Monday, February 15, 2010

ilusi optik

"Ok, ada soalan?"

Seorang murid mengangkat tangan. "Ya, kamu. Apa dia?"

"Cikgu, seluar cikgu tak zip!"

...

ilmu pengetahuan: Memang terdapat jenis seluar NAMPAK macam tak zip.

Saturday, February 13, 2010

Berlarian

"Bukankah aku sudah kisahkan tentang rama rama dengan lilin. Akhirnya berjaya juga dia mengenalinya" kata si burung pipit tua itu.

"Bisa Irukanji boleh membunuh. Yang sebesar hujung jari tuan hamba pun boleh memberi kesakitan yang amat berat" tambah Forest.

"Ya." jawab si burung pipit tua. Kerut kerut dimukanya jelas menampakkan alur pengalamannya yang tak bisa disusun dengan kata kata. Apatah lagi dengan perkataan. Angannya terbang mengingatkan tentang rama rama yang telah menghempaskan dirinya pada api lilin. Tidak mengelepar. Tidak merana. Hangus menjadi fana.

Tapi siapa sangka, ada yang kembali menceritakan kembali jalan sebenar dan ringkas untuk jawapan yang sama.

Lalu mereka berdua bingkas berdiri. Puaslah jiwa mereka dan tidak berputus asa lagi. "Kami minta diri dulu. Terima kasih atas kisah yang membangkitkan jiwa kami wahai pendita si burung tua".

Yang kejar tadi pun terus mengejar. Yang terbang awal tadi pun terus terbang.

Friday, February 12, 2010

konflikasi

Dan berkalam lah Forest "Bukan ke kau kata nak kejar mengejar?"

Diam.

"Aku nampaknya kena lari." jawabnya.

Forest tak puas hati. "Bukan kau yang mencadangkan pengejaran ini? Lagi pun, pekeliling kau tak baca lagi. Dah tampal la"

"Aku alah dengan anthrax. Tak ape, ko teruskan. Kau kejar. Aku lari. Kita berjumpa di sana, di sana, di saaanaaaaaa...."

Thursday, February 11, 2010

formula tiga perkataan

"Assalamu'alaikum bang, tump(ang tanya).."

sambung baca laju-laju

"Bila aku kawin dengan kakak kau!!?"

sambung baca laju-laju

"Tak bang, adik"





¤¤¤
Tulisan italik didalam kurungan baca didalam hati.


credit: joko

oh key

Apa? Lipat?

Kalau macam tu, baiklah.







...bersambung

Tuesday, February 9, 2010

Mistik

"Lu kalau pakai ini barang, jalan boleh tembus dinding punya ma.." kata seorang tokey ais krim di atas motor ais krimya yang berjenama Ex 5. Budak rempit ada yang panggil cepai sahaja.

"Ni blok Jepun lagi ni. Boleh tahan taukey ni" bisik Siew Meng dalam hati. Anak matanya masih tak habis meleret tengok karburator yang dah bukak nafas. Laju la tu agaknya.

"Betul ma. Lu tengok itu celita Jump? Aa.. Itu macam la. Boleh ma" sambung tokey tu lagi. Siew Meng mula terbayang kalau dia pakai alat tu, dia terus dapat masuk rumah Subra tiba tiba. Mesti Sub suprise punya..

2012

"Kamu nak jadi pandai tak?" tanya cikgu kepada Siew Meng. "Tak guna la cikgu jadi pandai. Dua tahun sahaja tinggal maa.." jawab Siew Meng sambil lewa. Buku tulis ditangannya digunakan sebagai kipas. Panas sangat gayanya. Kipas syiling nampaknya tak mampu menampung keperluan murid yang seorang ni.

Pengaruh filem memang kuat sekarang ni.

Monday, February 8, 2010

Tanjung Hujung Benua

Disini tiada pertandingan antara celcom broadband dan maxis broadband. Nak potong? LK kat sini maksudnya Lukisan Kejuruteraan. Bukan nama kawasan. Betuah kau streamyx. So, apa macam ni?

Walaumacamana pun, anjing memang banyak kat sini. Ada sekali tu budak kampung kena kejar dengan anjing. Nasibaik tak kena gigit. Goyang jugak tu.

So, Siew cari public phone sahaja lah. Matanya jeling jeling juga takut kena kejar anjing rottwailer yang berkeliaran.




pembetulan - 'Di' dengan perkataan 'Sini' perlu dijarakkan kerana merujuk 'tempat'

Sunday, February 7, 2010

tunjuk langit

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kemam je la~

-Rajalawak 







ed: gua dah rasa buah tunjuk langit... dap..

rilis review : SM Amin - Amanat


Cover CD di atas dah jelas dah boleh tengok sapa artisnya. Masa aku on the way ke Shah Alam dengan Alip, aku berhenti isi minyak di Petronas area Melaka. Ada sorang budak perempuan bawah umur jual CD ni. RM10 je untuk jualan amal.  Sebagai peminat muzik underground dan anti-establishment, pendekkan cerita, aku pun beli la. Aku rasa RM10 untuk rilisan ni agak berbaloi. Sound aku rasa kalau nak compare dengan demo band Al Azazhil yang di mix oleh Syaf, beza sikit la kut. haha..

Aku belek belek, dalam kepala aku yang tengah semak manjang aku cuba bayangkan genre yang bakal aku dengar. Ala-ala zapin kot. Irama melayu agaknya. Aku tengok helaian bullet. Lirik lagu 'Amanat' memang layan. Memang mengenang 45 tahun yang lalu. Fuh, boleh buat sondtrack ni.

Cerita banyak tak guna. Beli kalau tak dengar, baik gantung CD tu kat leher ala-ala 4U2C. So, aku sumbat ke dalam CD player. Syukur ada CD player. Masa dengan satria dulu, radio tak boleh on. Keset plak lemau. Keset apa je aku ada. Buat punca benci je.

Aku dengar lagu lagu dia. Aku jeling cover. Apasal macam tak selaras je genre dengan penampilan. Aku usha gambar line up. Oh rambut panjang, baju boria. Patutlah ada rasa rock. Tapi still pelik penampilan yang agak 'zapin' membawak melodi feel rock balada. Lantak la. Aku nak rip satu lagu je.



Perkara menarik -
1. Menurut Alip, jurujual adalah orang yang sama dengan jurujual di Petronas Shah Alam.
2.Delima, adakah kami sedang menyokong industri rock DIY tanah air atau sedang menyokong satu produk persatuan kebajikan masyarakat atau sedang menggalakkan sendiket jual beli guna budak budak?
3. Aku search kat google tak jumpa plak info artis ni.
4. Ada kait mengait dengan Pertubuhan Raja Sakti. Aku tak ada fakta untuk ni.
5. Bullet dia macam laporan aktiviti persatuan diorang plak (gambar tengah)




ps - CD nanti aku pulang. Masih dalam makmal ujikaji

Saturday, February 6, 2010

Menyertai keramaian yang menyeronokkan hati

#2
Meriah juga suasana keramaian tersebut. Ramai yang datang. Pelik keramaian ini. Mencarik adat kebiasaan. Tapi mungkin juga ia adalah adat yang telah ditinggal-lupakan.

Di tepi kiri dan kanan bersusun gerai beramacam-macam. Biru melata. Jualannya bermacam macam dan berbeza. Tetapi semua gerai berpaksikan promosi perjalanan ekspedisi mencari Maharaja Simuraq. Paksinya pekat. Padanlah orang diluar sana berkata anih keramaian ini.

Walaumacamana pun, Elly si burung pipit seronok sahaja bermain main kehulu kehilir. Huz si burung tiong pula sedang gelak ketawa.

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...