Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Monday, April 7, 2025

Pasca Raya 2025

Terminal One Seremban dulu kemain gah ramai je orang datang. Kini, hambar.

Banyak je idea boleh try run kat sini. Tapi tulah. Kalau management harap benda free datang bergolek aje, memang tak kemana la.. 

Tengok la apa deal dia hari ni.

Wednesday, May 30, 2012

Dalam Bidang Seni

Tidak dinafikan silat adalah tergolong juga dalam bidang seni. Tahniah ahli seni yang telah mengiktiraf perkara tersebut. Akhirnya usaha yang ditanam oleh orang yang terdahulu telah menampakkan bunga-bunga dalam mengembalikan sirih ke ganggang.

Walaubagaimanapun perjalanan meletakkan silat di tempat yang sepatutnya diteruskan. Kalau kita tak reti apa apa pasal silat, sekurang-kurangnya janganlah jadi batu penghalang. I follow or support.

Tuesday, February 7, 2012

Oppurtunity Analogy

Pada suatu hari, seekor beruang sedang memerhatikan ikan di tebing sebuah sungai yang berarus deras. Malangnya, ketika itu bukanlah musim ikan yang banyak. Sejak dari pagi tadi ia menunggu, tiada kelibat ikan yang melalui kawasan sungai itu. Walaubagaimanapun, si beruang tersebut tetap menunggu dan memerhati sekiranya ada ikan yang melompat dari permukaan air yang deras tersebut.

Circle

ini cerita 2 tahun lepas. kadang tu gua heran gak. apasal budak budak sekolah tak suka subjek sejarah. sebagai seorang ex budak sekolah, gua pun pernah tak minat. tapi ada sorang yang gua heran. member gua, wak reng. dia bukan kaki stadi pun. sejarah spm dapat A tuu... dasat dasat. tapi, sejarah je la.. ni apa jenis?

Saturday, December 10, 2011

Iman Mat Rock

Semalam, time gua tengah berlumba dengan Van Hiace di Sekenling, ada satu ucapan dari brader dalam radio;
"Salam rock, salam metal bersadurkan keimanan"




peh...

Wednesday, November 9, 2011

Demonstrasi

"Patutkah negara kita ini hari-hari demonstrasi? Besok ada pulak orang kata saya nakkan lesbian di Malaysia, demonstrasi. Pergi istana. Satu lagi orang pulak ada, benarkan homoseks di Malaysia, kita pulak pergi istana. Satu lagi pulak kata, saya nak demonstrasi saya nak blue filem di Malaysia. Pergi istana. Lepas tu saya kata saya nakkan majalah playboy dibenarkan di Malaysia. Pergi istana. Atas nama hak asasi manusia. Semua orang akan cakap demikian kerana semua orang ada cita rasa masing-masing. Apakah kita nak benarkan? Jadi kerana itu kita mestilah berfikiran waras. Pegang balik kepada nilai-nilai murni."

Tok Ali Rustam, 2 Julai 2011.
PESAKA PRESS CONFERENCE


Saturday, December 25, 2010

Hal Mimpi Tak Boleh Lari

Masa kecik-kecik dulu, budak-budak kalo tido, kaki dia kalo bengkok ke, terlipat ke, kena kasi lurus. Nanti kalau dia mimpi kena kejar, dia nak lari susah. Ha..

Tu bila bangun kaki kebas je.

Tu belum kira mimpi hampir terjatuh bangunan.. Menggelepor tak memasal.

Thursday, November 4, 2010

la la la

"Aiyoh cigu, saya kelija sangat banyak ley..!" kata sorang budak tingkatan 1.

"Cigu punya kelija kertas kertas saje lo.." dia sambung lagi.

Gua kecikan mata gua. Gua senyum. Teringat gua masa kecik kecik dulu..

Tuesday, October 19, 2010

MUET

Gila. Bill untuk sms sahaja RM900 sebulan. Selepas melawat negeri kejiranan tempohari, dapat juga idea tentang sms provider. Macamana aku nak propose kalau tak reti hapa. Nak kena sengat?

Gua try email satu syarikat. Kasi wording english sikit. Baru macam pomising customer. Boleh tahan jugak. Lancar je aku type. Boleh kasi 9 dari 10 la..

Tiba-tiba henset gua bergetar. Up number KL.

Tuesday, September 7, 2010

pronounce

"Cigu, lu ada kuasa?" tanya sorang budak kelas gua yang malas dia lagi hebat dari gua masa sekolah dulu.

"Apa kuasa?" gua tanya balik. Biasala budak-budak ni. Mengarut banyak.

"Itu, kuasa.. kuasa"

"....." [agaknya banyak tengok cerita avatar budak ni]

Monday, August 23, 2010

Saturday, August 21, 2010

Quran-burning event

Gua memang dah kurang minat nak sentuh hal hal macam ni. Tapi pasal gua ni new-comer, memberi refleksi kepada hal-hal macam ni adalah biasa. Poser. Macam tu la.

Hal-hal debat agama dah lama habis rasanya. Tanpa agama pun sudah ada guideline 'hak manusiawi'. Terima kasih kepada tamadun paling hebat sepanjang zaman.

Secara global, gua tak tau apa hal mamat ni beriya sangat dengan event dia tu..

lantak lah..



Tuesday, July 13, 2010

warna

"ok cikgu, ni ada soalan.

warna biru + kuning = hijau
warna biru + merah = unggu

kalau warna hitam + biru + kuning + hijau + merah + unggu jadi warna apa?"


"ala, warna hitam le.."

Monday, July 5, 2010

Rat Race of Sains dan Teknologi

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.


Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.


Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)


Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?


Tukang gali : Tidak ada apa-apa


Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?


Tukang gali : Takde Dato’..


Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!



....


Macam siut jugak lawak ni. Aku dapat dari email.

Wednesday, June 30, 2010

ref taraf dunia

Seperti entri ini, aku juga menanti kemunculan beliau di tengah-tengah padang FIFA..

Thursday, June 17, 2010

macam macam hal the series.

Back dated.

Apa kejadahnya gua tertinggal belimbing mini atas bonet! Receiveless!

Sunday, June 13, 2010

Ultraman Cosmos VS Ultraman Justice

Hari tu, saya melayan anak buah saya dengan membuka cerita Ultraman. Satu cerita alih bahasa Jepun yang sangat popular dan dikagumi ramai kanak-kanak hampir setiap zaman. Ketika zaman saya membesar, seingat saya ialah zaman Ultraman Ace dan Ultraman Seven. Sekarang mungkin dia sudah menjadi Ultraman level abang-abang.

Anak buah saya usianya baru setahun lebih. Pada firasat saya, dia terlalu mentah untuk mencerna jajahan minda seperti itu. Akhirnya, setelah beberapa minit dia cuba untuk melayan cerita yang saya bukakan untuk dia duduk diam, dia pun ke ruang tamu bermain permainan lori dan bajaknya. Tak into dengan Ultraman. Saya pula, masih lekat pada cerita itu. Kerana kali ini ceritanya sepanjang satu jam. Pastinya mega movie untuk Ultraman ini.

Tiba tiba Ultraman Justice menyerang Ultraman Cosmos. Ramai orang tidak menyangka perkara itu berlaku. Ultraman Justice tiba tiba menyebelahi pihak yang ingin memusnahkan hidupan di muka bumi ini, waktu penghapusan. Maksudnya macam itulah.

Di kalangan masyarakat bumi, mereka mempunyai refleksi tersendiri berkenaan peristiwa tersebut. Diantaranya ada kelompok golongan muda jalanan (dulu orang panggil golongan hippies) dengan dress-up hip hop berborak ringan tentang isu keselamatan bumi. Seperti kebanyakkan kisah bersiri alih bahasa Jepun lain, begitulah mereka bercakap cakap.

“Ultraman Cosmos sudah mati. Kau tahu?”

“Ish, takkanlan Ultraman Cosmos kalah. Tak mungkinlah”

“Iye, kau lihat berita tadi?”

“Habislah kita. Ultraman Cosmos sudah mati. Siapa nak selamatkan kita?”

“Ala, kerajaan mesti selamatkan kita. Kita kan bayar cukai. Heheh”

“Haha, ya juga. Kau dah bayar cukai?”








Kredit untuk Industri cerita alih bahasa di Malaysia.

Tuesday, May 25, 2010

Sirap Limau

Ntah kenapa, malam tu deria gua tak berapa ong. Dalam keadaan berpeluh-peluh tu, gua break jap. Gua menuju ke tong air berwarna merah.

Tanpa melihat dengan teliti, gua layan satu cawan. Dengan tangan kiri di pinggang, mata melihat suasana dewan, mulut gua mencecah bibir cawan perlahan-lahan. Emm... macam rasa peluh. owgh.. Gua tengok belakang. Sirap limau.

Gua teguk satu lagi. Betul la, sirap limau... ish..

Thursday, May 20, 2010

biggest looser

sebulan lepas, jumpa nujaid. dia kata aku makin kurus. peh..

ok. mana hilang lemak-lemak aku... ?

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...