Monday, October 5, 2015

Belajar Silat Berarti Belajar untuk Mengendalikan Diri Sendiri

Setelah Silat diistihar sebagai seni bela diri rasmi negara Malaysia, aku sebagai seorang cikgu berasa bersyukur terhadap pencapaian ini. Tahniah kepada para pejuang yang berusaha memartabatkan seni silat ini.

Sebagai penuntut dalam pelajaran silat, aku bukanlah contoh terbaik bagi menggambarkan keberkesanan kaedah pendidikan silat ini. Bagi yang pernah berjumpa dengan aku, pasti mengenal keburukkan aku. Tetapi percayalah, itu adalah terbaik yang dapat aku capai berbanding jika aku tidak di didik dalam silat.

Segala kelemahan dan keburukkan aku yang memberi kesan kepada manusia lain, aku dahulukan dengan memohon maaf. Sesungguhnya, kebenaran yang aku salah aku tidak akan menegakkan benang yang basah. Kalau aku salah, aku jua akan menanggungnya. Kepada yang pernah aku zalimi aku memohon ampun dan maaf. Semoga Allah memberikan segala kebaikkan kepada mereka yang aku pernah zalimi.

Perjalanan hidup ini nampak jauh mungkin makin hampir ke destinasi aku untuk melalui pula alam lain. Maka, dikesempatan di atas dunia ini aku sedaya upaya berusaha membantu pejuang-pejuang persatuan silat khususnya PSSCM dalam memartabatkan seni silat sebagai teras budaya bangsa yang bersendi syarak.

Aku bersilat bukan kerana silat.
Aku bersilat kerana Agama
Aku bersilat bukan kerana silat
Aku bersilat kerana Allah.

Ya Allah, makbulkan permintaan hambaMu ini.

Ini adalah satu coretan perspektif yang baik berkenaan pendidikan silat.....

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...