Thursday, July 2, 2026

Berbual


Demikianlah merak kayangan berkata. Sukar hendak meninggalkan sarangnya itu.


"Oh aku juga nak kesana, tapi itulah. Sarang aku ni nak kena hias dulu" bilangnya.

"Kau ni pipit, asal ada celah, mesti kau nak masuk" kata merak bila melihat pipit keletihan.

"Eh, tapi kau kena buat juga ye kerja aku ni. Nanti kawan-kawan yang lain tak nak masuk" tambahnya.

Pipit kecil pendek tak kata apa-apa. Ketawa sahaja.

"Betullah merak. Sarang kau ni selesa. Takkan nak tinggalkan. Tak apa, biar aku lah yang cover kerja engkau tu. Kesian kau, nanti penat".

Maka hairanlah si Pipit akan kata-kata si Merak Kayangan. Dalam diam ia merenung, bagaimana beban yang ditinggalkan oleh tuannya boleh pula disangka sebagai cita-cita hambanya.

Berkata si Pipit dalam hatinya:

"Aneh benar tabiat sebahagian burung. Apabila sayapnya enggan berkepak, disangkanya anginlah yang malas bertiup. Apabila sarangnya tidak diurus, dituduh pula burung lain terlalu ghairah mencari dahan."

Padahal tiada pernah si Pipit mengejar pekerjaan itu. Yang dikejarnya hanyalah amanah yang telah lama ditinggalkan. Jika ia tidak hinggap pada dahan yang kosong, nescaya dahan itu akan reput, dan anak-anak burung yang lain tiada lagi tempat berteduh.

Lalu si Pipit tersenyum. Kerana ia mengetahui, orang yang terlalu lama memandang cermin sarangnya sendiri sering menyangka seluruh rimba berputar mengelilinginya..

Berbual

Demikianlah merak kayangan berkata. Sukar hendak meninggalkan sarangnya itu. "Oh aku juga nak kesana, tapi itulah. Sarang aku ni nak ke...