Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Oppurtunity Analogy

Pada suatu hari, seekor beruang sedang memerhatikan ikan di tebing sebuah sungai yang berarus deras. Malangnya, ketika itu bukanlah musim ikan yang banyak. Sejak dari pagi tadi ia menunggu, tiada kelibat ikan yang melalui kawasan sungai itu. Walaubagaimanapun, si beruang tersebut tetap menunggu dan memerhati sekiranya ada ikan yang melompat dari permukaan air yang deras tersebut.

Circle

ini cerita 2 tahun lepas. kadang tu gua heran gak. apasal budak budak sekolah tak suka subjek sejarah. sebagai seorang ex budak sekolah, gua pun pernah tak minat. tapi ada sorang yang gua heran. member gua, wak reng. dia bukan kaki stadi pun. sejarah spm dapat A tuu... dasat dasat. tapi, sejarah je la.. ni apa jenis?

Monday, March 1, 2010

kira kira

Petang itu, ada sepuluh orang budak Kampung Sungai Boh pergi mandi di tepi sungai sebelah rumah Alang Zaini.

Setelah selesai mandi, sorang budak yang dikira sebagai abang, mengira semua yang ada di situ. Ada sembilan orang sahaja. "Ish, mana sorang lagi nih!" bentaknya.

"Mana sorang lagi?" dia bertanya sekali lagi. Sembilan orang yang lain buat slumber je makan nasi. Si abang berkerut dahi mengelabah tak tentu pasal.

Tiba-tiba, sorang budak berhenti mengunyah dan perlahan menghampiri dia. PAP! tengkuk di tepuk.

"Kau ni dah kenapa!!?"





***
counter ++
counter = 111

Thursday, February 25, 2010

watak dalam bilangan

1:"Sebenarnya, kereta itulah yang melanggar saya."

2:"Saya pandu van. Bukan kereta. Ini tak sama atas dakwaan."

1:"Apa ini, mana aci. Kereta atau van sama lah tu. Yang pastinya kamu yang melanggar saya."

2:"Sila uruskan."

3:"Tuan, nampaknya pendakwa bermasalah."

4:"Baiklah, dakwaan digugurkan."

Monday, February 15, 2010

ilusi optik

"Ok, ada soalan?"

Seorang murid mengangkat tangan. "Ya, kamu. Apa dia?"

"Cikgu, seluar cikgu tak zip!"

...

ilmu pengetahuan: Memang terdapat jenis seluar NAMPAK macam tak zip.

Friday, January 29, 2010

tak sedap dan sakit

Heboh kisah kehilangan budak di kaki Bukit Nikmat diperkatakan. Komando yang bertugas dalam ulasannya mengatakan bahawa beliau agak terpaku atas kejadian yang berlaku. "Hujan tak ada, ribut tak ada, tau tau hujan turun" tambah pembantu komando.

Penyiasat penyiasat khas dilantik bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya mangsa sudah mati, setidak tidaknya gambaran jelas terhadap situasi sebenar kejadian perlu ada.

Kalau sedap beritahu kawan, tak sedap beritahu kami. Begitulah moto sebuah kedai makan tempat perjumpaan diadakan bagi menyampaikan taklimat penerangan sebelum memulakan ekspedisi yang bakal jauh untuk ditempuhi. Taklimat juga dilakukan secara ringkas di kelas. Agak terhad untuk menyampaikan maklumat kerana tumpuan kepada persiapan dan kelengkapan alat alatan ketika di kelas.

Pasukan Pencari giat meneruskan aktiviti mencari. Segala tanda tanda dikumpulkan. Bukti bukti disimpan. Analisis direkod. Semua disusun rapi.

Samada kejadian tersebut berbentuk kemalangan mistik atau kemalangan fakta belum diputuskan lagi. Kita selubungi hidup dengan misteri..


guling-guling

Saturday, January 9, 2010

repost: tanggang

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.


Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.


Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.


Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.


Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.


Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.


“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.


“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.


Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.


Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.



“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.


“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.


“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.


Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.


“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.


“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.


“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.


Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.


Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”


Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.


“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.


Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

***

ok, sekarang ni, apa pengajaran yang kita dapat. rata rata mungkin nak kata perihal kederhakaan si tanggang kepada ibunya.

aku teringat bagaimana saudara saudara aku pulang bercuti semester. walaupun ada kerja kerja berbaki yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya, tapi dia menjadikan alasan takut derhaka untuk mencari jalan lepas diri dari buat kerja untuk pulang kekampung dimana kita tahu, rumah kita adalah 'the best place can be'. selesa.

ada juga kawan kawan di kampung sudah sumpah seranah aku mengatakan dah lupa asal usul kerana tidak pulang ke kampung. "ko nak jadi si tanggang ke?"

rata rata mengambil kisah si tanggang hanya isu "melupakan ibu/bapa" sahaja. jumud bukan pemikiran ini.

abg long penah persoal, "aku tak pernah lagi dengar orang tak balik kampung terus jadi anak derhaka"

mungkin ada yang rasa bercanggah ayat abg long ni. ish, janganlah begitu sempit.

pada aku kisah dongeng/mitos ini direka oleh orang terdahulu dengan begitu seni penyampaiannya. ternyata generasi sekarang gagal mencerna iktibar dari kisah ini dengan pandangan yang sepi sekali.

baiklah. ada tiga keadaan tanggang. cita-cita, kejayaan dan kesilapan. orang melayu dulu mewujudkan watak si tanggang dengan watak yang ambitious atas ayat "Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal." perkataan khayal/ beragan ini bukanlah seperti angan angan mat jenin kerana perlakuan tanggang berazam untuk bertemu dengan nakhoda kapal untuk kerja kosong menunjukkan dia berusaha.

secara fitrah hubungan anak dan ibu bapa, takkan lah semudah itu perasaan ibu bapa hendak berpisah dengan anaknya. mungkin ada yang menyangkal kenyataan ini dengan menyatakan parents diorang sporting. tapi itu yang terzahir. hakikatnya akan terselitlah fitrah perasaan ibu yang sangat kasih akan anaknya untuk berpisah. apatah lagi dengan si anak tunggal. sedikit sebanyak, rangkap "Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah." menerangkan fitrah ini secara jelas. tetapi sekarang ni rata rata yang lagi berat hati nak meninggalkan rumah adalah si anak sebab tak reti berdikari. mungkin boleh lihat iktibar alam bagaimana ibu burung tolak je anak mereka dari sangkar untuk belajar terbang. bagitu?

mungkin tidak sepenuhnya boleh di guna pakai. kerana rata rata perantau sekarang dilengkapi kemudahan transport awam dan sendiri. juga teknologi tanpa wayar untuk berhubung. kenapa perantauan itu dibawa sekali komunikasi seperti zaman dahulu?

hal lain yang ingin cerita ini ketengahkan tentang kejayaan. kebanyakkan bangsa yang berjaya adalah bangsa perantau. kita lihat bagaimana bangsa ca-ya-nun-alif merantau sehingga town mereka dimana mana. tak kurang juga bansa melayu yang pernah di gah pada masa dahulu sebagai bangsa yang berlayar. ada yang kata asal dari perkataan 'orang melayar'. lagikan pula anak lelaki, fitrah yang dijadikan untuk lelaki adalah sebagai perantauan untuk berjaya. kata orang melayu, sayangkan isteri tinggal tiggalkan itu menunjukkan bahawa si lelaki perlu keluar untuk mencari untung nasibnya sendiri.

ketahuilah, pemergian si tanggang untuk mengikuti nakhoda adalah berbekalkan 2 perkara iaitu azam/cita cita yang tinggi, serta penguatnya adalah berkat doa ibu dan bapanya. perantauannya itu berjaya kerana hikmah dan karomah ibu bapanya. maka ia berjaya. kerana hikmah dan karomah kedua ibu bapanya tidak dibatasi dengan jarak.

tauladan didalam cerita ini begitu jelas. bahasanya mungkin mudah untuk di simpan oleh kanak kanak tetapi kini, sistem pencernaan otak orang dewasa kini kelihatan seperti tidak berfungsi bagi sesetengahnya untuk memproses 'isi' dari cerita ini. hotak mereka lebih kepada memproses cerita cerita cinta bohong korea, cerita fiksyen miksyen barat atau non-fiksyen, cerita cerita jenaka-bangang kosong dalam industri perfileman sekarang ini. kalau ada filem yang bagus tetapi banyaknya fokus kepada teknik perfileman lah, kualiti video, aksi stunt atau adegan adegan comolot yang ghairah. oh, maaf.

kita teruskan lagi. pertengahan cerita watak si tanggang begitu bermakna apabila kesungguhan si tanggang berusaha dalam melaksanakan kerjaya akhirnya dia berjaya mendapat rezeki yang baik. begitulah hebatnya bekal yang tanggang bawa dalam perantauannya.

transfomasi watak antagonis si tanggang bermula setelah dia dihadapkan dengan ujian tiga ta. rata rata kita semua pasti akan berhadapan dengan ujian ini. tetapi, peringatan yang cuba disampaikan didalam cerita ini telah kita lupakan untuk berjaga jaga. maka, kasihnya Tuhan kepada kita, kerana Dia tahu akan kelemahan kita, maka kehidupan kita tidaklah diberikan sepenuhnya walaupun kita meminta isi dunia ini.

kemuncak cerita ini adalah apabila si tanggang MENAFIKAN kedua orang tuanya. maka disitu lah hikmah dan karomahnya ditarik semula. dan kurniaan keramat kepada si ibu menyaksikan kebesaran Tuhan kepada seisi alam. menjadikan watak tanggang batu adalah sebagai peringatan kepada kanak kanak sebagai renungan mereka saat ketika melihat batu yang menyerupai manusia. kuasa keramat digambarkan begitu hebat sekali. sebagai wasilah peringatan. kaedah pendidikan untuk kanak kanak. budak budak belajar nyanyi nyanyian atau cerita ceritaan, orang dewasa mengorek khazanah falsafah didalam pembelajaran di tadika, berdasarkan maksud kata kata hj shafie mehad, lecturer phi454.

mungkin banyak versinya cerita ini namun isinya tetap sama.

hebatkan nenek moyang kita menyusun cerita ini tanpa perlu copyright/guideline tepat. tetapi cerita ini melalui setiap zaman dengan isi yang sama. cuma perkara perkara ranting daripada cerita sahaja yang berubah ubah mengikut versi kreativiti zaman masing masing.

jadi apakah yang kita dapat dari cerita ini? bagaimanakah bentuk cerita ini pada tahun 2020 lagi? adakah latarnya masih sama? adakah sumpah keramat itu tetap akan berlaku walau teknologi mengekang kehidupan? sama sama lah kita saksikan.

Monday, January 4, 2010

analogi

hari ni bersinar sinar ati melihat dapur. entah mengapa hatinya hari ni betul betul in the mood untuk memasak. tanggungjawab beserta mood untuk melaksanakannya memang ngam. macam orang johor dapat pisang goreng dengan sambal kicap di KL. memang layan.

misi hari ini seperti biasa. berkhidmat untuk keluarga. suaminya pulang dari kerja tentu penat. ati akan pastikan semuanya selesa dan bila si suami pulang, hati kusut berubah senang. misi bermula.

dikemas ruang tamu. bilik tidur. tandas. berandar. di sapu sampah. habuk dan debu. sawang dan kotoran. di susun barang barang rapi. dicukupkan cahaya. diimbangkan suhu.

oh. masakkan belum bermula. fikir. idea datang. di panggil anaknya yang masih galak bermain.

"adi, pergi ke kedai. belikan mak kobes, ikan"

"ala mak ni. orang nak main dengan kawan kawan ni" rengek adi. anak sulungnya.

"eh budak ni. aku nak masak untuk dia. tak makan karang." ati memarahi dalam hati.

"pergi je la.. jangan banyak tanya. ish budak ni"

 ***

Malam itu, anak sulung itu dapat makan masakan ibunya yang paling sedap sekali. Kemudian selesai makan, dia terus main game pula.

"Biarlah, cuti sekolah kan sekarang ni" kata si suami melihat isterinya semacam hendak marah.



ps; anniversary

Monday, December 21, 2009

team work kommitmen

projek kontraktor bangunan. komitmen dalam mode satu arah sahaja. tak ada respon. engineer seorang sahaja mengelabah. pembantu semua dah giveup. senyap.


lebihkan mengkritik dari memperbaiki. radio rosak. yang remeh jadi temeh. berlegar legar.

teamwork.

ok, jangan sampai runtuh. kalau runtuh juga, work it out. dari bertukar tukar.


?

Tuesday, December 15, 2009

guru dan murid

Ada satu kisah di sampaikan. Berkenaan dengan satu situasi yang berlaku antara murid dan gurunya. Berkenaan dengan maksud dan makna. Tujuan dan matlamat.

Dikisahkan didalam satu bilik kuliah. Pembelajaran seperti biasa di Universiti. Hari pertama murid murid bertemu dengan guru mereka yang akan mengajar matapelajaran yang di ambil.

Maka, sampailah ketika si guru masuk kebilik kuliah. Bertemulah mata-mata semua murid dengan guru mereka. Dari hinggar bingar bilik kuliah itu bertukar senyap. Seperti malaikat lalu layaknya.

Menantilah murid murid bicara pertama dari guru mereka.

"Salam sejahtera semua", kata si guru.

"salam sejahtera guru".

Sepi seketika. Meliarlah mata si guru memandang isi bilik kuliah itu terhadap muri-muridnya. Semua senyap.

"Tahukah kamu apa yang saya ajar ini?"

Semua berpandang pandangan. Terkedu seketika. Maka angkatlah tangan seorang dari semua murid itu.

"Kami tak tahu guru"

"Kalau kamu tak tahu, lebih baik kita balik sekarang!" berkata guru dengan nada separuh tegas. Kemudian dicapainya buku buku yang diletakkan di atas meja dan keluar dari bilik kuliah itu.

Terpinga-pingalah hati hati yang menanti disuapkan ilmu pada hari itu. Mereka pun keluar dari bilik kuliah dengan menumpukan bicara tentang hal yang berlaku sebentar tadi. Ada yang sinis, ada yang optimis, ada yang pasif.

Tetapi mereka kesal kerana tidak merujuk apa-apa isi buku bagi apa yang bakal mereka pelajari dari guru mereka. Setidakknya harus tahu topik perbincangan hari itu. Mereka kesal.

Keesokkan harinya, mereka tetap menghadiri kuliah guru tersebut. Seperti biasa, mereka penuh tekun menanti bicara guru. Kali ini sepertinya menjangka apa yang akan mereka pelajari dari guru mereka. Mereka seperti memahami maksud guru mereka semalam. Sekurang kurangnya hari ini, mereka mengetahui sedikit sebanyak apa yang bakal mereka pelajari dari guru mereka.

Si guru berkata, "Tahukah kamu apa yang saya ajar ini?"

Dengan pantas salah seorang dari murid murid itu mengangkat tangan. "Kami tahu guru!" kata murid itu dengan penuh yakin.

Guru tersenyum. Melihat reaksi itu, legalah hati murid murid tersebut. "Bagus kalau begitu. Jadi kamu semua boleh balik sekarang" kata si guru lalu keluar dari bilik kuliah.

Bingung. Anih dengan tindakkan guru mereka. Maka berpakatlah si murid murid. Sekiranya si guru bertanya soalan yang sama esok, mereka berpakat untuk sesetengah dari mereka menjawab tahu dan sesetengah yang lain menjawab tidak.

Keesokkannya, kuliah tetap berjalan seperti biasa. Murid murid tetap menghadiri ke kelas. Menanti ilmu untuk dikunyah.

Seperti yang dijangka, guru mereka bertanya "Tahukah kamu apa yang saya ajar ini?".

Makanya, seperti yang mereka sangka terjadi, lalu bercampur aduklah mereka antara jawapan 'tahu' dan 'tidak tahu'. Mereka lalu menanti reaksi dari si guru dengan harapan kuliah hari ini di isi dengan penuh makna.

Si guru tersenyum. "Bagus semua. Jadi, bagi yang tahu ajarkanlah kepada yang tidak tahu". Kemudian, seperti sebelum belum ini, keluarlah si guru dari bilik kuliahnya itu. Meninggalkan murid muridnya berfikir.


hanya yang berkehendak sahaja...


------------------------------------------------
ilham dari kuliah bersama Hj Shafie Mehad

Wednesday, December 9, 2009

busuk dan wangi

"Eh, kau ni busuk busuk ni, tak mandi la ni.. ish ish ish.." Razak memandang Hamid anak Mak Leha.

"Aku berpeluh ni. Baru balik dari merewang rumah Pak Imam. Anak dia kawin kan.." jawab Hamid acuh tak acuh. Teh yang dipesannya dihirup perlahan lahan. Sebelum air sampai ke bibir dia berkata "Kau ni wangi wangi dari mana?"

"Tak kemana. Dari rumah je. Baru bangun tidur"

"Kau tak de kerja ke?"

"Ada" jawab Razak laju.

"Kerja apanya kau?" Soal Hamid sinis.

"Blogging."

Thursday, November 12, 2009

ceritera: makanan

Pada suatu ketika dan masa, di sebuah pasar yang hiruk-pikuk. Yang membeli dengan membeleknya, yang menjual dengan jualannya, yang menarik perhatian dengan barangannya. Ada yang menjual hamba. Ada yang menjual ganja. Ada yang menjual sayur-sayur. Ada yang menjual ternakkan. Ada yang menjual barangan hiasan. Seorang hamba sahaya melalui celah-celah badan manusia penuh lalulalang memenuhi kawasan pasar tersebut.

"Cari apa Cik Siti?" tegur seorang penjual dengan ramah.

"Saya cari belacan" kata Cik Siti. Si penjual agak tak keruan. Dipandang kiri dan kanannya.

"Jangan cakap kuat-kuat. Nanti polis tangkap sama saya", si penjual berbisik-bisik sedikit.

"Jual belacan pun kena tangkap?" Cik Siti bertanya kehairanan.

"Jual ganja ada lesen. Jual candu ada lesen. Jual belacan tak ada lesen Cik Siti. Saya smuggle dari Malaya", terang si penjual berhati-hati.

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...