Tetapi lain pula pandangan orang cendikiawan. Filem ini adalah sebuah kekecewaan intelektual.
Saya telah menghadiri satu seminar (tak ingat nama seminar dan anjuran siapa) tetapi terdapat satu panel yang mengulas tentang kecacatan filem ini yang menyebabkan saya baru buka mata serta turut kecewa lalu berhenti menonton filem tersebut dan berhenti mengagungkannya.
Filem tersebut hanyalah sebuah contoh bagaimana kapitalis yang menunggang sejarah dan menulis kembali menurut keinginan mereka dan kehendak market. Hari ini isu Hang Tuah kembali menghangat dengan pelbagai isu, terutamanya tentang kewujudannya. Pelbagai perspektif telah diberi pandang. Ternyata, ada dua sudut pandang.
Pandangan materialis mengatakan filem ini sebuah kejayaan. Dengan kualiti dan sinematografinya, muzikalnya, skrip jalan ceritanya. Saya akui ini adalah sebuah kejayaan. Filem ini dapat meningkatkan benchmark filem-filem tempatan untuk ke tahap yang lebih baik. Sejak 2004 hingga kini, telah beberapa filem berkualiti muncul bagi mengejar standard yang telah dibuat oleh filem PGL.
Pandangan intelek sejarahwan mengatakan filem ini adalah sebuah kekecewaan. Ya. Kekecewaan sebagai seorang patriotisma. Kecewa tentang ketepatan fakta. Tentang gambaran karakter. Tentang influensi bangsa. Tentang tujuan penghayatan kisah Hang Tuah, tentang kerajaan Melaka, tentang kerajaan Demak dan sebagainya. Ini adalah kekecewaan yang menutupi kebanggaan pencapaian tentang filem ini. Ini pandangan yang saya turuti.
Mungkin ulasan ini agak ketinggalan. Kini pengetahuan tentang Hang Tuah diperluaskan dengan kemunculan beberapa buku baru yang diketengahkan oleh ilmuan. Mereka sedar, filem itu terjadi sedemikian kerana kesukaran masyarakat mengakses sejarah mereka sendiri dan kepayahan mereka mendalami falsafah jati diri bangsa. Tahun 2016 saya cuba menonton kembali filem ini dengan perasaan bercampur baur. Kemana hala tuju akar kita. Mati atau hidup.
Mudah-mudahan, dengan kehadiran racun-racun halus ini membangkitkan antibodi-antibodi bangsa yang sekadar ada dimasa kini.
referensi
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Puteri_Gunung_Ledang_%28filem%29
- http://www.imajie.com/2011/07/putri-gunung-ledang-sebuah-analisis.html
- http://sultanmuzaffar.blogspot.my/2004/08/puteri-gunung-ledang-asas-penulisan.html
- http://strozze.blogspot.my/2004/09/puteri-gunung-ledang.html
- http://annyss.blogspot.my/2012/06/hang-tuah-satu-daripada-tiga-genius.html
- http://faizalmukhtar.blogspot.my/2004/08/trivia-31-ogos-2004.html
- http://mahhass.blogspot.my/2004/08/ulasan-filem-puteri-gunung-ledang-2004.html
- http://filemklasikmalaysia.blogspot.my/2012_11_01_archive.html
No comments:
Post a Comment