Showing posts with label mengenal diri dari ranting-ranting ilmu dunia. Show all posts
Showing posts with label mengenal diri dari ranting-ranting ilmu dunia. Show all posts

Thursday, February 19, 2015

Ibrah

Menurut penulis asal cerita ini yang memakai nick "Sarip Dol", ia bukan kisah benar, sekadar rekaan untuk menyampaikan maksud, iaitu fasa-fasa perjalanan dalam mengenal tuhan seperti yang telah dilalui oleh penulis. Penulisan ini bertujuan untuk menjadi inspirasi, panduan dan rujukan kepada salik-salik yang dalam perjalanan kembali kepada Allah.

Namun begitu pelajaran yang terkandung di dalamnya amat baik dan bermanfaat. Sama-sama kita muhasabah diri.

mulakan dgn mngenal diri sndiri dahulu sblum mula mngenal Allah..mulakan dgn blajar dan mmahami sifat 20 Allah serta pecahan sifat 20..cara blajar kna plahan2 kayuh tkut akal fikiran tidak bisa mghadam ilmu hakikat :) skadar pkongsian

kopipes jer bang..

Friday, January 16, 2015

Cermin

Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Sunday, January 4, 2015

Mengenal Diri : Khianat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam Islam, khianat(Bahasa Arab: خيانة‎) adalah salah satu ciri kekafiran. Ia merupakan lawan amanah, suatu tuntutan Iman.

Thursday, January 1, 2015

Tanda Diri

Aku tak tahu siapa penulis asal penulisan ini. Tetapi ia baik untuk suplimen aku.
Allahumafirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.

Saturday, November 15, 2014

Mengenal Diri : Kejadian

Jadi, adakah benar kita benar-benar mengenal diri kita? Yang lebih mengenal diri kita melebihi kita sendiri adalah penciptanya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al-Mu'minuun 23:12-15)


Friday, October 17, 2014

Tahun Cahaya

Malam adalah masa yang telah diciptakan untuk manusia. 1001 hikmah tersembunyi disitu sahaja.

Apa yang dapat kita saksikan pada waktu malam? Cahaya-cahaya bintang bergemerlapan. Memukau penglihatan manusia sejak dahulu lagi. Entah bagaimana manusia boleh menggunakan bintang-bintang itu sebagai pandu arah. Ah gila mereka yang bernama manusia ini. Makan apa agaknya.

Tapi itulah hakikat yang dijumpai disebalik kejadian bintang oleh manusia-manusia terdahulu yang selalu berfikir. Kita bersyukur sebab mereka ingin berkongsi dengan generasi terkemudian dari mereka. Besar manafaat usaha mereka kepada dunia. Baik yang Islam atau bukan Islam, semua mendapat manafaatnya samada sedar atau tidak.

Dikalangan cahaya-cahaya malam itu, ada satu lagi cahaya paling unggul. Iaitu cahaya bulan purnama. Ramai manusia dari kelompok sasterawan menggunakan bulan sebagai menefestasi perasaan cinta dan keindahan.


http://www.sciencedump.com/content/how-do-scientists-measure-extreme-distances

Wednesday, October 15, 2014

Mengenal Diri : Kesedihan

Mendengarkan akan panjang lebar isi kandung ucaptama oleh Sang Belatuk itu, maka semua burung pun terbitlah suatu perasaan rindu hendak menghadap Maharaja SIMURAQ.

Mesyuarat diteruskan dengan Sang Belatuk menerangkan secara panjang lebar betapa peri sulitnya dan bahayanya perjalanan menuju ke mahligai itu. Mendengar akan betapa sangat sulit dan banyak rintangannya XPDC itu, banyaklah di antara burung-burung itu merasa lemah semangat dan tidak sanggup untuk pergi.

Berkata Sang Kenari; "Aku adalah Imamul Asyikin, imamnya seluruh orang yang rindu dendam. Segala hati ingin mendengar nyanyianku. Maka bagaimanakah aku akan sanggup berpisah dengan kembang-kembang mekarku?".

Berkata Sang Kakaktua; "Ambillah ikhtibar daripada nasibku. Seluruh insan terpedaya oleh warna bulu SIMURAQ itu, lalu badan diriku telah mereka kurung. Maka penuhlah hidupku dengan kerinduan, rawan dan kesedihan hati. Pada hal terbang dibawah kipasan sayap SIMURAQ itu saja pun, aku tidak sanggup".

Berkata Sang Merak; "Dulu aku hidup bersama Nabi Adam a.s. di dalam syurga, tetapi akhirnya aku pun sama terusir dari sana. Keinginan aku ialah untuk pulang ke asal tempat diamku itu. Kerana itu tidaklah ada keinginan aku hendak mengembara mencari Maharaja SIMURAQ".

Berkata pula Sang Itik; Aku telah biasa hidup di dalam kesucian dan biasa berenang di dalam air. Tiada lain yang aku rindukan lagi. Aku tidak sanggup keluar dari dalam air dan tidak biasa hidup di tempat yang kering".

Berkata pula Sang Rajawali; Aku sudah biasa hidup di pergunungan. Di sanalah duduk-ku. Bagaimana aku akan sanggup meninggalkan sejauh itu".

Berkata pula Sang Jelatek; "Aku hanya seekor burung yang kecil dan lemah. Bagaimana akan sanggup makhluk sekecil aku mengembara sejauh itu?".

Akhir sekali berkata lah pula Sang Helang; "Saudara-saudara sudaah tahu bagaimana kedudukan aku disisi raja-raja. Makatidaklah sanggup aku meninggalkan tempat semulia itu".

Setelah mendengar segala luahan rasa mereka itu maka berkatalah pula Sang Belatuk; "Aku tidak akan lalai menyampaikan nasihat aku kepada saudara semua. Tujuan aku adalah suci. Apakah sebabnya saudaraku semua mencari dalih kerana kebiasaan hidup!? Dan saudara tinggalkan cita-cita yang suci murni kerana diikat kesenangan? Azam yang kuat dan hati yang teguh dan sabar akan memudahkan segala kesulitan dan mendekatkan segala yang jauh'.

Kemudian bertanyalah seekor dari burung-burung itu; "Dengan cara apakah dan jalan manakah akan kita sampai ke tempat yang jauh dan sulit itu? Dengan alat perkakas apakah kita akan sampai ke sana menghadap maharaja yang maha agong itu?".

Maka tercetuslah berbagai lagi pertanyaan.

Berkata Sang Belatuk; "Apakah ertinya segala pertanyaan ini? Apakah ertinya kelemahan semangat ini? Mengapa mundur melangkah untuk mengatasi kesulitan? Bersiap-siaplah dengan alat bekalan iaitu hikmah yang tinggi, azam yang kuat dan tabah hati.


...sesungguhnya kecintaan itu akan mengubah yang pahit
menjadi manis, tanah menjadi emas, yang keruh menjadi
jernih, yang sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman,
kekasaran menjadi kasih sayang,
kecintaanlah yang melunakkan besi, mencairkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya...
(Jalaluddin Rumi)


Tuesday, September 16, 2014

Brains Regulation

Try to 
  • pat your head, 
  • rub your stomach, and 
  • circle your feet in opposite directions 
  • while reciting the alphabet backwards.

Friday, September 5, 2014

Our-self


"Bagaimana kita melihat dunia ini, bukan disebabkan oleh orang lain, tetapi oleh minda dan deria kita sendiri."

"Mind is just like a big complex and abstract programming coding" 

Thursday, August 28, 2014

Battle of Idea




Mind is like a big complex coding. Sometime we can see the algorithm by output pattern and guessing the code arrangement (decision regulation or likely to mind plotting). -me.

Thursday, August 7, 2014

datang dan pergi

sebagaimana ia datang, demikian pula ia pulang. jika baik, baiklah ia. jika kiat, kiatlah ia. datang tak berjemput. pulang tak berhantar.

"sepanjang perjalanan ini, telah aku berselisih dengan pelbagai manusia. aku pasti dari akhlak burukku, setiap orang yang melintas ada juga yang membencinya dan ada antara kebencian itu ditempat yang benar. dan aku terlewat menyedarinya dan menghargainya kerana dia telah sampai di daerah yang di panggil masa lalu."

walaubagaimana pun kita menghuraikan apa-apa jua tentang kejadian itu, hakikatnya Dia jugalah yang mengaturnya, dan yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu adalah saya jua lah yang melakukannya.

Sunday, August 3, 2014

Kalbu

HATI BERHATI-HATI

Ramai di kalangan kita yang sanggup bersusah-payah tidak peduli makan dan minum, tidur dan jaga, siang dan malam; beralih dari seorang doktor kepada doktor yang lain, dari seorang bomoh kepada bomoh yang lain dengan tujuan supaya tubuh badan menjadi sihat; malah sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit beribu-ribu ringgit.

Tetapi berapa ramai yang sakit QALBUnya yang sudah sekian lama terlantar sakit,
sedikit pun tidak mempedulikannya.

Monday, July 14, 2014

ilusi insaf

KESEDIHAN LANTARAN TIDAK BERBUAT TAAT TETAPI TIDAK BERGERAK UNTUK BERBUAT DEMIKIAN ADALAH TANDA DIPERDAYA (OLEH SYAITAN).

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...