturrahim ini moga diberkat ar Rahim"

* * *

Dan Elly si pipit duduk di dalam sampan yang berkolek di tengah lautan. Keadaannya mudah kekiri dan kekanan. Kalau tidak biasa mabuk laut mutah hijau. Saat dia ingin muntah itulah di terpandang mukanya dibiasi jernih air lautan. Itulah mukanya. Sebahagian badannya terlihat jua akhirnya.

Barulah si pipit nampak mengapa dia perlu berpaut kuat kuat pada tali kapal yang berlayar itu. Dan dia hanya perlu menjaga sampannya agar tidak tergolek...

Tuesday, July 6, 2010

fahimna

"Kau jangan perasan sudahlah" kata brother negeri kancil itu. Itulah, sekurang kurangnya walaupun sangat berat kata kata yang disampaikan oleh brother negeri kancil sebelum kata kata nasihat itu, tetap ia di galas. Mungkin kaedahnya salah. Maka silaplah ia.

Oh, bukan. bukan. Itulah motivasi untuk dirinya yang dia peroleh dari pemimpinnya kerana pemimpinya itu amat tahu akan beban dirinya itu.

Lalu brother negeri kancil itu menunjukkan kaedah sebenar menggalasnya. Barulah datang upaya berderu deru. Walaupun si pipit itu terlalu mudah tumbang kerna gelap mata setidak tidaknya brother negeri kancil itu menunjukkan jalannya secara hakiki. Mungkin ada hikmah disebalik kegeringannya itu. Tapi bukan sebagai alasan. Cuma yang di bawah, di bawah jua lah duduknya.

Thursday, July 1, 2010

ta wa ba

Setelah si pipit kembali, tiadalah lagi kisah kisah yang di dengari dari mulut mulut rakyat kerana selesainya kisah itu sesudah fananya (kononnya?) melainkan pandangan mata yang syak dan wasangka kerna provokasi dari kebusukkan darah yang mengalir (ia). Maka semuanya itu dikembalikan ke hadrat Nya.

Si pipit tahu, jika tidak dibukakan pintu itu tiadalah dia dapat bertemu empat mata perkadaran yang telah sampai yang dari dahulu lagi menunggu setia di balik pintu yang berkunci itu. Tiadalah dia berkasar untuk menerjah masuk walaupun dia mampu melakukannya. Sekiranya ia terjadi, mungkin akah hilang kewarasan. Tetapi ia tiada berlaku melainkan kerana atas kehendak Nya. Dan tidak berlaku kerna izin Nya.

Si pipit wajiblah keatasnya berterima kasih banyak banyak..

Kembalilah semua ke tempatnya sendiri. 

Sunday, June 27, 2010

Cerita 17, Nikmat

Kata kata yang lama itu jelas jelas menerangkan penafian terhadap semua perkara. Disclaimer. Nikmat yang datangnya dari pelbagai itu hanya ada satu punca. Maka, tersingkaplah jawapan kerana apa yang menjadikannya ramai dan berpecah pecah. Tapi bukanlah ia dilihat seperti adanya. Tetapi semakin nyata apa yang perlu setelah adanya itu.

Setelah Elly membuang pita pita kerasnya itu, barulah ia datang kembali sesudah itu. Rindu membuak buak menumbuk hatinya.

Wednesday, June 23, 2010

dugaannya

Lama penerbangan yang jauh itu, tiada juga kelihatan tanah yang dituju. Maka bertanyalah seekor burung;

"Mengapa perjalanan ini menjadi sepi, semakin lengang dan menakutkan, wahai peminpin kami?"

Sang Belatuk, raja mergastua menjawab; “Memang banyak manusia tidak berani melalui jalan ini kerana takut. Tidak kah saudara-saudara pernah mendengar kisah Syeikh Abu Yazid yang keluar ke tengah padang di malam hari, di waktu bulan di kala semua orang sedang nyenyak tidur? Maka tertariklah dia olah keindahan malam yang sunyi itu. Merasa hairanlah beliau, mengapa tiada orang yang berani merempuh jalan ini, sehingga sepi sahaja? Pada halnya, ianya sebegini indah?".

Kemudian terdengarlah beliau suatu suara; “Maharaja tidak memberi izin kepada semua orang untuk melalui jalan ini. Kebesaran kami kadang-kadang membuat hanya sedikit orang yang mengharapkan kurnia kami dari pintu kami."


***

"Bapanya, mahukannya, jadi seorang askar.. Bukan cita citanya.. Bukan impiannya..." si Elly menyanyi perlahan lahan sambil memegang cord E minor 7th.

Saturday, June 19, 2010

bunga lima kelopak

Hingga satu masa, bunga itu akan mekar kembali. Setelah fananya perasaan diri. Hapus sendiri. Lalu menyujud zuhud pada pemiliknya agar bunga itu mekar sentiasa. Walau dalam taman berduri. Beradio aktif. Bernafas racun.

Akhirnya, bunga itu tetap akan menjadi abadi. Terus mekar. Dan Tyo Alba terus di tempatnya. Tapi tirai tirai sir itu menyelubungi dari pandangan mata sesetengah mereka. Pencarian itu mungkin tiada di situ...

Kita terus dalam sambungan..

Monday, June 7, 2010

electric

berhempas pulas juga Elly bergomol dengan lawannya itu. Serangan balas tak disangka sangka. Terbukti jelas bahawa dia kurang fit. Mungkin dia perlukan latihan intensif dimasa akan datang dan menyusun dietnya semula.

Kisah tentang karan setelah beberapa tahun satu peristiwa itu berlaku, adalah ia hanya satu laluan dalam laluan yang lainnya. Tiada ia dapat menjangkau bertapa manisnya peria itu. Bertapa indahnya gelap itu. Hanya setelah Dia bukakan pintu yang terkunci itu.

Setelah letih, Elly pun duduk tersandar di balik tembok angin itu. Tercungap cungap. Dan angin bisa datang lagi menghembus perlahan lahan. Tidurnya malam itu bakal didatangi jelmaan cintanya.

Woooo.. bunyi angin bertiup lagi.

Sunday, May 30, 2010

senyap dan sunyi

Telinga Elly tidak berdesing. Tapi dia merasakan sesuatu. Tiada bunyi malam itu. Hatta seekor cengkerik pun. Diam. Senyap.

Sunyi itu datang kepadanya dan berdamping kepadanya. Saat ketika itulah 2 makhluk berjubah hijau gelap datang menghampiri. Baunya busuk. Mungkin kali ini elly terpaksa menggunakan penumbuk jantannya yang pertama tama kali julung dia dia akan guna. Tapi macamana? Lalu Elly gelabah mencari buku manual dalam kotak yang dia simpan.

Dia menepuk dahinya. "Argh, kejadah apa?".

Wednesday, May 19, 2010

shocking

Tiba tiba si pipit ternampak tongkatnya yang pernah didakwa hampir hilang dalam laporannya beberapa ketika yang lalu. Mungkin ia terpelanting saat ketika terjatuh tadi. Oleh sebab kuasa 'force' si pipit sudah kurang menyengat, tongkatnya tidak dapat kembali dalam genggamannya seperti yang ditunjuk oleh Pakcik Yoda Hijau tempohari. Nampaknya si pipit perlu mengecas power. Lalu si pipit pun meninjau ninjau mencari soket plug kalau kalau ada.

Oleh kerana si pipit duduk di hotel, dia tak punya masalah untuk keluar melaksanakan tugasnya. Tiada masalah dengan pak guard untuk keluar dan masuk. Tetapi, setelah mengalami wabak, si pipit pun diarah pulang ke pangkalan.

Ketika berada di pangkalan, mahu atau tidak, sistem birokrasi perlu dilalui. Benar tak sama dengan syarikat swasta yang diterajui Tok Mewah si Kijang Bukit.

Wednesday, May 12, 2010

out of box

B#

Tapi Elly tak nampak yang gergasi gergasi lain tahu akan perkara itu. Malah, mereka pernah berjalan di atas bara. Kemudian mata Elly mengecil.

Baru dia perasan bahawa cawan yang dipegangnya menjadi kecil. Melimpah limpah air keluar.

"Habiskan ya.." pesan Tuan Tanah. Elly sengih sahaja macam kerang busuk. Dia pun minum perlahan lahan.




"Appalah kita ni.." hatinya berbisik.

Thursday, May 6, 2010

makan luar

"Kemudian bertanyalah seekor dari burung-burung itu; "Dengan cara apakah dan jalan manakah akan kita sampai ke tempat yang jauh dan sulit itu? Dengan alat perkakas apakah kita akan sampai ke sana menghadap maharaja yang maha agong itu?".

Maka tercetuslah berbagai lagi pertanyaan.

Berkata Sang Belatuk; "Apakah ertinya segala pertanyaan ini? Apakah ertinya kelemahan semangat ini? Mengapa mundur melangkah untuk mengatasi kesulitan? Bersiap-siaplah dengan alat bekalan iaitu hikmah yang tinggi, azam yang kuat dan tabah hati."

***

Si pipit pun memandang mandang kiri dan kanan melihat lihat sekiranya ada lubang lubang untuk di isi. Melihat akan keadaan semasa dan kesedaran atas dirinya, si pipit bermeditasi supaya dirinya berubah menjadi sedikit orang yang opurtunis. Kumpulan MLM kebelakangan ini begitu hampir dengan dirinya dan seakan akan manarik lengan bajunya untuk turut serta.

Begitu juga 'sarkas' seperti yang dieja oleh Sudin. Juga 'Bintang Profasional' dan beberapa tuntutan fana yang perlu diselesaikan. Semoga kepalanya tidak terpaling senget. Bersyukur amat sekiranya kertas kerjanya di terima dengan melalui beberapa orang kenamaan. Tak cukup makan.

Tiba tiba kepalanya keluar satu mentol bulb dan bercahaya pula.

Elly si pipit tersenyum sendirian. “Oppurtunist”. Senyumannya menjadi sangat sinis. “Huh!” desisnya.

Tuesday, May 4, 2010

kekangan

A#

Terherot herot muka Elly kerana menahan sakit ditapak kakinya saat dia melalui jalan yang ada batu batu tu. Macam jalan yang urut tapak kaki tu. Tapi ni di tempat laluan biasa. Dari sakit batu batu kecil, hingga tersadung batu yang agak besar. Herot herot mukanya menahan sakit. Kononya di dunia ini dia sorang la yang merasainya.

Bila dah sampai satu tahap, dia rasa dah tak boleh blah. Dia naik atas bukit. Dia memandang laluan dibelakangnya. Lalu dia jerit "Fuck off la woi!"

Batu batu yang ada disitu berpandangan sama mereka. "Hek eleh mamat ni. Apa hal" ~






bersambung...

Friday, April 30, 2010

tunduk

Berkata Sang Kenari; “Aku adalah Imamul Asyikin, imamnya seluruh orang yang rindu dendam. Segala hati ingin mendengar nyanyianku. Maka bagaimanakah aku akan sanggup berpisah dengan kembang-kembang mekarku?".

Berkata Sang Kakaktua; “Ambillah ikhtibar daripada nasibku. Seluruh insan terpedaya oleh warna bulu SIMURAQ itu, lalu badan diriku telah mereka kurung. Maka penuhlah hidupku dengan kerinduan, rawan dan kesedihan hati. Pada hal terbang dibawah kipasan sayap SIMURAQ itu saja pun, aku tidak sanggup".

Berkata Sang Merak; “Dulu aku hidup bersama Nabi Adam a.s. di dalam syurga, tetapi akhirnya aku pun sama terusir dari sana. Keinginan aku ialah untuk pulang ke asal tempat diamku itu. Kerana itu tidaklah ada keinginan aku hendak mengembara mencari Maharaja SIMURAQ".

Berkata pula Sang Itik; “Aku telah biasa hidup di dalam kesucian dan biasa berenang di dalam air. Tiada lain yang aku rindukan lagi. Aku tidak sanggup keluar dari dalam air dan tidak biasa hidup di tempat yang kering".

Berkata pula Sang Rajawali; “Aku sudah biasa hidup di pergunungan. Di sanalah duduk-ku. Bagaimana aku akan sanggup meninggalkan sejauh itu".

Berkata pula Sang Jelatek; “Aku hanya seekor burung yang kecil dan lemah. Bagaimana akan sanggup makhluk sekecil aku mengembara sejauh itu?".

Akhir sekali berkatalah pula Sang Helang; "Saudara-saudara sudah tahu bagaimana kedudukan aku disisi raja-raja. Maka tidaklah sanggup aku meninggalkan tempat semulia itu".

***

Wabak taun semakin menular. Walaumacamanapun, perasaan bimbang dan takut meresap kedalam dada dan jiwa Elly si pipit kerana mereka yang dilanda wabak tersebut tiadalah punyai tanda yang jelas.

“Tiadalah berbau besi bagi yang merapati penjual minyak wangi.”

Antara mereka itu ada yang mencari buah tembikai yang duduknya di atas tanah tetapi mereka mendapati hanya buah berangan di atas pokok. Hairanlah dirinya si pipit yang kedapatan perkara itu.Seram. Jadi, si pipit hanya tinggal satu harapan sahaja...

Tuesday, April 13, 2010

mencari cari

Pada suatu hari bermasyhadatlah sekelian burung-burung di rimba membincangkan nasib dan keadaan mereka. Mereka merasa kecewa melihatkan kekacauan di masyarakat mergastua yang tidak mempunyai pemimpin. Walhal tiada suatu kaum pun yang di bawah langit yang teratur masyarakatnya kalau tidak mempunyai raja.

Maka dalam satu perhimpunan bersama rakyat, warga mergastua bermusyawarah tentang melantik ketua mereka. Akhirnya sekelian hadirin bersetuju memilih Sang Belatuk untuk menjadi imam mereka. Menurut sang-sang burung, Sang Belatuk dipilih kerana beliau mempunyai pengalaman yang paling luas di kalangan mereka. Ini kerana Sang Belatuk pernah berkhidmat dibawah kerajaan Nabi Sulaiman a.s. sebagai peninjau kerajaan Puteri Balqis; dan juga pernah bersama Nabi Nuh a.s. semasa ditugaskan untuk mencari daratan (kampong baru) selepas peristiwa banjir besar itu.

***

Si pipit benar benar bersemangat untuk bersama mengelola gotong royong membaiki turapan jalan raya yang sudah pecah pecah. Dengan sedikit pengalaman dan minat dalam bidang ‘jalan raya’, si pipit terus menerus membantu. Kalau ada cangkul, mencangkullah dia. Kalau ada air, membancuh airlah dia. Kalau ada mop, bermop lah dia. Kalau dahulu dia menurap dijalan yang salah. Kini dia amat lega, walaupun dia masih baru, tetapi kepak jiwanya seperti telah menjumpai sarangnya. Tidak perlu lagi dia melalui laluan pejuang pejuang manusiawi yang berliku liku itu.

Hingga pada suatu ketika, gerombolan new comers akan dipanggil untuk diberikan ujian bertulis. Maka dikumpulkan setiap yang ada dari yang ada. Bila dikira kira ada yang tidak hadir. Dengarnya begitu takut akan dia ujian tersebut.

Dengan bantuan dan sokongan rakan rakan mereka, mereka pun datanglah juga. Si pipit tiba tiba terpandang kepada seekor merpati yang kesedihan. Duduknya ditepi parit menunggu gilirannya untuk dipanggil. Si pipit pun menemaninya bersembang seketika mengembalikan semangat yang hilang.

Terdetik dari dalam dirinya setelah beberapa tahun daripada peristiwa itu. "emm... ada karan" bisik kalbunya perlahan.

Sunday, April 4, 2010

bersyair

#6
Seketika kemudian, ranting tempat injak si pipit pun patahlah. Jatuh tersembam ia ke bumi. Tiadalah ia larat untuk terbang kerana kepaknya sudah krem.

Si pipit terasa sangat bingung. Kerana tongkatnya pun perlahan lahan ghaib saat dan ketika itu. Maka sedih menyelubungi seketika kerana kehilangan tongkat yang sekian lama membantu menapung bebanannya.

Tiba tiba bergemalah telinganya terdengar kalam serentak terpancar cahaya putih kekuningan megah disegenap ruang. Katanya "Berusaha bersungguh sungguh. Jangan putus asa!" Itulah suara benar lagi mursyid.

Kemudiannya merangkaklah ia sambil menyanyikan syair syair penghibur jiwa seperti yang dinyanyikan oleh gergasi merah yang telah mengambil melodi itu dari kutub utara. Bernyanyilah juga si pipit mengikut rentak gergasi merah.

Kemudian, dia berpantun pantun pula..

Manakan ranting menjadi kecewanya.
Rapuh patah terjatuh pula.
Janganlah sedih kerana jatuhnya.
Pangkal sudah berada di depan mata.

Katanya alah bisa tegal biasa.
Sekali angin bertiup tergamam pula.
Diam setempat kadang menjadi bisa.
Demikian bumi berputar pada paksinya.

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...