Showing posts with label dari contributor. Show all posts
Showing posts with label dari contributor. Show all posts

Friday, December 30, 2011

post mortem

“Umat Islam hari ini bukan umat yang kuat, baik di dunia begitu juga di negara ini. Umat Islam tidak boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil hingga akhirnya menjadi umat yang lebih lemah.
Umat Islam jangan terlalu taksub berselisih hingga ke peringkat ‘berkerat rotan, berpatah arang’.
Umat Islam haruslah arif lagi bijaksana memastikan antara permata dan kaca.’’

titah Raja Muda Perak, Raja Dr.Nazrin Shah di Ipoh, 19 APRIL 2008.

Thursday, February 3, 2011

sosial

Gua nak cerita banyak tak pandai. Tapi lu all boleh tengok di sini atau baca lanjut dibawah.. Budak Nash ni walaupun atas laut, idea menulis masih kaw juga. Sama naik la dengan Kod. Power.
Rasanya kira orite amik tau pasal menda ni. Syukur la ada orang nak jalankan. Bagus-bagus..
Tapi gua tak faham elemen plan strategik dia. No 5 tu macam mushkill pulak..



Sunday, December 27, 2009

Menembusi Cinta dan Waktu


Kita tentu setuju akan ungkapan bahawa setiap anak manusia memiliki rezeki masing-masing. Cuba kemudian kita hubungkan dengan idea banyak anak banyak maka banyak rezeki yang didasarkan pada ungkapan diatas. Baik ungkapan dan pemikiran diatas semuanya ada didalam pikiran (angan-angan) kita.

Mari kita bercerita tentang suatu keluarga yang gigih menolak konsep keluarga terancang. Tentunya tergambar dalam fikiran kita bahawa keluarga ini akan dianugerahi banyak anak. Mungkin 7 atau 9 atau mungkin lebih dari itu. Jika anak pertama mendapat mainan baru, anak kedua mendapat bekasnya, anak ketiga dapat ceritanya bahwa kakaknya pernah mendapat mainan baru. Lalu apa yang didapat oleh anak yang bungsu ? dia Cuma dapat cinta dari orang tuanya.

Maka dari apa ulasan yang akan muncul dari cerita diatas, tidak dapat dinafikan bahwa cinta memang hadir menembusi ruang dan waktu, termasuk menembusi kegelapan. Bila cinta diibaratkan sebagai bunga, mungkin ia adalah bunga yang mekar tanpa bantuan musim. Di musim apapun ia selalu berbunga. Keharumnya menembusi ruang sejauh apapun.

Dunia maya sekarang ini telah hadir akibat dari produk angan-angan manusia dalam bentuk ilmu pengetahuan dan teknologi yang membuat dunia menjadi semakin menyempitkan kehidupan ini sendirik, bahkan mampu mengubah cara manusia menjalani kehidupan. Aku setuju dengan fenomena ini. Tetapi aku yakin bahawa belum terdaya lagi untuk menembus ruang dan waktu. Daya ubah Cinta lebih dahsyat dari pada daya ubah teknologi,kerana Cinta mampu menembusi ruang dan waktu. Hampir semua tempat yang tidak boleh dipecahkan ilmu pengetahuan boleh ditembus dengan cinta. Sebut saja batasan itu adalah ruang, waktu, kegelapan bahkan kematian. Dalam ilmu pengetahuan ia sememangnya menjadi teka-teki yang belum terpecahkan. Namun Cinta memiliki kekuatan untuk melampaui batas-batas itu.

Manusia beranak pinak. Dalam erti lain dalam satu keluarga mempunyai orang tua, mertua. Mungkin memiliki mertua lebih dari dua orang. Kehadiran cinta kedua orang tua kita tetap hadir meskipun meskipun mereka kita sudah melewati kematian. Dalam erti kata lain cinta mereka menembusi batas-batas kematian. Dimana cinta mereka selalu wujud dan hadir mengikuti, mengiringi, membayangi disetiap percakapan kehidupan kita.

Perselisihan cinta hanya boleh terjadi jika cinta itu diukur dalam ukuran rezeki atau harta. Namun bilamana cinta diukur dengan ketenteraman, kedamaian, dan cerah sentiasa, maka cinta boleh menjadi satu jambatan hidup bahagia yang sangat mengharukan.

A Samad Said pernah memberitahu dalam karya Daerah Zeninya – Aku rasa keharuan itu keindahan.Betapa cantik pun sesuatu,jika ia tak mengharukan,ia bukan keindahan.

Jika kita pengagum karya seni. Entah lagu apa yang anda senangi. Namun aku mengagumi lagu Imagine sebagai karya John Lenon yang aku anggap berani. Dimana dalam lagu ini dia menginginkan kehidupan yang tanpa Negara, tanpa Agama, tanpa perkauman. Hanya ada satu alat untuk bersatu iaitu Cinta. Boleh tak kita gambarkan dalam angan-angan kita jika didunia ini tidak ada Kristian, Budha, Hindu, Yahudi,dan Islam. Tetapi hanya ada satu agama iaitu agama Cinta. Maka tidak akan terjadi perang salib, Perang dunia I, perang dunia II, perang Vietnam, perang teluk, perang saudara, dan banyak perang yang tidak dapat di sebutkan satu persatu.

Dalam kenyataan bahwa rintangan utama yang dialami Cinta adalah sukarnya untuk menembusi batas-batas perbezaan. Dan manusia sampai saat ini belum juga bijak untuk manage perbezaan, meskpun telah didokong oleh teknologi. Sehingga syaitan tidak perlu bersusah payah mengganggu manusia. Tanpa syaitan bekerja. Manusia sudah bertikai karena nipisnya iman terhadap cinta yag sebenarnya cinta mampu mengatasi semua kesulitan dalam membna kehidupan damai didunia.

Janganlah protes kepada Allah, mengapa Allah menciptakan perbezaan. Yang sebenar-benarnya adalah kita!ketidak mampuan manusia untuk uruskan perbezaan.

Dalam bahasa percakapan seharian kita didapati satu pertanyaan dimanakah hujungnya cinta. Maka jawapan dalam bahasa kehidupan kita bahawa cinta sememangnya sudah ada di poket seluar anda. Seperti banyak dinyanyikan dalam ungkapan seni oleh hampir 100 peratus penyanyi. 


piping arikingking


nota editor: artikel ini dah lama diberi semasa tahun 2004-2005 lagi rasanya. masa ketika rasa nak buat TSFTS isue#4 ada lagi. kemudian. tak jadi. terima kasih kepada kontributor. seorang budak tabligh yang mendengar 'minor threat'. aku dah lost kontek dengan beliau.

Saturday, November 28, 2009

pencarian II

...[sambungan]



Aku pernah di tahan polis.Aku bukan seorang remaja jahat.Aku cuma ditahan kerana aku didapati menghadiri gig yang dikatakan sebagai gig blackmetal.Aku sesekalipun tidak salahkan pihak polis kerana menahan aku dan terus dibawa ke balai.Ini kerana aku tahu,polis sudah terlalu tua untuk mengkaji tentang muzik,dan biarlah mereka bodoh membabibuta menahan orang seperti aku. Mereka tidak faham,tapi mereka sungguh angkuh mengatakan mereka faham.Inilah sifat semulajadi orang yang sudah nyanyuk! Aku hanya berharap suatu hari nanti ada seseorang yang menepuk dahi mereka supaya dapat menyedarkan mereka.


Cuma apa yang aku kesalkan adalah mereka melayan aku seolah-olah aku mempunyai kelas yang lebih teruk dari mereka.Seolah-olah mereka rakyat Malaysia kelas pertama,yang penuh berjasa untuk negara dan aku pula rakyat Malaysia yang teruk,yang menyusahkan Negara!Aku kecewa kerana mereka menghina aku,mereka menafikan sifat semulajadi manusia iaitu “kemanusiaan” hanya kerana tugasnya iaitu kononnya mengawal Negara.Pada pendapat aku,walaupun aku seorang perogol sekalipun,mereka tidak boleh menamakan aku sebagai anak yang bodoh,anak yang sial,dan sebagainya.Kesimpulannya mudah sahaja,manusia tidak boleh mencederai hati sesama manusia.Bayangkan kalau seseorang mengatakan anak mereka sebagai anak yang bodoh,dan anak yang sial sedangkan anaknya terus-terang memang buat nakal.Aku pasti mereka juga berasa marah,dan teringin menempeleng muka orang yang menghina anak mereka itu.Aku juga begitu,aku teringin benar meludah muka mereka,biar air ludah aku mengalir masuk kedalam kelenjar-kelenjar dan saraf lantas masuk terus ke dalam otak mereka yang dijamah kuman itu,sayangnya aku memang seorang yang pengecut dan bacul.Mengeluarkan sepatah perkataan pun aku tak mampu apatah lagi untuk meludah.Aku hanya diamkan perkara ini dan biarkan mereka mempunyai kuasa penuh keatas diri aku.Bapa aku sendiri pun tidak pernah memperlakukan aku sedemikian rupa.


Baru-baru ini juga aku telah ditahan oleh pak guard di Universiti .Aku ingin menetap di asrama pada waktu cuti semester disebabkan kerana tidak mempunyai banyak wang pulang ke kampung.Pak Guard sungguh professional!Mereka menghalau aku,dan tidak membenarkan aku menetap di asrama,alasannya kerana tugas mereka adalah seperti itu,menghalau pelajar yang tidak mendaftar nama untuk menetap di asrama sewaktu cuti.Aku bertegas juga,sambil berharap agar mereka bertimbangrasa sedikit kerana aku mempunyai alasan yang mendesakkan – tiada wang.Kejamnya,mereka masih begitu juga,penuh ego,menghalau aku dan memberi amaran sebelum waktu tertentu aku harus keluar dari asrama dengan segera.


Adakah mereka yang berada dijalan yang benar?iaitu kerana tugasan mereka perlu bertegas?


Mahatma Gandhi pernah menyatakan satu ayat yang banyak mempengaruhi aku - Bumi ini cukup untuk semua orang tapi tidak untuk 2 orang yang angkuh.


Pendapat aku bahawa mereka juga sudah terlalu tua,sudah terlalu nazak,untuk mengetahui perkara asas ini.Aku sedikit pun tidak menghormati orang seperti itu,malah terbit dalam hati aku betapa kasihannya mereka.Sudah lah tua,dan masih berlagak.

tamat

oleh: piping arikingking

Saturday, November 21, 2009

pencarian I

Oleh : piping arikingking

Aku sentiasa dihidangkan dengan filem dan drama yang agak biasa – isu manusia yang baik ditemukan dengan yang jahat.Tiada apa yang perlu diulas sebenarnya disini kerana sememangnya ia agak menjemukan.Mungkin kerana kita sudah dapat membaca jalan cerita filem atau drama jenis ini.Watak yang baik pasti akan berjaya disaat terakhir,tapi kejayaannya pasti melalui satu perjalanan yang perit dan menyusahkan!

“tidak ada satria lahir ,tumbuh dan perkasa tanpa ujian!”

Cuma yang aku kesalkan,kebanyakkan filem menolak pentingnya kemanusiaan dan perlunya sedikit ‘jahat’ untuk berjaya.Ternyata ia menggambarkan sendiri sikap manusia yang hidupnya sungguh terdesak untuk berjaya.Hipokrit sekiranya aku beritahu bahawa aku pun tidak faham mengapa perkara ini terjadi,sebab aku tahu perkara ini sememangnya wujud dalam kehidupan realiti.Aku perlu membuat toyol untuk masuk dewan periksa sekiranya mahu berjaya mendapat jawab peperiksaan.Untuk berjaya,seorang manusia itu perlu meletakkan sedikit nilai kemanusiaan di sebelah tepi,dan lebih teruk lagi,kalau diperlukan maka harus dibuang.Sehingga baru-baru ini,aku baca diakhbar,seorang artis wanita tidak menyukai lelaki yang zahir baik,nampak sopan malah artis itu suka pada seorang yang bergaya ‘bad boys’.

“manusia yang baik agak membosankan,dan mudah ditipu.”

Akhirnya anak-anak muda seperti aku berlumba-lumba untuk menjadi hebat seperti yang disukai oleh artis wanita itu.Agar kelihatan lebih nakal dari orang lain.Kesimpulannya lebih nakal kita,lebih ramailah orang akan menyukai kita?
Penipuan secara terancang ini berjaya menewaskan ramai diantara kita.Adakah aku pun sama?Adakah untuk aku berjaya,aku harus menidakkan moral?Aku pernah baca di sebuah artikel dalam internet.Ia memberitahu sekiranya wujud lagi manusia yang baik di dunia ini bukan kerana agamanya,tapi hanya kerana moral.Di dunia ini tiada siapa yang baik kerana agama?

“Ketika agama dan idealogi menjadi perosak,semuanya hanya akan menjadi muzik penghibur.Ketika agama dan idealogi hanya munafik,semuanya akan menjadi tarian lucah!”

Aku semakin keliru dengan idea aku.Apa yang aku tahu,disebabkan perkara hebat ini,ramai antara kawan-kawan aku mengurangkan kehidupan normalnya.Minum arak sudah menjadi perkara biasa.Tiada apa yang perlu dihairankan,dan aku pula yang harus dihairankan oleh mereka.Aku yang tidak minum arak seolah-olah seperti orang yang kuno,hidup di zaman batu.Berasa malu bergaul dgn mereka,dan mereka malu bergaul dengan aku.Apabila bersua wajah dengan mereka,aku seolah-olah seperti anak dara yang baru pertama kali masuk didalam majlis sosial.Aku seperti ditinggalkan 200 meter ke belakang oleh mereka.

Aku tidak sanggup ingat kembali kenangan bodoh kawan aku yang minum arak di kedai jamming pada bulan puasa.Kemudian melepak di food court menunjukkan betapa hebatnya mereka!Memang hebat,kerana beliau memang mendapat sambutan yang hangat dari rakan-rakan lelaki dan perempuan kerana,beliau benar-benar kelihatan “cool”.

Aku dididik untuk berjaya dalam kehidupan.Semua orang begitu pada fikiran aku.Memang sifat semulajadi manusia,mahu berjaya,mahu kaya,mahu kehidupan yang selesa.Hidup sekiranya hanya menjual cendol atau bekerja kilang telah diajarkan kepada aku oleh orang yang terdahulu sebagai satu kehidupan yang terumbang-ambing,tiada masa depan.

Begitu susah untuk memuaskan ego manusia.Demi mendapat pengakuan,demi mendapat menjadi seperti org lain inginkan,aku pandang ke hadapan.Tak pedulikan diri sendiri.

Oleh itu,kehidupan aku telah tersedia ada sebuah protokol.Aku diajar supaya tidak bermasalah.Sekiranya aku seorang pelajar,aku harus belajar bersungguh-sungguh,jangan sesekali terpekik melolong selain dari pelajaran.Sekiranya aku seorang pekerja,aku harus bekerja sepenuh hati,seharusnya menjadi professional.Berjaya seperti orang yang telah berjaya,sekurang-kurangnya tercatat di dalam akhbar namanya.Tidakkah hidup ini dirasakan sangat susah?Patutlah ramai orang didunia mengambil jalan untuk membunuh diri.Begitu susah untuk menjadi orang yang sempurna...



[bersambung]

Sunday, November 15, 2009

cintailah buku

Kehidupan aku yang jauh dari kawasan bandar membuatkan aku lebih banyak membaca dan menulis.Sekiranya aku hidup di bandar pada waktu ini mungkin aku sama seperti remaja yang lain,berpeleseran di pasaraya,melepak di kedai jamming,kemudian bersosial bersama kawan-kawan di food court ataupun di gerai-gerai yang menjual makanan yang murah.

Aku sebenarnya benci juga kehidupan seperti sekarang ini.Langsung tidak bersosial,hanya memperlengkapkan diri dengan bahan bacaan dan kemudian syok sendiri menulis artikel.Berfikir pun tentang perkara yang entah apa-apa.Aku teringin juga untuk bersukan,tapi tiada rakan yang benar-benar boleh aku ajak untuk aku sama-sama beriadah.

Mengapa tidak bermain bersama orang yang memang sudah sedia ada bermain di sini?Entah,aku tidak mempunyai keyakinan diri.Perasaan malu benar-benar menebal untuk bermain bersama mereka.Inilah satu lagi kelemahan yang paling aku benci.

Aku tidak perasan sejak bila aku menjadi seorang yang kecil hati.Pemalu tidak bertempat!Dahulu aku seorang yang aktif,dan kini – pasif!Aku seperti biasa mengurungkan diri didalam bilik kemudian membaca novel.

Pada masa ini,aku sedang membaca novel dari Pramoedya Ananta Doer,penulis hebat dari Indonesia.Tajuknya “Jejak Langkah”,ia mengisahkan tentang zaman kebangkitan nasional di Indonesia,zaman pengaruh pemikiran rasional mula menyerap,zaman pertubuhan moden mula berkembang,yang juga bererti permulaan kelahiran demokrasi.

Melalui bahan pembacaan inilah,aku rasa aku semakin ada kekuatan untuk meneruskan hidup aku di tempat yang asing ini.Benarlah kata-kata Maxim Gorki,seorang pengarang yang terkenal memberitahu

“cintailah buku agar kehidupanmu akan lebih aman”.

Ada diantara kawan aku berasa hanya orang yang seperti aku sahaja yang suka membaca,iaitu pasif dan tidak mempunyai ramai kawan.Tersinggung juga aku,tapi aku biarkan ia berlalu. Kalau aku beritahu pada diri aku yang aku sakit hati dengan percakapannya,aku takut aku mungkin akan benar-benar sakit hati.Aku cuba ambil positif.

Bukankah setiap perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Tuhan ada hikmah disebaliknya?Mungkin ada baiknya aku tidak mempunyai ramai kawan,dapat juga aku menaip artikel ini.

Apa yang aku lihat kawan yang memperlekehkan aku itu,bukannya kehidupannya menarik,malahan membosankan.Ada awek pun bosan,baik jadi macam aku,membaca buku,dan tidak pernah mengomel seperti kanak-kanak.Itu bosan,ini bosan.

Jadi disanalah dia sekarang.Kembali di tempat tidur dia.Sendirian.

Aku?aku mempunyai kawan iaitu buku aku.Mari membaca!!

piping arikingking
______________________________________________________
nota editor: artikel ini dah lama diberi semenjak tahun 2004-2005 lagi rasanya. masa ketika rasa nak buat TSFTS isue#4 ada lagi. kemudian. tak jadi. terima kasih kepada kontributor. seorang budak tabligh yang mendengar 'minor threat'. aku dah lost kontek dengan beliau. terima kasih piping arikingking

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...