Friday, January 15, 2010

lari larian

Kalau sampai masa itu, maka berlari lah.
Jika datang orang itu, datangilah. 

Walau merangkak dalam salji.

***

"Kau memang rajin berlari. Selayaknya kau menerima anugerah itu" kata kata yang dilemparkan kepada Forrest Gump. "Tetapi kenapa kau berhenti hari ini?"

Forrest diam sebentar. "Saya nak berhenti. Saya penat berlari dari dahulu". Forrest menghela nafas sebentar.

"Kita main kejar kejar nak?"

"yok!" responnya ceria.

"Ya, berhenti berlari. Kita kejar mengejar."

Exist but (Undefine or Infinite)

Satu perkataan dengan pelbagai huraian.


Burung-burung berkata dengan hairan "Eh, baru pukul berapa ni hari dah gelap. Biasa magrib dah nak masuk baru balik. Kalut, kalut..."
Gerhana bertalu-talu. Hari ini sudah 66 hari dalam lingkungan umbra.

Wednesday, January 13, 2010

Anjing

Cuaca hari itu redup sahaja. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Che' masih duduk termenung memikirkan perihal ruang sebelah tembok sana. Sukar juga dipanjat kerna tinggi amat. Akhirnya Che' duduk sahaja melihat tembok besar dan tinggi itu. Mahu sahaja di baling bom tangan yang terselit di pinggangnya. Tapi nanti mesti masak punya kena dengan Pegawai. Orang lain makan nasi,dia makan rumput seminggu. Berus gigi pun share dgn mangkuk tandas pula nanti..

Agak dua tiga hari nanti dia datang lagi. Walaupun bimbang kumpulan lain dah conquer tempat tu. Kacau juga tu.

Dari jauh dia perhatikan sahaja qarin berjasadnya itu menggegar pagar rumah Maniam. "Ada can ni".

Tuesday, January 12, 2010

Zun Nun

Ok, sekali sekali kena ilmiah sikit. Ni gua cilok dari email yang gua dapat hari ni. Ok, cerita banyak tak guna. lu nak baca, lu baca. - ed


Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi yang masyhur bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya, "Tuan, saya belum faham mengapa orang seperti anda mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman yang ini berpakaian baik amat perlu, bukan hanya untuk penampilan namun juga untuk tujuan banyak hal lain."

Sang sufi hanya tersenyum, ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata "Sahabat muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah, bolehkah kamu menjualnya seharga satu keping emas".

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu dan berkata "Satu keping emas ? Saya tidak yakin cincin ini bisa dijual seharga itu". "Cubalah dulu sahabat muda. Siapa tahu kamu berhasil", jawab Zun-Nun.

Pemuda itu pun bergegas ke pasar. Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli seharga satu keping emas. Mereka menawarnya hanya satu keping perak.

Tentu saja, pemuda itu tak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia kembali kepada Zun-Nun dan memberitahunya "Tuan, tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak".

Sambil tetap tersenyum arif Zun-Nun berkata "Sekarang pergilah kamu ke tokoh emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik tokoh atau tukang emas di sana. Jangan buka harga. Dengarkan saja, bagaimana ia memberikan penilaian".

Pemuda itu pun pergi ke toko emas yang dimaksud. Ia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Ia kemudian memberitahu "Tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini. Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar".

Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata "Itulah jawapan atas pertanyaanmu tadi sahabat muda. Seseorang tak boleh dinilai dari pakaiannya. Hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian. Namun tidak bagi "pedagang emas ". Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya dapat dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu perlu proses dan masa, wahai sahabat mudaku." Kita tak dapat menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata

Sunday, January 10, 2010

nota kaki cikgu sejarah

1) "Sebenarnya, sejarah yang kita tahu ditulis dan disalurkan melalui institusi-institusi kolonial, termasuk sekolah, universiti, dan birokrasi. Dan institusi-institusi tersebut telah menanamkan ideologi kolonial ke atas hampir segala kehidupan kita - termasuk kesedaran tentang sejarah."


2) "Dengan itu, berasaskan kepada logik Eurosentrisme dan ilmu kolonial, tercatatlah dalam persejarahan negara bahawa Stamford Raffles pengasas Singapura dan Francis Light pengasas Pulau Pinang, seolah-olah kedua-dua pulau di kepulauan Melayu itu tidak pernah diduduki dan dengan itu tidak ada sejarah. Sejarah negara hanya bermula dengan kedatangan orang-orang Eropah, yang dianggap unggul dalam sains dan tamadun."




dari blog 'sejarah nagara kedah'.
repost/

Saturday, January 9, 2010

repost: tanggang

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.


Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.


Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.


Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.


Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.


Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.


“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.


“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.


Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.


Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.



“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.


“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.


“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.


Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.


“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.


“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.


“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.


Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.


Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”


Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.


“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.


Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

***

ok, sekarang ni, apa pengajaran yang kita dapat. rata rata mungkin nak kata perihal kederhakaan si tanggang kepada ibunya.

aku teringat bagaimana saudara saudara aku pulang bercuti semester. walaupun ada kerja kerja berbaki yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya, tapi dia menjadikan alasan takut derhaka untuk mencari jalan lepas diri dari buat kerja untuk pulang kekampung dimana kita tahu, rumah kita adalah 'the best place can be'. selesa.

ada juga kawan kawan di kampung sudah sumpah seranah aku mengatakan dah lupa asal usul kerana tidak pulang ke kampung. "ko nak jadi si tanggang ke?"

rata rata mengambil kisah si tanggang hanya isu "melupakan ibu/bapa" sahaja. jumud bukan pemikiran ini.

abg long penah persoal, "aku tak pernah lagi dengar orang tak balik kampung terus jadi anak derhaka"

mungkin ada yang rasa bercanggah ayat abg long ni. ish, janganlah begitu sempit.

pada aku kisah dongeng/mitos ini direka oleh orang terdahulu dengan begitu seni penyampaiannya. ternyata generasi sekarang gagal mencerna iktibar dari kisah ini dengan pandangan yang sepi sekali.

baiklah. ada tiga keadaan tanggang. cita-cita, kejayaan dan kesilapan. orang melayu dulu mewujudkan watak si tanggang dengan watak yang ambitious atas ayat "Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal." perkataan khayal/ beragan ini bukanlah seperti angan angan mat jenin kerana perlakuan tanggang berazam untuk bertemu dengan nakhoda kapal untuk kerja kosong menunjukkan dia berusaha.

secara fitrah hubungan anak dan ibu bapa, takkan lah semudah itu perasaan ibu bapa hendak berpisah dengan anaknya. mungkin ada yang menyangkal kenyataan ini dengan menyatakan parents diorang sporting. tapi itu yang terzahir. hakikatnya akan terselitlah fitrah perasaan ibu yang sangat kasih akan anaknya untuk berpisah. apatah lagi dengan si anak tunggal. sedikit sebanyak, rangkap "Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah." menerangkan fitrah ini secara jelas. tetapi sekarang ni rata rata yang lagi berat hati nak meninggalkan rumah adalah si anak sebab tak reti berdikari. mungkin boleh lihat iktibar alam bagaimana ibu burung tolak je anak mereka dari sangkar untuk belajar terbang. bagitu?

mungkin tidak sepenuhnya boleh di guna pakai. kerana rata rata perantau sekarang dilengkapi kemudahan transport awam dan sendiri. juga teknologi tanpa wayar untuk berhubung. kenapa perantauan itu dibawa sekali komunikasi seperti zaman dahulu?

hal lain yang ingin cerita ini ketengahkan tentang kejayaan. kebanyakkan bangsa yang berjaya adalah bangsa perantau. kita lihat bagaimana bangsa ca-ya-nun-alif merantau sehingga town mereka dimana mana. tak kurang juga bansa melayu yang pernah di gah pada masa dahulu sebagai bangsa yang berlayar. ada yang kata asal dari perkataan 'orang melayar'. lagikan pula anak lelaki, fitrah yang dijadikan untuk lelaki adalah sebagai perantauan untuk berjaya. kata orang melayu, sayangkan isteri tinggal tiggalkan itu menunjukkan bahawa si lelaki perlu keluar untuk mencari untung nasibnya sendiri.

ketahuilah, pemergian si tanggang untuk mengikuti nakhoda adalah berbekalkan 2 perkara iaitu azam/cita cita yang tinggi, serta penguatnya adalah berkat doa ibu dan bapanya. perantauannya itu berjaya kerana hikmah dan karomah ibu bapanya. maka ia berjaya. kerana hikmah dan karomah kedua ibu bapanya tidak dibatasi dengan jarak.

tauladan didalam cerita ini begitu jelas. bahasanya mungkin mudah untuk di simpan oleh kanak kanak tetapi kini, sistem pencernaan otak orang dewasa kini kelihatan seperti tidak berfungsi bagi sesetengahnya untuk memproses 'isi' dari cerita ini. hotak mereka lebih kepada memproses cerita cerita cinta bohong korea, cerita fiksyen miksyen barat atau non-fiksyen, cerita cerita jenaka-bangang kosong dalam industri perfileman sekarang ini. kalau ada filem yang bagus tetapi banyaknya fokus kepada teknik perfileman lah, kualiti video, aksi stunt atau adegan adegan comolot yang ghairah. oh, maaf.

kita teruskan lagi. pertengahan cerita watak si tanggang begitu bermakna apabila kesungguhan si tanggang berusaha dalam melaksanakan kerjaya akhirnya dia berjaya mendapat rezeki yang baik. begitulah hebatnya bekal yang tanggang bawa dalam perantauannya.

transfomasi watak antagonis si tanggang bermula setelah dia dihadapkan dengan ujian tiga ta. rata rata kita semua pasti akan berhadapan dengan ujian ini. tetapi, peringatan yang cuba disampaikan didalam cerita ini telah kita lupakan untuk berjaga jaga. maka, kasihnya Tuhan kepada kita, kerana Dia tahu akan kelemahan kita, maka kehidupan kita tidaklah diberikan sepenuhnya walaupun kita meminta isi dunia ini.

kemuncak cerita ini adalah apabila si tanggang MENAFIKAN kedua orang tuanya. maka disitu lah hikmah dan karomahnya ditarik semula. dan kurniaan keramat kepada si ibu menyaksikan kebesaran Tuhan kepada seisi alam. menjadikan watak tanggang batu adalah sebagai peringatan kepada kanak kanak sebagai renungan mereka saat ketika melihat batu yang menyerupai manusia. kuasa keramat digambarkan begitu hebat sekali. sebagai wasilah peringatan. kaedah pendidikan untuk kanak kanak. budak budak belajar nyanyi nyanyian atau cerita ceritaan, orang dewasa mengorek khazanah falsafah didalam pembelajaran di tadika, berdasarkan maksud kata kata hj shafie mehad, lecturer phi454.

mungkin banyak versinya cerita ini namun isinya tetap sama.

hebatkan nenek moyang kita menyusun cerita ini tanpa perlu copyright/guideline tepat. tetapi cerita ini melalui setiap zaman dengan isi yang sama. cuma perkara perkara ranting daripada cerita sahaja yang berubah ubah mengikut versi kreativiti zaman masing masing.

jadi apakah yang kita dapat dari cerita ini? bagaimanakah bentuk cerita ini pada tahun 2020 lagi? adakah latarnya masih sama? adakah sumpah keramat itu tetap akan berlaku walau teknologi mengekang kehidupan? sama sama lah kita saksikan.

Friday, January 8, 2010

ad

RED ANTZ STUDIO (syeksyen 7) promotion.
01 Jan - 28 Feb 2010.
RM20 per Hour only
contact : 012 3574004

------------------------------------------------------

Ok, ni bisnes kawan aku. Lama benar dah dia ni plan. Sejak aku dalam diploma lagi. Akhirnya dengan modal 20K dia gerak hujung tahun 2009. Aku tak sure kalau viewer page ni ada yang kaki jamming. Baru-baru ni si Izhar sms aku dah kemaruk nak jamming. Bini dia tak ada kat rumah la tu agaknya. Tak dapek la sekarang ni. Peh, lama jugak berkerak tangan ni..

Aku tengah draf satu artikel tajuk 'Dari Kucing Menjadi Anjing' ..aku masih fikir nak endingkan cerita ni macamana. Samada Si Kasut di buang dan di recycle menjadi bahan pameran artistik yang berharga, atau terus menerus digunakan sehingga tuannya mati dilanggar kereta secara sadis. Anjing pula sudah dihalau kerana jadi anjing kurap. Kecuali bagi anjing dalmatian.

Akan datang aku nak buat review satu album yang menarik. Band favorite Alip. Rasa macam tak patut pulak e-zine tak ada review column.

Monday, January 4, 2010

analogi

hari ni bersinar sinar ati melihat dapur. entah mengapa hatinya hari ni betul betul in the mood untuk memasak. tanggungjawab beserta mood untuk melaksanakannya memang ngam. macam orang johor dapat pisang goreng dengan sambal kicap di KL. memang layan.

misi hari ini seperti biasa. berkhidmat untuk keluarga. suaminya pulang dari kerja tentu penat. ati akan pastikan semuanya selesa dan bila si suami pulang, hati kusut berubah senang. misi bermula.

dikemas ruang tamu. bilik tidur. tandas. berandar. di sapu sampah. habuk dan debu. sawang dan kotoran. di susun barang barang rapi. dicukupkan cahaya. diimbangkan suhu.

oh. masakkan belum bermula. fikir. idea datang. di panggil anaknya yang masih galak bermain.

"adi, pergi ke kedai. belikan mak kobes, ikan"

"ala mak ni. orang nak main dengan kawan kawan ni" rengek adi. anak sulungnya.

"eh budak ni. aku nak masak untuk dia. tak makan karang." ati memarahi dalam hati.

"pergi je la.. jangan banyak tanya. ish budak ni"

 ***

Malam itu, anak sulung itu dapat makan masakan ibunya yang paling sedap sekali. Kemudian selesai makan, dia terus main game pula.

"Biarlah, cuti sekolah kan sekarang ni" kata si suami melihat isterinya semacam hendak marah.



ps; anniversary

Friday, January 1, 2010

2010

selamat pagi dan salam sejahtera ke atas mu.
ambil lah yang jernih. sejernih jernihnya.



setahun yang lain pula. sudahkan mana yang belum.

010110

Thursday, December 31, 2009

2009

buang lah yang keruh jauh jauh
dan selamat tidur.



setahun yang lalu. sudah sudah lah.

Monday, December 28, 2009

editorial: kritikal point

saat tersangat mengantuk ada kritikal pointnya. bila melepasi point itu, maka tak mengantuk dah. malah susah untuk kembali tidur. ya, amat sukar.



betul seh, nak tidur susah. tak boleh. tak boleh dah.






[auto]

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...