Tuesday, February 2, 2010

Ucapan sambutan hari christ jilid 2



what say you?

--------------------

("berusaha bersungguh sungguh" - pesan) DHMKS, UIA PJ 29122009

Monday, February 1, 2010

ekspedisi

#1
Sayup-sayup berita sampai dicuping telinga ada keramaian dihujung kampung. Pelik sangat kata kebanyakkan mereka keramaian itu. Entahlah. Elly si burung pipit tak berpengetahuan sangat tentang menilai keramaian. Kakandanya si merak sahaja yang pergi melihat setakat ini.

Jauh juga kampung itu. Sekali sekala dalam setahun ada juga kakandanya pulang menceritakan megah dan hebatnya keramaian itu. Teruja juga Elly si burung pipit mendengar riwayat yang disampaikan kakandanya itu.

Hinggalah satu ketika Elly si pipit sampai ajal jodohnya bertemu juga kaunter keramaian. Ditakdirkan dia tertukar lorong laluan kebiasaanya. Ketika itu Elly si pipit bertemu dengan Huz si tiong mengajak pergi keramaian tersebut. Cepat sahaja pelawaan itu diterima. Ketika itu mereka melewati bukit bangunan HEP.

Bermulalah satu perjalanan menyingkap tabir-tabir yang menyelubungi tempat injak kaki-kaki kumpulan ekspidisi menemui Maharaja Si Muraq di seberang laut pasifik (lain benua).

Satu penyaksian yang tak tercapai akal si pipit. Tak terukur dengan pandangan mata. Tak tersukat dengan penimbang. Seperti lautan tak bertepi. Gaung tak berdasar.

Elly senyum sahaja kerana tidak ada sedikit pun pengatahuan apa yang akan berlaku dalam laluannya nanti. Dia kekaunter.

"Selamat datang" kata penjaga kaunter.


***
Good luck bro for tonight event

Saturday, January 30, 2010

O.K.

Mata keluar. Rahang gugur. Kulit tanggal. Daging jatuh. Urat urat putus. Darah tumpah. Saraf direntap. Otak vakum. Waras gugup. Rasional gagap. Nyawa tersekat. Nafas sesak. Telinga pekak. Hati tenat. Lemah sendi.

Pandangan... gelap.

Kemudian, ada pula yang angkat tangan dengan jari hantu. Argh.. Aku jadi rasis.

Friday, January 29, 2010

tak sedap dan sakit

Heboh kisah kehilangan budak di kaki Bukit Nikmat diperkatakan. Komando yang bertugas dalam ulasannya mengatakan bahawa beliau agak terpaku atas kejadian yang berlaku. "Hujan tak ada, ribut tak ada, tau tau hujan turun" tambah pembantu komando.

Penyiasat penyiasat khas dilantik bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya mangsa sudah mati, setidak tidaknya gambaran jelas terhadap situasi sebenar kejadian perlu ada.

Kalau sedap beritahu kawan, tak sedap beritahu kami. Begitulah moto sebuah kedai makan tempat perjumpaan diadakan bagi menyampaikan taklimat penerangan sebelum memulakan ekspedisi yang bakal jauh untuk ditempuhi. Taklimat juga dilakukan secara ringkas di kelas. Agak terhad untuk menyampaikan maklumat kerana tumpuan kepada persiapan dan kelengkapan alat alatan ketika di kelas.

Pasukan Pencari giat meneruskan aktiviti mencari. Segala tanda tanda dikumpulkan. Bukti bukti disimpan. Analisis direkod. Semua disusun rapi.

Samada kejadian tersebut berbentuk kemalangan mistik atau kemalangan fakta belum diputuskan lagi. Kita selubungi hidup dengan misteri..


guling-guling

Thursday, January 28, 2010

Riwayat Awalkullam

Beberapa bulan yang sudah, sedang Subra beristirehat, dia terkejut beruk mendengar gate rumahnya berbunyi bunyi berulang kali dengan kuat. Berkeriut keriut pagar di depan rumah Subramaniam. Mungkin Ali budak dispatch surat khabar tu baling surat khabar tak lepas. Nyatanya pagi itu memang terganggu. Sub keluar menjengah kepagar. Kasar betul bunyi pagar pagi tu.

Kali ini betul betul pertama kali. Siew Meng datang. Jarang spisis ni datang. Serius betul nak masuk. Betul hebat ini. Ini boleh bikin rumah Subra nampak gempak. Baru setanding. Subra tak keruan.

"Gua nak masuk ni. Cepat!" Siew Meng minta kebenaran nak masuk. Lain betul gayanya. Nampak macam lain macam. Ish, susah ni.

"Apa macam ni? Gua nak masuk ni" tanya Meng serius. "Ya, ya.. Sekejap. Sekejap". Senyum senyum Maniam membuka gate rumah.

Wednesday, January 27, 2010

BOSS ME-50

Kenapa perlu beli bateri alkali walaupun ada bateri rechargable?
Kenapa takguna adaptor je?
Kenapa pinggang gua makin kecik?
Horor!


Mencari 'Buah Tunjuk Langit' dari pokok Mahogany.

Saturday, January 23, 2010

Tak Jiwa

Perbualan dengan seorang cikgu yang telah lama berkhidmat dengan yang baru berkhidmat. Cikgu yang ajar aku sejarah masa tingkatan 3. Baru habis kelas agaknya. Terus ke tempat duduk dan mengeluh halus. Maklumlah, aircond rosak hari ni. "Besok sekolah ye?" katanya memulakan dan mengakhirkan bicara.

Sekolah 6 hari seminggu? Mungkin maknanya ada cuti yang agak panjang nanti.

Ok, sebagai melayakkan blog ini standard entri zine zaman gelap dulu-dulu tu, kena ada jugak ceriti-ceriti kritik terhadap situasi rialis yang mempunyai perspektif tersendiri dari seorang editor.

Contohnya latihan rentas desa. Budak sekolah sekarang malas-malas betul. Lompat bintang 5 kali pun berkira. Leceh betul.



ed - Rasanya malam besok ada peralihan pimpinan. Semoga berjalan dengan baik.


nota : ni entri semalam

A half flag

Dah sampai sekolah dah. Nak buat apa eh. Lepak asrama.

Turun bendera separuh.

Thursday, January 21, 2010

Cilakak

"Kau berambus sekarang!" Halau Subramaniam. Darah dia betul tersirap hari itu. Beberapa hari sudah Siew Meng datang mengemis sedang dia berehat. Kali ni dia tak boleh kasi can.

"Kau dah tambat aku, bagaimana aku nak berambus. Bodoh. Kan aku dah kata aku tak mau kacau kau" jawab Siew dengan penuh kesopanan. "Cilake, pandai menjawab anjing ni." jerit Sub dalam hati. Lalu dia cabut besi yang ditanam itu. Berterabur tanah dilaman rumahnya. "Dah, lu belah sekarang" Maniam menengking penuh girang. Kali ni tak ada cerita banyak lagi. Nekad betul kali ni.

Jiran jiran bukan main lagi panjang leher menjengah. Mana yang telinga kuali, dia seting elok punya pasang telinga macam pasang astro. Mana yang tukang bawak cerita dah siap buku nota nak dianalisis. PBT dan Polis Bantuan serta Pegawai Penyiasat memang perlukan maklumat awam semacam itu.

"Bukan cabut natang tu mangkuk. Ni, benda ni! Kasi bukak!" Meng berbisik sambil menunjuk-nunjuk lehernya.  "Ah!! Lu belah sekarang! Lu dah satle hal lu, datang jumpa gua. Gua kasi kunci, lu bukak sendiri. Lepas tu lu lepak masuk dalam rumah gua pun gua tarak hal punya". Meng diam. Meng merangkak perlahan lahan ke pintu gate bersusah payah. Rantai besi yang di ikat dia heret perlahan lahan.

Dari jauh dia melihat Sub memberi Mimi makan friskis atas riba. "Memang tak boleh blah. Tak menyempat." kata Siew sambil menahan bus Rapid KL selepas 3 hari merangkak ke bustop. Semasa perjalanan, Meng singgah balai polis SB (special branch) untuk chek saman trafik. Pasal itu hari rasanya ada kena saman parking.
"Memang suey, cilaka" Siew kata berulang ulang.

Sunday, January 17, 2010

Tiga

Hari ni dengar cerita ada gerhana matahari. Ketua Polis Pontian pula dengarnya baca khutbah hari ni.

Semalam. Bangun pagi dengan rasa tertipu dengan mimpi. Tapi ok juga rasanya dapat mengajar di tempat menuntut diploma sendiri. Mungkin sekarang bermula dari bawah. Mula di tempat PMR dulu kot? eh, apasal skip UPSR? Pelan pelan kayuh.

Tiga keramaian. Yang ke dua pula. Persediaan. Bersungguh sungguh.



nota: ni entri hari jumaat pagi

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...