Sunday, November 15, 2009

cintailah buku

Kehidupan aku yang jauh dari kawasan bandar membuatkan aku lebih banyak membaca dan menulis.Sekiranya aku hidup di bandar pada waktu ini mungkin aku sama seperti remaja yang lain,berpeleseran di pasaraya,melepak di kedai jamming,kemudian bersosial bersama kawan-kawan di food court ataupun di gerai-gerai yang menjual makanan yang murah.

Aku sebenarnya benci juga kehidupan seperti sekarang ini.Langsung tidak bersosial,hanya memperlengkapkan diri dengan bahan bacaan dan kemudian syok sendiri menulis artikel.Berfikir pun tentang perkara yang entah apa-apa.Aku teringin juga untuk bersukan,tapi tiada rakan yang benar-benar boleh aku ajak untuk aku sama-sama beriadah.

Mengapa tidak bermain bersama orang yang memang sudah sedia ada bermain di sini?Entah,aku tidak mempunyai keyakinan diri.Perasaan malu benar-benar menebal untuk bermain bersama mereka.Inilah satu lagi kelemahan yang paling aku benci.

Aku tidak perasan sejak bila aku menjadi seorang yang kecil hati.Pemalu tidak bertempat!Dahulu aku seorang yang aktif,dan kini – pasif!Aku seperti biasa mengurungkan diri didalam bilik kemudian membaca novel.

Pada masa ini,aku sedang membaca novel dari Pramoedya Ananta Doer,penulis hebat dari Indonesia.Tajuknya “Jejak Langkah”,ia mengisahkan tentang zaman kebangkitan nasional di Indonesia,zaman pengaruh pemikiran rasional mula menyerap,zaman pertubuhan moden mula berkembang,yang juga bererti permulaan kelahiran demokrasi.

Melalui bahan pembacaan inilah,aku rasa aku semakin ada kekuatan untuk meneruskan hidup aku di tempat yang asing ini.Benarlah kata-kata Maxim Gorki,seorang pengarang yang terkenal memberitahu

“cintailah buku agar kehidupanmu akan lebih aman”.

Ada diantara kawan aku berasa hanya orang yang seperti aku sahaja yang suka membaca,iaitu pasif dan tidak mempunyai ramai kawan.Tersinggung juga aku,tapi aku biarkan ia berlalu. Kalau aku beritahu pada diri aku yang aku sakit hati dengan percakapannya,aku takut aku mungkin akan benar-benar sakit hati.Aku cuba ambil positif.

Bukankah setiap perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Tuhan ada hikmah disebaliknya?Mungkin ada baiknya aku tidak mempunyai ramai kawan,dapat juga aku menaip artikel ini.

Apa yang aku lihat kawan yang memperlekehkan aku itu,bukannya kehidupannya menarik,malahan membosankan.Ada awek pun bosan,baik jadi macam aku,membaca buku,dan tidak pernah mengomel seperti kanak-kanak.Itu bosan,ini bosan.

Jadi disanalah dia sekarang.Kembali di tempat tidur dia.Sendirian.

Aku?aku mempunyai kawan iaitu buku aku.Mari membaca!!

piping arikingking
______________________________________________________
nota editor: artikel ini dah lama diberi semenjak tahun 2004-2005 lagi rasanya. masa ketika rasa nak buat TSFTS isue#4 ada lagi. kemudian. tak jadi. terima kasih kepada kontributor. seorang budak tabligh yang mendengar 'minor threat'. aku dah lost kontek dengan beliau. terima kasih piping arikingking

4 comments:

Gonjeng said...

ala..aku suke membaca jugak..ehehehe..baru nak pupuk

tawawfayakof said...

bagus bagus. teruskan. huhehehe

sama ar dengan..

Anonymous said...

aku suka membaca buku komik.. sgt rajin..

tawawfayakof said...

err.. itu pun.. bagus juga lah..

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...